Tuesday, 13 January 2009

Carilah cinta Allah elak diri merana




Dengan usiaku sekarang sudah banyak teman-temanku yang sedang mengandung dan ada yang telah menimang cahaya mata 2, 3 orang. Tetapi itu tidak menjadi penghalang untuk terus berjuang dalam hidup. Aku Cuma berharap biarlah rasa cinta dalam hatiku ini tetap untuk Allah. Tadi ada seorang teman yang sangat dekat denganku menghantar pesanan ringkas mengatakan seorang teman lelaki yang dia suka selama ini akan melangsungkan perkahwinan 25hb ini. Dia menyatakan rasa kesedihan padaku. Aku tidak mampu berbuat apa-apa lagipun dia berada jauh dariku nun jauh di utara, manakala aku pula di pantai timur.aku Cuma dapat menghantar pesanan ringkas supaya lebih banyak bersabar, pasti ada hikmah di sebalik apa yang berlaku, tentulah Allah minta bersabar dan Allah rindu pada kita. Allah mahu kita penuhi hati dengan rasa cinta padaNya. Mungkin selama ini kita terlalu mengagungkan cinta lelaki berbanding Dia. tentu Dia berkecil hati dan dengan ujian yang diberiNya tentu kita ingat dan memohon padaNya agar diberi ketenangan. Itulah kita, manusia. Sewaktu kita susah, tidak ada hala tuju, hilang arah, perasaan yang bercelaru, tentu Allah sebagai tempat kita mengadu dan memohon moga diberi lapang dada dalam menghadapi segalanya. Betapa kita tidak tahu bersyukur di atas kurniaan Dia selama ini. Ampuni kami Tuhan. Kami naïf, hina, khilaf, kami memohon agar hati kami sentiasa terpimpin oleh rasa cinta dan rindu padaMu agar hidup kami sentiasa dalam barakahMu.
Bagi diriku sendiri, bukan tiada perasaan pada mana-mana lelaki dalam hatiku, tetapi aku takut! Aku takut dengan zina hati. Sebab dengan rosaknya hati, bermulalah perkara-perkara yang lain yang tidak selayaknya kita lakukan selaku orang yang mencari keredhaan Allah. Dosa-dosa kecil harian yang kita lakukan tanpa sedari pun banyak, tidak perlulah ditambah lagi dengan dosa yang satu ini. Aku takut dengan zina yang dimulakan dengan perasaan pada lelaki bukan muhrimku. Perasaan itu hanya indah dirasa tetapi siapa yang tahu nilainya disisi Allah. Sangat susah untuk mengelak dan menahan dari perkara itu terjadi kepada kita manusia biasa, tambahan pula cinta manusia itu sememangnya fitrah. Manusia yang normal memang menginginkan perasaan di antara kedua-dua belah pihak antara lelaki dengan perempuan. Jadi aku juga adalah perempuan manusia biasa itu. Aku juga hamba Allah. Justeru aku mengharapkan seseorang yang tahu menilai dan menghargai cintaku kerana Allah!



No comments:

Cara Mudah Tulis Pengenalan dan Permasalahan Kajian

Kenapa saya menulis tentang cara melakar Latar Belakang Kajian? Kebanyakan buku menjelaskan secara ringkas dan umum. Ada juga yang detail , ...