Tuesday 30 December 2008

Cinta kerana Allah?




Apabila berbicara tentang cinta, aku sering berfikir dan terfikir. Orang sering mengatakan dan tidak sedikit yang melafazkan kepada pasangan masing-masing bahwa mencintai kerana Allah. Anehnya, biasanya kalimah ini digunakan oleh insan-insan yang ingin menyucikan ‘title’ mereka, padahal sebenarnya mereka telah menyalahgunakan kerana dalam Islam tidak membenarkan antara lelaki dengan perempuan membina sebuah jalinan tanpa ikatan yang sah. Sangat menyedihkan apabila terdapat sahabat-sahabat sendiri yang bersemangat berbicara tentang perjuangan namun kalah dengan ujian Allah. Kebiasaan ujian itu adalah cabaran mengelak dari budaya ‘couple’ sebelum nikah. Amat kasihan sekiranya mereka merasakan apa yang mereka lakukan itu adalah benar. Keluar berdua-duaan dengan izin orang tua mahupun tidak mereka kata boleh, bercakap di talian telefon berjam-jam lamanya dengan suara yang sangat menggoda dan romantis juga mereka kata boleh, solat berjemaah dan membaca al-quran berdua-duaan di surau juga boleh malah lebih afdhal barangkali, berkepit ke sana ke mari boleh-boleh saja, pergi mendengar ceramah atau tazkirah bersama-sama dan banyak lagi perkara yang dirasakan tidak ada salahnya dalam Islam.

Tiba-tiba teringat pada seseorang yang mungkin sekarang hatinya telah dimiliki oleh seseorang yang bakal menjadi pendamping hidupnya. Kudoakan semoga dia tenang dan bahagia dalam kecintaan dan kerinduannya terhadap yang mencintainya seperti aku mencintainya kerana Allah. Jika aku tidak terbaca blognya, mungkin aku belum tertarik dengan apa adanya dia. Tetapi aku mencari tahu siapakah dirinya. Melalui tulisan-tulisan dan pemikirannya telah membuatkan aku jatuh hati pada penulisnya. Pada awalnya mungkin aku cinta kerana nafsu, cinta kerana pandangan mata, kerana suaranya yang mengalunkan lagu-lagu kerohanian yang sering diperdengarkan di radio, televisyen dan kadang-kadang mp3 di laptopku. Dan akhirnya aku mengetahui bahawa dia mengharapkan seseorang yang mencintainya kerana Allah. Tidak ramai orang yang boleh berpegang pada kata-kata ‘mencintai kerana Allah’. Ada yang mahu tetapi tidak mengamalkannya, malah semalam aku terbaca artikel tentang ‘cinta anta-anti’ yang para anak-anak muda yang boleh dikatakan muslimin dan muslimat peneraju masa depan yang berpakaian alim (berkopiah dan bertudung labuh/berjubah), menjadikan mesyuarat atau tempat pertemuan untuk menjalankan aktiviti keagamaan dijadikan sebagai tempat melepaskan kerinduan yang bersarang di sanubari. Padahal cara itu sendiri tidak dianjurkan dalam Islam. Kata penulis itu lagi, cinta itu anugerah terindah, Allah tidak melarang, tetapi harus mengikut landasan syara’ agar hati tetap terpelihara. Waduh, artikel itu sungguh menarik. Kerana jika kita mencintainya kerana Allah, pasti perjalanan hidupnya dijaga oleh Allah. Pasti dapat membina sebuah keluarga yang bahagia dan barakah yang menjanjikan taman firdausi kelak. Pasti Allah membantu dalam pembentukan peribadi diri, anak-anak dan keluarga serta sahabat-handai. Tiada yang lebih indah dalam hidup ini, melainkan keranaNYA! Tiada yang mustahil dan betapa ajaibnya hidup berlandaskan iman dan taqwa yang begitu lancar sekali perjalanan menuju ke destinasi yang pasti! Subhannallah!

'CINTA ANTA & ANTI..
.'Cinta Remaja Dakwah.

Sebagai seorang pensyarah di IPT yang bergelar ustaz, penulis mempunyai peluang yang menarik untuk bercampur dengan para pelajar yang menempuh zaman muda belia mereka. Pelbagai masalah, isu dan juga pengalaman yang mereka bawa untuk dibincangkan. Antara perkara yang sering dibawa berbincang ialah persoalan cinta. Alaf yang serba unik telah menyaksikan bagaimana para remaja dan belia dakwah tidak dapat lari dari fenomena cinta. Menariknya, cinta yang mereka alami ini telah di"Islamik"kan seperti mana bank-bank, institusi-institusi kewangan lain diislamkan. Maka timbullah istilah "Cinta ukhwah". Ayat-ayat dan hadis-hadis sering dijadikan alat untuk menjustifikasikan apa yang dilakukan. Menarik lagi gejala ini menular di kalangan mereka yang berkopiah, berserban, bertudung litup, naqib-naqibah usrah dan mereka yang menggunakan ganti nama "ana - anta dan ana - anti". Sms,Yahoo Messenger, email dan lain-lain kemudahan perhubungan era ICT telah menjadi penghubung utama cinta "anta-anti" ini. Ia lebih selamat, kerana tidak perlu berdating seperti pasangan yang tidak Islamik. Tidak perlu membazir tambang teksi, tambang bas dan juga membazir membeli kertas kajang berbau wangi dan dakwat yang berwarna-warni seperti mana halnya anak-anak muda lain yang jauh dari arus kebangkitan Islam. Bermula dengan kata-kata tazkirah, berakhir dengan ikon senyuman, teddy bear dan kadang-kadang gambar wanita bertudung. Malah ada yang menjadikan kehadiran di seminar-seminar, kursus-kursus dan juga wacana-wacana ilmiah sebagai peluang untuk berjumpa. Bagi yang aktif berpersatuan pula, mesyuarat-mesyuarat dan aktiviti-aktiviti persatuan sering menjadi medan pelepas rindu. Alahai...kreatif betul anak-anak muda dakwah alaf baru ini. Fenomena yang berlaku ini dimeriahkan dan dikosmetikkan lagi oleh nasyid-nasyid Melayu yang berpaksikan cinta muda-mudi. Klip-klip video nasyid pun, tajuk-tajuk yang bombastik berbau cinta asmara. Hakikatnya, fenomena cinta "anta-anti" ini semakin ketara dan semakin rancak. Ada yang berakhir dengan perkahwinan, dan ada juga yang kecewa di pertengahan jalan, dan tidak kurang juga yang telah menjerumuskan kedua-dua pasangan ke lembah maksiat. wal'iyadhubillah... Salah Faham ukhwah fillah Teringat juga penulis kepada satu fenomena apabila seorang siswi datang mengadu dia diusik oleh Pak Lebai. Bukan sekadar sms, kad ucapan hari lahir, kad hari raya, malah sejambak bunga ros di hari lahir juga telah dikirimkan oleh Pak Lebai tersebut.Tidak tahulah penulis apakah tanggapan masyarakat terhadap fenomena seumpama ini. Yang pasti di setiap kad, sms dan di jambangan bunga tersebut terukir kata-kata "ukhwah fillah kekal abadi..".sekali lagi makna ukhwah disalah gunakan. Satu kes yang lain pula, seorang siswa meluahkan kekecewaannya apabila dihampakan oleh seorang siswi yang satu "jemaah" dengannya. Beliau tidak sangka setelah berpuluh-puluh minggu mereka bertukar-tukar sms dan tazkirah melalui email, akhirnya siswi tersebut bertunang dengan orang lain yang jugasatu "jemaah" dengan mereka.Aduh..lagi hebat daripada filem "Love Story" yang pernah popular di tahun-tahun 70'an dahulu. Yang pasti, sekali lagi tema "ukhwah fillah" menjadi "camouflagde" ke atas perhubungan antara dua jantina yang ada kesedaran Islam ini. Dalam satu insiden yang lain pula, seorang siswi pernah meminta pendapat penulis. Seorang seniornya yang sedang menuntut di dalam IPT yang sama dengan beliau telah bersungguh-sungguh melamarnya. Walaupun telah ditolak lebih 20 kali, namun si teruna terus melamarnya juga.Sekali lagi slogan "ukhwah fillah" menjadi lapik dan dijadikan bahan ugutan. Jika si siswi tadi menolak lamarannya, maka hatinya akan hancur, dan ia bertentangan denga mafhum hadis tadi. Oleh kerana bersimpati dengan si senior tersebut, si siswi terpaksa menerima lamaran itu. Menarik bukan "trend" percintaan golongan anta-anti ini. Seorang siswa juga pernah meluahkan kemarahannya ke atas naqib usrahnya di bilik penulis. Mengapa tidak, tatkala di dalam usrah, berkepul-kepul dalil dan fikrah yang dibawanya. Sampaikan ketika pertukaran ke usrah lain, si naqib meminta siswa tadi agar berbai'ah untuk kekal di dalam perjuangan dan tidak menyertai jemaah lain. Sayangnya, di dalam perjalanan balik kampung, siswa tersebut nampak sang naqib berjalan berpegangan tangan dengan naqibahsekelas mereka...ini yang paling menarik.Lebih hebat lagi, kedua-dua mereka lengkap dengan aksesori berkopiah dan bertudung litup. Jika di zaman 70'an dahulu nescaya apa yang dilakukan oleh sang naqib dan naqibah tersebut bakal menerima cop "kafir" dari pendukung gerakan dakwah yang lain. Di satu sudut yang lain pula, seorang siswa yang sering menceritakan kehebatan "Abuya"nya kepada penulis, juga tidak dapat lari dari fenomena cinta anta-anti ini. Penulis amat kagum dengan siswa yang sering muncul dengan baju Melayu berkancing dan juga songkok berwarna-warninya ini.Matanya yang bercelak sahaja sudah cukup untuk rakan-rakan yang lain hormat kepada beliau. Sayangnya atas takdir Allah, ketika penulis berkunjung untuk menziarahi beliau, €penulis ternampak gambar seorang Muslimah menghiasi desktop komputer peribadinya. Ditanyakan sama ada itu adik, kakak ataupun emaknya atau mungkin neneknya, beliau menafikan. Beliau terpaksa mengaku bahawa itu adalah "kawan"nya. Yang hebatnya, tertulis di sebelah keayuan wajah gadis tersebut "ukhwah fillah membawa ke Jannah".Persoalannya, adakah fenomena ini sihat? Adakah ia sudah cukup islamik? Atau penulis yang ketinggalan zaman sehingga naif terhadap trend muda mudi masa kini? Ataupun fiqh Islamiyy juga perlu diubahkan untuk disesuaikan dengan perubahan semasa. Di dalam artikel yang terhad ini, penulis tidak berhajat untuk memberikan hukuman mahupun pandangan terhadap fenomena yang menarik ini. Biarlah para pembaca membuat penilaian mereka terhadap "sihat" atau tidak sihatnya budaya ini. Semoaga ada di kalangan pembaca yang akan dapat memberikan pandangan yang rasional serta boleh diwacanakan. Wallahu'alam..


CINTA,CINTA,...............CINTA MANUSIAJANGAN MUDAH BERKATA CINTA JIKA TIDAK HADIRNYA HATI,JANGAN MUDAH BERKATA SAYANG JIKA KASIH BELUM DICURAHJAN,JANGAN MUDAH BERPAUT HATI JIKA MERANA JIWA SENDIRI,JANGAN SESEKALI SERAHKAN CINTA JIKA SEMUANYA HANYA DOGENGAN,UNGKAPKAN KASIH DISEBALIK IMANMU,UNGKAPKAN SAYANG DISEBALIK RAUT WAJAHMU,UNGKAPKAN CINTA DISEBALIK IKATAN PERNIKAHANMU,UNGKAPKAN KETAKWAAN DISEBALIK SEGALA NIKMAT YANG ALLAH ANUGERAHKAN,YAKINLAH PADA ALLAH BAHAWA JODOH DAN PERTEMUAN DITETAPKAN,JIKA TERPAUT PADA AGAMA, LANDASANNYA CUKUP MUDAH,HANTARLAH PINANGAN SEBAGAI JALAN,INSYALLAH, ALLAH MEMBERKATI,TANGISILAH WAHAI MANUSIA,,,,,,,,,,JIKA SEMUA HANYA MENURUT NAFSU DAN SYAITAN PASTINYA, KEHANCURAN YANG KITA TEMUI,DAMAIKANLAH KERESAHANMU DENGAN SUJUD, DAN BERDOA AGAR DIBERIKAN KEKUATAN UNTUK MENGHADAPI SEGALANYA,MEMANG UKAN MUDAH, TAPI ANTI DAN ALAMINYA, AKHIRNYA,,,,,,KETENGANAN MEMBATASI KEBIMBANGAN DAN KESULITAN,BERPEGANGLAH PADA PANJI AGAMA, INSYAALLAH, ALLAH MEREDHAI KITA SEMUA,JANGAN TANGISI SEBUAH KEKECEWAAN KERANA TANGISAN PERPISAHAN CINTA YANG TIDAK MENDAMAIKAN ADALAH TITISAN YANG MERUGIKAN SEKALI.CINTAILAH SUAMIMU,CINTAILAH ISTERIMU,KERANA KEDUA-DUANYA ADALAH RESTU DARIPADA ALLAH YANG KEKAL ABADI................................ ;-;-@nasihatku kepada wanita panji agama Allah, islam tidak penah melarang tapi carilah jalan yang menuju kepda kesenangan di dunia dan di akhirat, JADILAH KETUA DALAM BIDADARI SYURGA.........BASAHKAN SELALU BIBIRMU DENGAN AYAT-AYAT ALLAH KERANA DI SITULAH DITEMUKAN NILAI CINTA DAN JUGA KERINDUAN....... SALAM MANIS KEPADA SEMUA,

sesungguhnya ingatlah bahawa cinta dan kasih sayang manusia itu hanyalah setitis jika dibandingkan dengan cinta dan kasih sayang Allah..sekiranya hilang yang setitis itu..tidak akan merosakkan kehidupanmu selagi yg selautan itu masih kita miliki

Maaf ustaz saya copy artikel ustaz. Tetapi tujuan saya satu sahaja, semoga dapat berkongsi artikel yang bagus ini dengan sahabat-sahabat yang saya kasihi. Agar dapat dijadikan pedoman. InsyaAllah.

Ikhlas, cinta dan keinginan untuk memiliki



(21 sept 2008 – 3.41 am)

Malam ini malam ke 21 di bulan ramadhan. Aku mendengar bacaan imam dari Masjidil Haram. Terasa seperti ada getar di setiap kalimah kalamullah yang disebutnya. Betapa indahnya sekiranya setiap kalimah itu dihayati dan difahami. Faham apa yang disampaikan melalui kitabullah itu. Jelas tersurat juga banyak yang tersirat yang jarang sekali kita ketahui seperti yang difahami oleh lisan Arab. Bertuahnya mereka, mengerti setiap yang dilontarkan dari butir bicara mereka. di bulan yang mulia ini aku mengambil kesempatan untuk memperbanyakkan amalan-amalan sunat seperti yang disyorkan. Seperti ketika ini, aku mendengar bacaan kalamullah dari Masjidil Haram yang ditayangkan di TV9.

Baru-baru ini ku teringat kalimah ikhlas yang dicari oleh fandy dalam filem kiamat sudah dekat. Ikhlas itu membuktikan terdapat perbezaan antara ingin memiliki dan mencintai. Sewaktu ferdi belum menemui ‘ikhlas’ itu, dia sentiasa berharap sarah akan menjadi pacarnya, akan tetapi setelah dia menemukan ‘ikhlas’ itu, dia redha dan pasrah kalau sarah dijodohkan dengan lelaki yang dia rasakan baik dan sesuai buat sarah yang dikatakan lulusan dari universiti al-azhar, mesir. Pada masa yang sama, ayah sarah menerima fandy sebagai menantunya walaupun pada saat itu fandy belum lagi benar-benar arif tentang selok-belok agama, ini adalah kerana fandy itu adalah berlatar belakang kehidupan yang sangat duniawi. Ditambah lagi, dia sendiri ada kumpulan bermain alat muzik dan nyanyian lagu rock. Yang menjadi persoalannya adalah kenapa ayah sarah menerima fandy di saat fandy merelakan sarah berkahwin dengan lelaki pilihan ayahnya sendiri? Ini adalah kerana dia redha atas ketentuan Ilahi, tanpa menyalahkan takdir, berbuat amal soleh bukan sebab siapa-siapa, bukan kerana Hj romli (ayah sarah) yang minta, dia rela andai sarah ditakdirkan berjodoh dengan orang yang dirasakan lebih baik darinya, dan kalau nak tahu dengan lebih lanjut harus menyaksikan sendiri filem yang asal dari negeri seberang itu.

Dia satu antara seribu kumohon jangan pisahkan, aku mohon dengan sangat ya Allah
(antara lirik lagu soundtrack kiamat sudah dekat)

Dalam filem ayat-ayat cinta juga ada skrip, cinta dan keinginan untuk memiliki itu tidak sama! Setelah beberapa waktu berjalan seiring bertambahnya usiaku, aku semakin dapat menerima ‘dia’ itu adalah khayalanku yang kuharapkan ‘dia’ menjadi jodohku, tanpa usaha malah keajaiban pertemuan dengannya. Kerana kuyakin tiada yang mustahil di dunia ini dengan kekuasaan Allah. Tetapi Allah mengajar umatNya agar berusaha dan mencari ikhtiar serta berdoa dan bertawakkal dengan apa yang dikerjakan. Ku hanya berdoa moga ‘dia’ sentiasa berada di bawah rahmat dan kasihMu. Moga ‘dia’ menemukan cinta Allah yang diharapkan selama ini. Juga aku berharap aku menemui seseorang yang juga mencintaiku kerana Allah. Dekatkanlah hati kami, andai dengan bersamanya akan bertambah rasa kecintaanku padaMU. Aku benar-benar mengharap kehidupan yang barakah di dunia dan di kehidupan yang kekal abadi.

Thursday 18 December 2008

Pernikahan dalam Rangka Mawaddah dan Rahmah


Penulis : Al-Ustadz Abu Karimah Askari bin Jamal Al-Bugisi



وَمِنْ آيَاتِهِ أَنْ خَلَقَ لَكُمْ مِنْ أَنْفُسِكُمْ أَزْوَاجًا لِتَسْكُنُوا إِلَيْهَا وَجَعَلَ بَيْنَكُمْ مَوَدَّةً وَرَحْمَةً إِنَّ فِي ذَلِكَ لَآيَاتٍ لِقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ
“Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu istri-istri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tentram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berpikir.” (Ar-Rum: 21)
Penjelasan Beberapa Mufradat Ayat
مِنْ أَنْفُسِكُمْ
“Dari jenis kalian.”
Yakni dari Bani Adam yang menjadi pasangan kalian. (Tafsir Ibnu Katsir, Tafsir Al-Baghawi, Fathul Qadir)
لِتَسْكُنُوا إِلَيْهَا
“Agar kamu merasa tenang dan condong kepadanya.”
Sebab jika dari dua jenis yang berbeda, tentu tidak mendatangkan ketenangan bersamanya dan hatinya tidak condong kepadanya. (Tafsir Al-Alusi)
مَوَدَّةً
“Saling mencintai dan mengasihi.”
Melalui tali pernikahan, sebagian kalian condong kepada sebagian lainnya, yang sebelumnya kalian tidak saling mengenal, tidak saling mencintai dan mengasihi. Ada yang mengatakan bahwa yang dimaksud mawaddah adalah kecintaan seorang suami kepada istrinya. Diriwayatkan dari Mujahid bahwa beliau menafsirkan mawaddah dengan makna bersetubuh. (Fathul Qadir karya Asy-Syaukani rahimahullah)
وَرَحْمَةً
“Dan kasih sayang.”
Adapula yang mengatakan bahwa yang dimaksud adalah perasaan kasih seorang lelaki kepada istrinya dari tertimpa keburukan. Diriwayatkan dari Mujahid rahimahullahu, beliau mengatakan: “Rahmah adalah anak.” (Fathul Qadir)
Penjelasan Makna Ayat
Al-’Allamah Abdurrahman As-Sa’di rahimahullahu berkata: “ ‘Di antara tanda-tanda kekuasaan’ yang menunjukkan rahmat dan perhatian-Nya kepada hamba-hamba-Nya, hikmah-Nya yang sangat agung dan ilmu-Nya yang luas, adalah “Dia menciptakan kalian dari jenis kalian dengan berpasang-pasangan,” yang mereka serasi dengan kalian dan kalianpun serasi dengan mereka. Sesuai dengan bentuk kalian dan kalian sesuai dengan bentuk tubuh mereka. “Agar kalian cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan Allah jadikan di antara kalian rasa kasih dan sayang” sebagai buah dari pernikahan tersebut. Dengan adanya istri, seseorang dapat bersenang-senang dan merasakan kenikmatan, mendapatkan manfaat dengan adanya anak-anak, mendidik mereka, serta merasakan ketenangan bersamanya. Sehingga kebanyakannya, engkau tidak mendapati sebuah kasih sayang dan rahmat yang menyerupai apa yang dirasakan antara suami dan istri. Sesungguhnya dalam hal itu terdapat tanda-tanda kekuasaan-Nya bagi kaum yang berpikir. Yang menggunakan pikirannya dan mentadabburi ayat-ayat Allah Subhanahu wa Ta’ala serta berpindah dari satu ayat kepada yang lainnya.” (Taisir Al-Karim Ar-Rahman)
Al-’Allamah Asy-Syinqithi rahimahullahu berkata: “Allah Subhanahu wa Ta’ala menyebutkan dalam ayat yang mulia ini bahwa Ia memberi anugerah kepada anak cucu Adam berupa anugerah yang paling agung. Di mana Allah Subhanahu wa Ta’ala menjadikan mereka dari jenis dan bentuk mereka berpasang-pasangan. Kalau sekiranya Allah Subhanahu wa Ta’ala menjadikan pasangan dari jenis lain, tentu tidak akan terjadi kasih sayang, perasaan cinta dan rahmat.” (Adhwa`ul Bayan, 3/213, dalam penafsiran Surat An-Nahl ayat 72)
Mawaddah dalam Rumah Tangga
Ayat ini menjelaskan kepada hamba-hamba-Nya bahwa di antara hikmah adanya pernikahan antara seorang pria dengan wanita adalah agar dapat mewujudkan perasaan saling mencintai dan saling mengasihi di antara mereka. Hal ini baru dapat terwujud ketika seorang pria menikahi seorang wanita yang pencinta/penyayang terhadap suaminya, serta mewujudkan harapan suaminya dengan mendapatkan karunia dari Allah Subhanahu wa Ta’ala berupa keturunan dari anak-anak yang shalih dan shalihah. Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:
الْمَالُ وَالْبَنُونَ زِينَةُ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَالْبَاقِيَاتُ الصَّالِحَاتُ خَيْرٌ عِنْدَ رَبِّكَ ثَوَابًا وَخَيْرٌ أَمَلاً
“Harta dan anak-anak adalah perhiasan kehidupan dunia tetapi amalan-amalan yang kekal lagi shalih adalah lebih baik pahalanya di sisi Rabbmu serta lebih baik untuk menjadi harapan.” (Al-Kahfi: 46)
Dan firman-Nya:
زُيِّنَ لِلنَّاسِ حُبُّ الشَّهَوَاتِ مِنَ النِّسَاءِ وَالْبَنِينَ وَالْقَنَاطِيرِ الْمُقَنْطَرَةِ مِنَ الذَّهَبِ وَالْفِضَّةِ وَالْخَيْلِ الْمُسَوَّمَةِ وَاْلأَنْعَامِ وَالْحَرْثِ ذَلِكَ مَتَاعُ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَاللهُ عِنْدَهُ حُسْنُ الْمَآبِ
“Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, yaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (surga).” (Ali ‘Imran: 14)
Oleh karena itu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam memberikan anjuran kepada umatnya untuk menikahi seorang wanita yang dapat mewujudkan mawaddah dan rahmah dalam rumah tangganya. Diriwayatkan dari Anas bin Malik radhiyallahu ‘anhu bahwa beliau berkata: “Adalah Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam memerintahkan untuk menikah dan melarang keras dari tabattul (mencegah diri untuk menikah). Beliau Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
تَزَوَّجُوا الْوَدُودَ الْوَلُودَ إِنِّي مُكَاثِرٌ اْلأَنْبِيَاءَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ
“Nikahilah wanita yang al-wadud dan al-walud, karena sesungguhnya aku berbangga di hadapan para nabi dengan jumlah umatku yang banyak pada hari kiamat.” (HR. Ahmad, 3/158, Ibnu Hibban dengan tartib Ibnu Bulban, 9/338, no. 4028, Al-Baihaqi, 7/81, Ath-Thabarani dalam Al-Ausath, 5/207. Dishahihkan Al-Albani rahimahullahu dalam Al-Irwa`, 6/195, no. 1783)
Juga diriwayatkan dari Ma’qil bin Yasar radhiyallahu ‘anhu, beliau berkata: “Ada seorang lelaki datang kepada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam lalu berkata: ‘Sesungguhnya aku mendapati seorang wanita yang memiliki kehormatan, kedudukan, dan harta. Hanya saja dia tidak dapat melahirkan (mandul), apakah boleh aku menikahinya?’ Maka Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam melarangnya. Lalu ia datang kedua kalinya, dan beliau mengucapkan kalimat yang sama. Ia mendatanginya pada kali yang ketiga, dan beliau Shallallahu ‘alaihi wa sallam tetap mengucapkan kalimat yang sama. Lalu Ralulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Nikahilah wanita yang al-wadud dan al-walud, karena sesungguhnya aku berbangga di hadapan para nabi dengan jumlah umatku yang banyak pada hari kiamat.” (HR. Abu Dawud, Kitab An-Nikah, Bab Fi Tazwij Al-Abkar, no. 2050, Al-Hakim dalam Al-Mustadrak, 2/176, Ibnu Hibban, 9/363, no. 4056. Dishahihkan Al-Albani rahimahullahu dalam Shahih Abu Dawud)
Yang dimaksud al-wadud adalah seorang wanita yang sangat pecinta/penyayang terhadap suaminya. Sedangkan makna al-walud adalah wanita yang banyak melahirkan anak. Disebutnya dua sifat wanita yang dijadikan sebagai istri ini adalah karena seorang wanita yang dapat melahirkan anak banyak namun tidak memiliki sifat cinta kepada suaminya, tidaklah menyebabkan kecintaan suaminya terhadapnya. Demikan pula sebaliknya, seorang wanita yang pecinta terhadap suami namun tidak dapat melahirkan anak, dia tidak pula dapat mewujudkan keinginan untuk memperbanyak jumlah umat ini dengan banyaknya orang yang melahirkan.
Dua sifat ini dapat diketahui dari seorang perawan dengan melihat kepada kerabatnya. Sebab, secara umum tabiat mereka saling menyerupai antara satu dengan yang lain. (lihat ‘Aunul Ma’bud, 6/33-34)
Diriwayatkan pula dari Ka’b bin ‘Ujrah radhiyallahu ‘anhu bahwa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
أَلاَ أُخْبِرُكُمْ بِرِجَالِكُمْ مِنْ أَهْلِ الْجَنَّةِ؟ قَالُوا: بَلَى يَا رَسُولَ اللهِ. قَالَ: النَّبِيُّ فِي الْجَنَّةِ، وَالشَّهِيدُ فِي الْجَنَّةِ، وَالصِّدِّيقُ فِي الْجَنَّةِ، وَالْمَوْلُودُ فِي الْجَنَّةِ، وَالرَّجُلُ يَزُورُ أَخَاهُ فِي جَانِبِ الْمِصْرِ فِي الْجَنَّةِ، أَلاَ أُخْبِرُكُمْ بِنِسَائِكُمْ مِنْ أَهْلِ الْجَنَّةِ؟ قَالُوا: بَلَى يا رَسُولَ اللهِ. قَالَ: الْوَدُودُ الْوَلُودُ الَّتِي إِنْ ظَلَمَتْ أَوْ ظُلِمَتْ قَالَتْ: هَذِهِ نَاصِيَتِي بِيَدِكَ لاَ أَذُوقُ غَمْضًا حَتَّى تَرْضَى
“Maukah aku kabarkan kepada kalian tentang para lelaki penduduk surga?” Mereka menjawab: “Ya, wahai Rasulullah.” Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Nabi dalam surga, syahid (yang mati dalam peperangan) dalam surga, shiddiq (yang sangat jujur) dalam surga, anak yang dilahirkan (meninggal di masa kecilnya) dalam surga, seseorang yang mengunjungi saudaranya di sebuah kampung dalam surga. Maukah aku kabarkan kalian tentang wanita ahli surga?” Mereka menjawab: “Ya, wahai Rasulullah.” Beliau bersabda: “Wanita yang wadud (pecinta kepada suaminya), wanita yang banyak melahirkan anak, (yang suka kembali kepada suaminya) yang jika dia menzalimi atau dizalimi, maka dia berkata: ‘Diriku ada dalam genggamanmu, aku tidak merasakan tidur hingga engkau ridha (kepadaku)’.” (HR. Ath-Thabarani, 19/140, dihasankan Al-Albani rahimahullahu dalam Shahih Al-Jami’, no. 2604)
Kaidah
Apa yang disebutkan di dalam ayat yang mulia tersebut berupa anjuran mencari pasangan hidup dan menghasilkan keturunan, tidak terlepas dari sebuah kaidah umum yang terdapat dalam agama ini yang mengatakan:
الشَّارِعُ لاَ يَأْمُرُ إِلاَّ بِمَا مَصْلَحَتُهُ خَالِصَةٌ أَوْ رَاجِحَةٌ وَلاَ يَنْهَى إِلاَّ عَمَّا مَفْسَدَتُهُ خَالِصَةٌ أَوْ رَاجِحَةٌ
“Syariat tidak memerintahkan kecuali kepada sesuatu yang kemaslahatannya murni atau lebih mendominasi, dan tidak melarang kecuali dari sesuatu yang kerusakannya murni atau lebih mendominasi.”
Kaidah ini dibangun di atas dalil-dalil dari Al-Qur`an dan As-Sunnah. Di antara yang menunjukkan hal ini adalah firman Allah Subhanahu wa Ta’ala:
إِنَّ اللهَ يَأْمُرُ بِالْعَدْلِ وَاْلإِحْسَانِ وَإِيتَاءِ ذِي الْقُرْبَى وَيَنْهَى عَنِ الْفَحْشَاءِ وَالْمُنْكَرِ وَالْبَغْيِ يَعِظُكُمْ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُونَ
“Sesungguhnya Allah menyuruh (kamu) berlaku adil dan berbuat kebajikan, memberi kepada kaum kerabat, dan Allah melarang dari perbuatan keji, kemungkaran dan permusuhan. Dia memberi pengajaran kepadamu agar kamu dapat mengambil pelajaran.” (An-Nahl: 90)
Maka tidak ada sesuatupun yang bersifat adil, perbuatan baik, dan menyambung hubungan dengan yang lain, melainkan Allah Subhanahu wa Ta’ala memerintahkannya berdasarkan ayat ini. Juga, tidak satupun perbuatan keji, mungkar yang hubungannya dengan hak-hak Allah Subhanahu wa Ta’ala, dan perbuatan zalim terhadap makhluk baik terhadap darah, harta, dan kehormatan mereka melainkan Allah Subhanahu wa Ta’ala melarangnya.
Demikian pula firman-Nya:
قُلْ أَمَرَ رَبِّي بِالْقِسْطِ وَأَقِيمُوا وُجُوهَكُمْ عِنْدَ كُلِّ مَسْجِدٍ وَادْعُوهُ مُخْلِصِينَ لَهُ الدِّينَ كَمَا بَدَأَكُمْ تَعُودُونَ
“Katakanlah: ‘Rabbku menyuruh menjalankan keadilan.’ Dan (katakanlah): ‘Luruskanlah muka (diri) mu di setiap shalat dan sembahlah Allah dengan mengikhlaskan ketaatanmu kepada-Nya. Sebagaimana Dia telah menciptakan kamu pada permulaan (demikian pulalah) kamu akan kembali kepadaNya)’.” (Al-A’raf: 29)
Di dalam ayat ini, Allah Subhanahu wa Ta’ala mengumpulkan pokok-pokok (ushul) dari perintah-perintah-Nya. Sebagaimana Allah Subhanahu wa Ta’ala mengumpulkan pokok-pokok (ushul) dari hal-hal yang diharamkan dalam firman-Nya:
قُلْ إِنَّمَا حَرَّمَ رَبِّيَ الْفَوَاحِشَ مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَمَا بَطَنَ وَاْلإِثْمَ وَالْبَغْيَ بِغَيْرِ الْحَقِّ وَأَنْ تُشْرِكُوا بِاللهِ مَا لَمْ يُنَزِّلْ بِهِ سُلْطَانًا وَأَنْ تَقُولُوا عَلَى اللهِ مَا لاَ تَعْلَمُونَ
“Katakanlah: ‘Rabbku hanya mengharamkan perbuatan yang keji, baik yang nampak ataupun yang tersembunyi, dan perbuatan dosa, melanggar hak manusia tanpa alasan yang benar, (mengharamkan) mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang Allah tidak menurunkan hujjah untuk itu dan (mengharamkan) mengada-adakan terhadap Allah apa yang tidak kamu ketahui’.” (Al-A’raf: 33)
Demikian pula dengan pernikahan, di mana seorang muslim dan muslimah mendapatkan banyak kemaslahatan darinya, berupa pemeliharaan terhadap kehormatan, mencegah dari perbuatan zina, memelihara pandangan, melanjutkan generasi, dan berbagai faedah lainnya yang tidak tersamarkan bagi mereka yang telah melakukannya. Wallahu a’lam.
(Dikutip dari http://www.asysyariah.com, Penulis : Al-Ustadz Abu Karimah Askari bin Jamal Al-Bugisi, Judul: Pernikahan dalam Rangka Mawaddah dan Rahmah )

Monday 1 December 2008

Al-Qur'an ada jawapannya...

KITA BERTANYA : KENAPA AKU DIUJI?
QURAN MENJAWAB "Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja denganmengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang2 yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang2 yang benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui orang2 yang dusta." -Surah Al-Ankabut ayat 2-3
KITA BERTANYA : KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?
QURAN MENJAWAB "Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." - Surah Al-Baqarah ayat 216
KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
QURAN MENJAWAB "Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya. " - Surah Al-Baqarah ayat 286
KITA BERTANYA : KENAPA AKU FRUST?
QURAN MENJAWAB "Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang2 yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang2yang beriman." - Surah Al-Imran ayat 139
KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
QURAN MENJAWAB "Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) , dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan didaerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya,kamu berjaya (mencapai kemenangan)."
KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
QURAN MENJAWAB "Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk" - Surah Al-Baqarah ayat 45
KITA BERTANYA : APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI?
QURAN MENJAWAB "Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka... - Surah At-Taubah ayat 111
KITA BERTANYA : KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
QURAN MENJAWAB "Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal. " - Surah At-Taubah ayat 129
KITA BERKATA : AKU TAK DAPAT TAHAN!!!
QURAN MENJAWAB "... ..dan jgnlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yg kafir." - Surah Yusuf ayat 12

Cara Mudah Tulis Pengenalan dan Permasalahan Kajian

Kenapa saya menulis tentang cara melakar Latar Belakang Kajian? Kebanyakan buku menjelaskan secara ringkas dan umum. Ada juga yang detail , ...