Tuesday, 30 December 2008

Ikhlas, cinta dan keinginan untuk memiliki



(21 sept 2008 – 3.41 am)

Malam ini malam ke 21 di bulan ramadhan. Aku mendengar bacaan imam dari Masjidil Haram. Terasa seperti ada getar di setiap kalimah kalamullah yang disebutnya. Betapa indahnya sekiranya setiap kalimah itu dihayati dan difahami. Faham apa yang disampaikan melalui kitabullah itu. Jelas tersurat juga banyak yang tersirat yang jarang sekali kita ketahui seperti yang difahami oleh lisan Arab. Bertuahnya mereka, mengerti setiap yang dilontarkan dari butir bicara mereka. di bulan yang mulia ini aku mengambil kesempatan untuk memperbanyakkan amalan-amalan sunat seperti yang disyorkan. Seperti ketika ini, aku mendengar bacaan kalamullah dari Masjidil Haram yang ditayangkan di TV9.

Baru-baru ini ku teringat kalimah ikhlas yang dicari oleh fandy dalam filem kiamat sudah dekat. Ikhlas itu membuktikan terdapat perbezaan antara ingin memiliki dan mencintai. Sewaktu ferdi belum menemui ‘ikhlas’ itu, dia sentiasa berharap sarah akan menjadi pacarnya, akan tetapi setelah dia menemukan ‘ikhlas’ itu, dia redha dan pasrah kalau sarah dijodohkan dengan lelaki yang dia rasakan baik dan sesuai buat sarah yang dikatakan lulusan dari universiti al-azhar, mesir. Pada masa yang sama, ayah sarah menerima fandy sebagai menantunya walaupun pada saat itu fandy belum lagi benar-benar arif tentang selok-belok agama, ini adalah kerana fandy itu adalah berlatar belakang kehidupan yang sangat duniawi. Ditambah lagi, dia sendiri ada kumpulan bermain alat muzik dan nyanyian lagu rock. Yang menjadi persoalannya adalah kenapa ayah sarah menerima fandy di saat fandy merelakan sarah berkahwin dengan lelaki pilihan ayahnya sendiri? Ini adalah kerana dia redha atas ketentuan Ilahi, tanpa menyalahkan takdir, berbuat amal soleh bukan sebab siapa-siapa, bukan kerana Hj romli (ayah sarah) yang minta, dia rela andai sarah ditakdirkan berjodoh dengan orang yang dirasakan lebih baik darinya, dan kalau nak tahu dengan lebih lanjut harus menyaksikan sendiri filem yang asal dari negeri seberang itu.

Dia satu antara seribu kumohon jangan pisahkan, aku mohon dengan sangat ya Allah
(antara lirik lagu soundtrack kiamat sudah dekat)

Dalam filem ayat-ayat cinta juga ada skrip, cinta dan keinginan untuk memiliki itu tidak sama! Setelah beberapa waktu berjalan seiring bertambahnya usiaku, aku semakin dapat menerima ‘dia’ itu adalah khayalanku yang kuharapkan ‘dia’ menjadi jodohku, tanpa usaha malah keajaiban pertemuan dengannya. Kerana kuyakin tiada yang mustahil di dunia ini dengan kekuasaan Allah. Tetapi Allah mengajar umatNya agar berusaha dan mencari ikhtiar serta berdoa dan bertawakkal dengan apa yang dikerjakan. Ku hanya berdoa moga ‘dia’ sentiasa berada di bawah rahmat dan kasihMu. Moga ‘dia’ menemukan cinta Allah yang diharapkan selama ini. Juga aku berharap aku menemui seseorang yang juga mencintaiku kerana Allah. Dekatkanlah hati kami, andai dengan bersamanya akan bertambah rasa kecintaanku padaMU. Aku benar-benar mengharap kehidupan yang barakah di dunia dan di kehidupan yang kekal abadi.

No comments:

Cara Mudah Tulis Pengenalan dan Permasalahan Kajian

Kenapa saya menulis tentang cara melakar Latar Belakang Kajian? Kebanyakan buku menjelaskan secara ringkas dan umum. Ada juga yang detail , ...