Wednesday 11 May 2022

Cara Mudah Tulis Pengenalan dan Permasalahan Kajian

Kenapa saya menulis tentang cara melakar Latar Belakang Kajian?

Kebanyakan buku menjelaskan secara ringkas dan umum. Ada juga yang detail, tetapi tetap juga saya tidak dapat menulis Latar Belakang Kajian. 

Saya cuba mencari maklumat dengan cara melakar Latar Belakang Kajian untuk tesis yang sedang saya usahakan.

Dengan demikian, saya belajar dan berkongsi melalui view saya berdasarkan rujukan-rujukan yang saya gunakan. Diharapkan dapat membantu bagi sesiapa yang masih keliru dan tercari-cari.

Fuad Mohamed Berawi mengatakan:
(1) dalam PENDAHULUAN perlu menerangkan tentang isu dan masalah kajian secara umum yang menjadi LATAR BELAKANG KAJIAN dari isu dan masalah umum menjurus kepada khusus bagi mengorientasikan minda pembaca.

(2) Seterusnya, dalam LATAR BELAKANG menjelaskan secara menyeluruh segala yang berkaitan secara langsung dengan isu dan masalah yang akan menjadi PERNYATAAN MASALAH dalam kajian.

Di bawah ini, saya cuba menunjukkan flow menulis latar belakang kajian berdasarkan rujukan yang dibaca iaitu:

Pertama (dalam perenggan pertama):-
Mula-mula sekali perlu menulis tentang area/bidang yang ingin ditulis. Saya menganggap ia adalah setting kepada kajian kita, contohnya, kalau anda ingin mengkaji tentang skop falsafah etika & moral, maka anda akan tulis tentang nilai-nilai etika dan moral.

Sepertimana yang diajarkan oleh Dr OT, beliau menyatakan bahawa ia adalah area of investigation atau sejarah ringkas
Justeru itu, akan kelihatan seperti penceritaan sejarah kepada apa yang sedang kita kaji, contohnya, kajian kepada konsep manusia sempurna menurut pandangan tokoh, maka apa yang kita tulis ialah berkaitan dengan manusia (1) yang berpandukan (kerangka) kepada falsafah etika dan moral (2). 

Kedua : 'GAP' / JURANG
1- Keperluan meneroka kepada apa yang sedang berlaku atau situasi semasa berkaitan isu yang dikaji.
Tokoh dan kajian telah membuktikan bahawa manusia moden sedang mengalami krisis etika. Dengan demikian, manusia mempunyai banyak masalah sosial.

2- Terlalu banyak berfokus kepada apa yang sedang berlaku.
Kajian banyak berfokus kepada konsep manusia.

3- Jurang yang ditemui adalah berkaitan dengan tumpuan kajian terhadap perkara tersebut sahaja. 

4- Contoh: lokasi/di mana, tahun/bila, responden/siapa

Contohnya;
Manusia sempurna biasanya (banyak) berfokus kepada pemikiran asal yang diperkenalkan oleh melalui aliran tasawuf iaitu Ibnu 'Arabi kemudian diteruskan oleh al-Jili, manakala di barat popular dengan Nietzsche dengan istilah Ubermensch (Super Man).

Sumber Dr. OT:
Tulis mengenai senario situasi semasa berkaitan isu yang dikaji dgn memperkenalkan “gap” dalam “teaching and learning in science education”. 

Gap (jurang) disini adalah situasi semasa contohnya, (yang hanya bertumpu kepada) kebanyakan kajian bertumpu kepada pemikiran tokoh Islam klasik dan barat seperti Ibnu 'Arabi+al-Jili (kajian lepas) dan Nietszche (kajian lepas).

Selain itu, boleh juga rujuk disini Panduan menulis tesis oleh Fuad Mohamed Berawi.

Ketiga : isu (penyataan) yang menjadi pokok bahasan kajian

Keempat : keperluan kepada pokok bahasan

Kelima : kepentingan kajian ini dijalankan 

Dalam Bab 1, selepas menulis latar belakang kajian perlu disusuli dengan PENYATAAN MASALAH (problem statement).

Dalam buku Penulisan Akademik dalam bidang Sains Sosial (Zamri Mahamod  & Yahya Othman, 2016) terbitan UKM halaman 183, menyatakan bahawa pernyataan masalah boleh dibina berdasarkan:

1) Tajuk kajian yang hendak dijalankan.
2) Kajian-kajian lanjutan yang dicadangkan di bahagian akhir sesuatu penyelidikan yang telah tamat.
3) Melalui kajian-kajian lepas dalam bidang dan luar bidang yang dikaji.
4) Melalui pembacaan.
5) Melalui soal-selidik, pemerhatian, temu bual dan analisis dokumen.

Dalam Buku Tangan Kaedah Penyelidikan & Penulisan Laporan Projek Tahun Ahir (Abdul Hamih Mar Iman, 2016) halaman 22 - 24 terbitan Universiti Malaysia Kelantan menyatakan:

(1) Zero-in 
Pemahaman tentang senario (situasi sesuatu masalah seperti jenis, lokasi, keadaan semasa, faktor penyebab) - kenal pasti faktor utama yang berkaitan dengan situasi yang dikaji.

(2) Statistik (fakta sokongan)
Senarai hujah tentang situasi - bermula dengan maklumat berkaitan dengan senario.

(3) Soalan-soalan khusus
Pernyataan masalah mesti datang daripada analisis terhadap apa yang kita sedia ketahui. 
Nyatakan dengan jelas, apa yang hendak dikaji diwujudkan, ditangani, atau diselesaikan. 
Biasanya sesuatu permasalahan itu dinyatakan dalam bentuk soalan kerana (1) mudah dan (2) untuk membezakan pernyataan masalah dengan objektif kajian.


Dr OT mengatakan dalam penyataan masalah ada ISU (simptom) + MASALAH + TUJUAN.

Dr OT beri analogi:
SYMPTOM - sakit kepala 
PENYELESAIAN: makan ubat/panadol
Kajian perlu dijalankan sebab untuk kenal pasti bagaimana sakit kepala itu boleh menyerang.

Contohnya,
SYMPTOM - pijak Jalur Gemilang, rosakkan harta benda awam
PENYELESAIAN: beri pendidikan (sivik/kewarganegaraan)

Isunya adalah, 
pendidikan telah diberikan.
Tetapi, 
masalah tetap ada/berlaku berterusan.

Pertama sekali perlu bezakan antara isu dengan masalah.
Isu akan wujud (datang) terlebih dahulu sebelum masalah.
Contoh :
a) ISU - (1) gelandangan, (2) teori paradigma
(1) tidak ada pengalaman dan kemahiran / malas 
(2) perubahan zaman dari satu fasa ke fasa yang lain iaitu lama ke baharu.
b) MASALAH
(1) miskin / perniagaan tidak maju / tiada pekerjaan (pengangguran)
(2) muncul kepelbagaian aliran antaranya liberal/atheistik, terdapat banyak kritikan terhadap aliran yang muncul (kata ikut zaman, tapi tak semua ikut).
c) Tujuan (penyelesaian)
(1) kurangkan peningkatan jumlah gelandangan, memberi pendidikan/kemahiran, kukuhkan institusi kekeluargaan untuk elak masalah sosial yg akhirnya membawa kepada masalah gelandangan.
(2) membuktikan Islam tidak sama dengan penafsiran/penyamaan terhadap Kristian, Islam tidak berubah mengikut zaman.


Mungkin juga begini,
Isu (Simptom) : Pembahasan tentang konsep manusia dalam konteks tasawuf + manusia menghadapi krisis etika dan moral.
Masalah dan tujuan (Penyelesaian) : Garis panduan/konsep menjadi seorang manusia yang sempurna dalam konteks modenisasi.

Apa masalah yang dihadapi?
Apa pembolehubah utama dalam permasalahan yang dikaji?
Bincangkan mengapa permasalahan tersebut perlu dikaji.
Penting sangat kah? Kenapa penting?
Nyatakan jurang teori, jurang metodologi atau jurang praktikal kajian.
Nyatakan implikasi jika kajian tidak dibuat.
Simpulkan persoalan yang perlu dikaji dalam kajian.

Contoh masalah,
- Masalah/tingkah laku masyarakat Malaysia (warganegara - beragama Islam, Buddha/Tao/Konfusius, Hindu, Kristian) yang sering mengancam keamanan dan kesejahteraan (vandalisme, masalah sosial - rompakan, kecurian, buli etc), integriti dan rasuah, dadah (penagihan dan pengedaran).
 1) Konsep - patriotisme@nasionalisme 
 2) Teori - politik, falsafah moral dan agama 
 3) Metodologi - analisis dokumen

Contoh Isu,
- masalah sosial yang semakin berleluasa (tingkah laku)
- kecelaruan etika dan moral (pemahaman)
- penghayatan agama (agama)

Semasa menulis masalah boleh menggunakan 5W 1H.
WHAT - apa masalahnya? 
- masalah sosial (integriti/rasuah), vandalisme (tingkah laku), nyawa (kes saman - memandu dengan berbahaya), sering menimbulkan isu rasisme, tidak mahu bangunkan negara  (tiada kemahiran/pakar)

WHO - siapa terlibat? 
- masyarakat.

WHY - kenapa ia menjadi masalah? 
- terus berada dalam masalah sosial yang berleluasa seperti kes dadah, kecurian dan keciciran dalam persekolahan (tidak mementingkan pendidikan).

WHERE - di mana ia berlaku? 

WHEN - sejak bila ia berlaku? 

Kemudian, 
Muncul persoalan untuk difokuskan.

Contoh soalan,
Bagaimana cara untuk atasi masalah kemiskinan?

Dengan demikian,
Muncullah penyelesaian bagi kajian ini berdasarkan masalah yang wujud iaitu,

Biasanya, pernyataan masalah ditulis:

Perenggan 1: Pengenalan tentang masalah kajian secara umum.
Perenggan 2 dan seterusnya: Isi pernyataan masalah atau isu yang dibangkitkan dalam kajian.
Perenggan akhir: Ayat penutup yang merumuskan apa sebenarnya yang hendak dikaji.

Semasa menulis artikel ini, saya merujuk kepada blog Dr OT Tajuk 961, 17461748, 1749.

Saya menulis artikel dengan harapan melalui cara ini diharapkan saya dapat memahami dengan lebih jelas tentang cara dan aliran (flow) penulisan Bab 1.


Sebelum itu, eloklah kita ketahui cara pemilihan tajuk/interest kajian.

Berdasarkan Bengkel Kaedah Penyelidikan Kolej Universiti Islam Melaka pada 24 Jun 2021 disampaikan oleh Dr. Nashirah Abu Bakar (UUM) dan Dr. Sofian Rosbi (UMP)mencadangkan kaedah pembinaan tajuk/apa yang ingin dikaji oleh penyelidik.


Tajuk dibina adalah berdasarkan research interest:
1- berdasarkan kepada pengetahuan dan pembacaan
2- masa degree/master pernah belajar atau tidak?

Setakat ini dahulu, saya cuba perbaiki cara menulis bab 1 ini dari semasa ke semasa.
Kalau ada rezeki masa dan idea, saya cuba menulis cara mudah menulis dan merangka bab 2 dan seterusnya. Insya Allah.

Friday 8 October 2021

JURNAL TUAH KUIM - JOM HANTAR ARTIKEL BIDANG SEJARAH & KETAMADUNAN!

 Jemputan menulis di Jurnal Tuah

Di KUIM, anda boleh menghantar artikel mengikut kepakaran dan bidang masing-masing kerana terdapat 10 jurnal antaranya bidang Sejarah/Ketamadunan, Sains Sosial, Pengajian Islam, Pendidikan, Hospitaliti, Kesihatan, Undang-undang, Perniagaan dan lain-lain.
Jemput lawati Portal Jurnal kami di KUIM Open Journal System
(Penerbit KUIM).
Jurnal Tuah merupakan jurnal di bawah Institut Ketamadunan Melaka - TUAH KUIM. Hubungi kami segera sekiranya berminat.

Monday 4 October 2021

DI MANA PILIHAN UNIVERSITI AWAM BIDANG PENGAJIAN ISLAM (PhD)?

Sekarang saya dalam proses memilih universiti mana yang ingin saya daftarkan untuk untuk menyambung PhD saya yang telah terhenti sebelum ini.

Saya telah membuat senarai keperluan untuk bergraduat bagi 3 universiti yang saya pilih untuk daftar dalam bidang pengajian Islam:

1. UTM - jumlah yuran RM 18 350 (ranking universiti di Malaysia No. 5)

Penerbitan: 1 artikel / 2 artikel dalam prosiding/konferens berindeks / accepted : SCOPUS / ERA /WoS.

Kelas/kursus yang perlu dihadiri: 

1) Metodologi Penyelidikan

2) Kursus yang berkaitan.

Sekiranya, selepas 4 semester bersedia untuk viva, perlu telah selesai terbitkan2 kertas kerja dalam jurnal antarabangsa berwasit.

2. UM - jumlah yuran RM 18 632 (ranking universiti di Malaysia No. 1)

Penerbitan: 

1) Buku - terbitan - Thomson Reuters, WoS, Penerbit UM, DBP, yang diiktiraf PTJ.

atau

2) 2 jurnal berwasit

A - Jurnal indeks (SCOPUS, ERA)

B - Myjurnal

C - Bab dalam buku (2 bab dalam buku berlainan) - Thomson (WoS), DBP, UM, yang diiktiraf PTJ.

Kelas/kursus yang perlu dihadiri: 

1) Metodologi Penyelidikan

Semasa saya membaca buku program/peraturan universiti, UM adalah universiti yang tidak membenarkan mendaftar di universiti lain selagi mana masih bergelar pelajar UM. Poin ini adalah bagi mereka yang ingin menyambung di dua tempat / dua program pada satu-satu masa yang sama. 

Pendaftaran Serentak (1) Seseorang calon ijazah tinggi tidak dibenarkan mendaftar serentak untuk program pengajian lain yang membawa kepada sesuatu penganugerahan ijazah, diploma atau sijil di Universiti ini atau di universiti lain.

3. UKM - jumlah yuran RM 17 400 (ranking universiti di Malaysia No. 3)

Penerbitan: 3 artikel berindeks accepted SCOPUS / ISI.

Kelas/kursus yang wajib dihadiri: 

1) Bahasa Arab

Walau apapun, saya tidaklah menyenaraikan nama dan bidang kepakaran pensyarah/penyelia yang dicadangkan di fakulti berkenaan.

Setiap universiti mempunyai kelebihan yang berbeza-beza. 

Kalau saya, tidak bergantung kepada pandangan orang. Sebab bagi saya memilih penyelia adalah sangat subjektif. Penyelia adalah manusia, layanan dan hubungan antara manusia itu berbeza.

Bagi sesetengah ahli akademik berpandangan bahawa untuk memudahkan seseorang pelajar itu mudah untuk lulus atau melancarkan segala urusan, perlulah melihat kepada syarat untuk bergraduat dan karenah birokrasi.

Semoga artikel ini membantu para rakan-rakan yang ingin sambung PhD di universiti yang telah saya ringkaskan.

Friday 10 September 2021

TUGASAN VIDEO PELAJAR KUIM DI YOUTUBE

Saya mempunyai akaun youtube bagi berkongsi contoh-contoh video yang boleh ditonton dan menjadi panduan kepada para pelajar untuk mencipta tugasan masing-masing.

Zaman ini, hampir semua pelajar mampu menyediakan tugasan berbentuk digital, hanya yang menjadi kekurangannya adalah dari segi kandungan / isi yang ingin disampaikan.

Banyakkan membaca dan mencari maklumat, Insya Allah tugasan akan menjadi yang terbaik malah barakah kerana telah berkongsi ilmu kepada orang yang menontonnya juga.

Lawati Channel Youtube saya : Channel Youtube Farrah KUIM

CADANGAN INOVASI SEMINAR KEBANGSAAN SAINS SOSIAL 3.0 KUIM (MODEL KELUARGA POLIGAMI BAHAGIA)

Saya hantarlah juga video yang berkaitan dengan kajian yang telah dijalankan sebelum ini. 

Kajian ini berkaitan dengan keluarga poligami. 

Perlu difahami terlebih dahulu, saya tidaklah mencadangkannya, tetapi saya menyediakan panduan ini untuk keluarga yang akan dan telah berpoligami. 

Bukan galakan atau menidakkan, tetapi berdasarkan apa yang berlaku di dalam realiti masyarakat. 

Semoga kajian ini bermanfaat.



Tuesday 10 August 2021

TERKESAN COVID-19 - TANGAN DI BAWAH LEBIH BANYAK

Di musim COVID-19 ini, sangat popular istilah 'TERKESAN'.

Musim ini menjadikan ada orang yang memerlukan barang/duit, namun ada juga yang ingin memberi.

Dalam hal ini, menjadikan rakyat Malaysia terbiasa dengan meminta-minta. Mungkin juga ada yang suka memberi (kerana sekarang ramai jutawan).

Saya lebih suka kepada metafora memberi pancing berbanding memberi ikan.

Adakah masyarakat Malaysia tidak belajar cara menangani apabila perlu tempuhi waktu kecemasan? 

Mungkin juga tidak sempat untuk bangkit memandangkan tempoh berkurung terlalu lama. Banyak kemungkinan, hanya pakar dalam bidang sahaja yang boleh memberi jawapan berdasarkan apa yang sedang berlaku.

Walau bagaimanapun, perlu kita berfikir apakah hikmah-hikmah yang Allah ingin berikan, apakah dosa/kesilapan yang pernah kita lakukan..

Jangan sehingga tiada wang langsung apabila tiba musim seperti ini, ada yang meninggalkan anak-anak, ada yang meninggalkan isteri dan anak, yang masing-masing tiada punca pendapatan. Kesemuanya adalah diluar jangkaan kita sebagai manusia.

Cukup kasihan!

Marilah kita berusaha, memberi makanan, persekitaran, cara hidup yang sihat. Allah pun menyuruh kita berusaha, menjaga kesihatan, berjimat-cermat, menjaga kebersihan, jangan berlebihan dalam berhibur dan sebagainya.

Ingatlah, ini adalah peringatan dari-Nya.

Tunduklah, sujudlah, moga Allah mendengar rintihan kita semua.

Cara Mudah Tulis Pengenalan dan Permasalahan Kajian

Kenapa saya menulis tentang cara melakar Latar Belakang Kajian? Kebanyakan buku menjelaskan secara ringkas dan umum. Ada juga yang detail , ...