Monday 19 April 2010

Berkawan/berurusan dengan semua orang seperti semua orang adalah kawan anda.. supaya tidak ada istilah KABEL atau ORANG DALAM

Setiap hari kita bertemu, berinteraksi dan melihat pelbagai jenis ragam manusia. Ada yang baik dan begitulah sebaliknya. Kadang-kadang orang pemarah, kadang-kadang kita yang naik angin. Kalau di pentadbiran, sentiasa merasa tinggi dari pelajar-pelajar. Justeru setiap hari ada sahaja yang dimarahi, masakan tidak, kerana pelajar tidak boleh marah pihak pentadbiran. Walau bagaimana pun pelajar ada hak untuk menegakkan semua perkara yang dirasakan tidak benar. Seperti saya dan seorang teman dimarahi oleh dua orang yang menguruskan di bahagian kewangan pelajar. Alangkah hinanya kami merasa ketika mereka memarahi kami dihadapan kakitangan yang lain. Tanpa banyak soal, tanpa memberi peluang untuk memberitahu hal yang sebenar, terus seorang wanita yang berjubah ini menghentam kami. Hilang adab untuk seketika! Tanpa sebarang pertanyaan, setelah selesai dimarahi dan tandatangan pada dokumen telah lengkap, saya mengucapkan TERIMA KASIH. Teringat pada kata-kata pensyarah saya, supaya apabila berhadapan dengan orang sedemikian, jangan cakap apa-apa melainkan MOHON MAAF DAN TERIMA KASIH. Terima kasih Dr atas nasihat tersebut. Teringat juga saya akan kata-kata seorang mufti termuda Mesir mengatakan, ada pepatah yang mengatakan, orang beradab lebih baik dari orang yang berilmu. Ini adalah kerana apabila seseorang itu tidak beradab walaupun dia jauh mempunyai ilmu yang tinggi kelak dipandang seperti tidak berilmu malah sekiranya orang yang tidak berilmu tetapi beradab, dia adalah lebih baik! Apa salahnya, staf tersebut bercakap dengan baik, tentu sahaja kadang-kadang pelajar tidak tahu atau terlupa atau sebagainya, tetapi beritahulah dengan baik dan BERADAB!

Memang ada prosedur, tetapi cuba terangkan dengan baik, dan harus selari dengan setiap orang supaya hal-hal tersebut tidak menjadi isu. Contohnya, hari ini saya berurusan dengan pihak PTPTN. Ini merupakan kali kedua saya menjejakkan kaki ke PTPTN di KL sentral untuk urusan hutang saya yang telah saya biarkan sehingga sekarang. Saya pinjam sudah terlalu lama, walau bagaimanapun saya mengikut prosedur. Setiap kali sambung belajar, saya menghantar borang dan membuat surat dari saya sendiri kepada PTPTN untuk memohon penangguhan bayaran. Dan satu lagi, ada juga saya dengar, sekiranya ada duit, masukkan terlebih dahulu ke dalam akaun supaya akaun kita aktif dan bayaran untuk cas-cas tertentu dapat dikurangkan. Jadi saya masukkan beberapa bulan lepas dengan jumlah sedikit sahaja, hanya untuk percubaan. Tidak lama kemudian saya disaman dan saya ke Mahkamah Majistret untuk urusan tersebut. Kebetulan saya agak terlambat sampai, saya diminta menelefon pihak peguam yang dilantik. Mereka meminta saya berjumpa dengan Pegawai Undang-undang di PTPTN. Kalau saya tahu tidak ke mahkamah tidak menjadi masalah cuma berhubung terus dengan mereka....tidaklah masa saya terbuang begitu sahaja! Menurut pegawai tersebut, sekiranya saya ke PTPTN sebelum ke mahkamah, saman tersebut masih boleh ditarik balik! Huh! Tetapi layanan pegawai undang-undang tidak membebankan saya kerana dia hanya meminta supaya buat surat yang menyatakan untuk ke Luar Negara bagi memudahkan urusan dengan Kastam nanti. Maklumlah nama sudah disenaraihitamkan. Saya ke PTPTN hari ini. Saya menunggu hampir 45minit. Lama betul! yang saya lihat hanya seorang pegawai, pada awalnya dua, mungkin keluar rehat. Untuk urusan ini sahaja. SSPN ada dua kaunter. Tak kisah lah... Yang menjadi masalah, tempoh hari, pegawai undang-undang tersebut langsung tidak menyebut surat tawaran, transkrip dan sebagainya. Nasib baik saya bawa fail yang menyimpan dokumen tersebut.. Dan nasib baik juga kerana saya hantar by-hand! Patutlah mereka tidak 'update' status saya (saya rasa lah..) sebab pegawai hari ini beberapa kali menyebut tentang surat penyata KWSP. Sedangkan saya adalah pelajar. Saya berharap semua teman-teman yang ingin menggunakan perkhidmatan PTPTN sila buat urusan face to face atau hantarkan segala dokumen by hand supaya kita lihat sendiri semuanya selamat sampai. Juga buat salinan fotokopi untuk setiap dokumen yang dihantar. Yang menambahkan saya tidak berpuas hati adalah setelah urusan saya hampir selesai, beliau memberitahu saya dalam masa 4 hingga 5 hari lagi, PTPTN akan call samada saya perlu membayar tunggakan atau tidak! Saya agak melatah, pada awalnya dia tidak memberi ruang untuk saya bercakap, namun saya terpaksa berkeras, dan akhirnya saya selesai bercerita kepada dia. Yang menjadi musykilnya, pegawai undang-undang hari itu tidak ada menyebut apa-apa kecuali abaikanlah dulu dan selesaikan pengajian terlebih dahulu... saya LEGA.. tetapi hari ini, dengan jangka masa saya akan ke LUAR NEGARA hampir dua minggu sahaja lagi, menyebabkan saya agak tertekan. dengan tesis poligami saya lagi! HUh!!

ya Allah, macam-macam... saya bukan ingin memalukan pihak PTPTN, cuma menyatakan rasa tidak puashati. Selarikan prosedur anda. Dan jangan lah beri tekanan kepada saya yang masih lagi belajar. Saya ada mendengar orang lain yang sudah ramai dan sudah lama bekerja, tetapi tidak membuat bayaran. Bagaimana PTPTN uruskan dengan mereka?!

Kesal dengan tindakan beberapa pihak!

Cara Mudah Tulis Pengenalan dan Permasalahan Kajian

Kenapa saya menulis tentang cara melakar Latar Belakang Kajian? Kebanyakan buku menjelaskan secara ringkas dan umum. Ada juga yang detail , ...