Monday 31 August 2009

Kasih Sayang Inteam feat Ustaz Asri

Marilah kita jalinkan kasih sayang sesama kita
Ia telah lama hilang tambah gersang di hati ini
Kita siram kembali dengan air Iman yang suci
Dengan menabur budi kepada semua manusia

Bila hati gembur dan subur semula
Benih mahmudah akan tumbuh kembali
Iakan berdaun subur dan berbuah
Memberi manfaat semula kepada penghuni taman yang resah

Jangan kita biarkan hati ini
Gersang dari kasih sayang
Manusia akan terumbang ambing
Hidup di dunia ini
Pangkat dan kekayaan tiada erti
Bila kasih sayang tak dimiliki

Marilah kita jalinkan kasih sayang sesama kita
Ia telah lama hilang tambah gersang di hati ini
Kita siram kembali dengan air Iman yang suci
Dengan menabur budi kepada semua manusia

Berkasih sayang perintah Allah
Diantara sifat Allah
Kasih kepada hamba-Nya
Allah sangat sayang kepada hamba yang berkasih sayang
Jalinkahlah kasih sayang untuk keredhaan-Nya

Hati sudah lama menderita kekosongan kasih sayang
Tanamkan semula jangan biarkan
Jangan biarkan berlama-lama
Sudah lama manusia hidup dalam derita lagi sensara
Ayuh kita suburkan semula
Kasihkan sesama sama manusia

Dapatkan videoklip di sini

Monday 17 August 2009

KELAB POLIGAMI IKHWAN


"SUAMI UNTUK DIKONGSI BUKAN DIPEREBUTKAN"

Pada hari Sabtu yang lepas berlangsung satu pelancaran kelab yang dinamakan dengan KELAB POLIGAMI IKHWAN di Bandar Country Homes, Rawang, Selangor. Pada awalnya, pelancaran ini dirancang untuk mengadakan pelancaran secara rasmi dan konsert di Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur. Namun begitu, menurut Urusetia Kelab Poligami pada hari tersebut mengatakan bahawa Shahrizat khuatir berlaku kekecohan kerana kelab ini boleh menimbulkan kontroversi dan bimbang menyentuh sensitiviti mana-mana pihak. Disebabkan memikirkan keselamatan, pihak kelab terpaksa mengubah tempat pelancaran secara tergesa-gesa dan mendadak. Justeru, mereka mengalami kerugian dari segi pengiklanan kerana telah menghebahkan secara besar-besaran. Walau bagaimanapun, pelancaran tersebut berjalan lancar malah pihak urusetia memanjangkan masa penghebahan kelab tersebut selama 2 hari 2 malam yang disertai dengan ekspo dan jualan produk keluaran Ikhwan. Sepanjang pelancaran berlangsung dari jam 9 pagi sehingga 12 tengahari, acara diselangi dengan persembahan nyanyian dan sketsa dari keluarga poligami. Di akhir acara, keluarga besar Abuya Ashaari selaku penggerak utama dan suami kepada Khatijah Aam selaku isteri kedua merangkap penggerak kelab diperkenalkan kepada para tetamu yang hadir. Jumlah isteri beliau seramai 4 orang dan mempunyai anak juga cucu yang ramai.

Menurut jurucakap kelab, penubuhan kelab bukanlah semudah yang disangkakan. Tetapi kelab ini bertujuan bagi mempermudahkan dan menolong pasangan yang mempunyai masalah dalam perkahwinan. Justeru kelab ini mempunyai kaunselor selaku pemberi nasihat dalam masalah poligami.

Setakat ini jumlah ahli kelab sudah hampir mencecah 1000 orang termasuk suami, isteri pertama, isteri kedua, isteri ketiga, isteri keempat dan anak-anak. Kelab ini juga tidak menganggap perkahwinan poligami boleh dilakukan oleh semua orang kerana poligami tidak boleh dipermain-mainkan justeru si suami mahupun isteri harus ada ilmu dan terdidik jiwanya barulah berputik keharmonian dalam rumahtangga.

Kelab Poligami ini mempunyai pasangan poligami mengikut kelas iaitu ada kelas A,B dan C. Pasangan dari kelas bawah akan dipertingkatkan melalui pendidikan dan pembersihan hati dari para penggerak dan kaunselor mereka agar pasangan kelas bawah akan meningkat menjadi kelas atas dan lebih baik. kelab ini bukan sekadar kelab.

Monday 10 August 2009

BERKONGSI PENGALAMAN SEBAGAI ISTERI YANG DIMADU

Akhirnya, Kelab Poligami ini ku temui juga siapakah mereka. Sehari sebelum Pn Khatijah Aam muncul di kaca televisyen dalam rancangan Wanita Hari Ini di TV3, ada seorang kakak dari kumpulan Global Ikhwan yang merupakan isteri pertama dan mempunyai seorang madu, menghantar pesanan ringkas (sms) melalui telefon bimbitku, "ada dengar tak tentang kelab poligami? Esok ada di WHI." Wah! alhamdulillah..agak terkejut dengan berita tersebut, namun teruja!!

Semoga kajianku lebih menjadi mudah. Bagi ahli Kelab Poligami yang ingin berkongsi pengalaman denganku bagi membantuku menyiapkan tesis berkenaan dengan isteri berpoligami dari kumpulan GISB sila hubungiku. Pertolongan dan kesudian kalian sangatlah saya hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih yang tidak terhingga.

Utusan Malaysia (Membantu Keluarga Poligami)

Utusan Malaysia (Perlu disokong bukan dimusuhi)

Thursday 6 August 2009

KELAB POLIGAMI

Semakin lama semakin banyak perkembangan tentang perkahwinan jenis poligami. Sehingga sekarang sudah ada sebuah organisasi yang dinamakan Kelab Poligami. Sangat menarik! Namun, ada sesiapa yang sudah menjadi ahli berkongsi pengalaman dan di manakah kelab ini berada sekarang?

Sangat mengharap!

Lihat Sini Kelab Poligami Ikhwan (Hak Isteri Pertama)

Lihat Sini (Hak Isteri Kedua)

Wednesday 15 July 2009

ILMU+PENGALAMAN=GURU

Dalam kehidupan seharian, kita banyak berinteraksi dan berkomunikasi dengan pelbagai jenis manusia dan bermacam-macam ragam yang wujud. Kadang-kadang banyak masalah yang timbul lahir dari salah faham dan ketidakserasian antara satu sama lain yang terkesan dari kurang etika dan adab semasa menjalankan proses komunikasi dan interaksi.

Jadi, tidak mustahillah setiap hari kita sentiasa dengar ada sahaja masalah di sana-sini. Sekiranya perselisihan faham berlaku dikalangan orang muda, mentaliti kita mengatakan bahawa itu adalah satu situasi golongan di peringkat yang masih belum matang. Kalau yang terjadi dikalangan orang tua, sifat ketidakmatangan juga akan disebut. Tetapi akan ada pernyataan yang berbeza dengan orang muda. Malah dalam sesetengah hal, banyak orang tua yang lebih bersifat kebudak-budakan dalam menangani sesetengah hal sehingga menyebabkan orang muda pening kepala dan cuba berlagak selamba atau dengan istilah lebih bersikap profesional.

Kadang-kadang kita meletakkan emosional di hadapan berbanding profesional dan kemudiannya memberikan suatu kesan yang negatif kepada kedua-dua belah pihak. Setiap orang mempunyai sikap yang berbeza-beza, kalau kita bertolak-ansur maka ada sahaja pihak lain yang berkeras dan tidak memberi peluang langsung walau dia hanya menegakkan benang yang basah. Walau belajar di peringkat tinggi sekalipun, tidak semua orang belajar dan berlapang dada dalam apa jua masalah yang timbul.

Orang muda tidak menghayati apa yang dipelajari, orang tua pula tidak jadikan pengalaman sebagai pelajaran, jadi kedua-dua pihak tidak akan pernah positif dan optimistik dengan apa yang dijalani setiap hari dan walau dengan siapa sekalipun dia berinteraksi dan komunikasi.

Sehinggakan ada perumpaan Arab mengatakan lebih baik jahil (tidak berilmu) dari tidak beradab. Masalahnya sekarang dua-dua tidak diambil, ilmu dan adab kedua-duanya hilang dan tandus. Bila diri merasa seperti gelas yang sudah penuh, maka sebab itulah tiada lagi ruang untuk kita terima ilmu atau adab.

Artikel ini tidak ada kena-mengena dengan mana-mana teori cuma berdasarkan pemerhatian penulis terhadap persekitaran.

*Penulis adalah seorang pelajar sarjana Antropologi dan Sosiologi.
Meminati dengan apa jua berkaitan dengan ANSOS.

Tuesday 14 July 2009

SELAMAT MELAYARI BAHTERA RUMAHTANGGA


Akhirnya Siti selamat diijabkabul dan sekarang sudah bergelar isteri. Semoga Siti menjadi isteri solehah dan menjadi ibu yang baik kelak. Kenangan bersama Siti di KIAM tidak akan pernah luput dari sanubari ini. Doaku mengiringimu sahabat...

Tuesday 26 May 2009

Ya Allah, AMPUNILAH KAMI..


Terasa diri hina, lemah dan tiada nilai di sisiNya. Lemah terasa hidup tanpa kehadiranMu dalam sanubari. Bukan Engkau yang menjauhkan diri dariku, tetapi aku yang menjauhkan diri dariMu. Kumohon, benar-benar berharap agar janganlah Engkau biarkan aku walau sekelip mata kerana aku alpa tanpa bimbinganMu, leka tanpa pimpinanMu, terkandas di pertengahan jalan tanpa cinta dan kasihMu.

Aku benar-benar dalam kesamaran tanpa naungan dariMu. Aku dalam kegelapan tanpa Nur kasihMu. Aku lemah dengan ujianMu yang Kau hadiahkan kepadaku. Aku benar-benar lemas dan teraba-raba dalam ranjau yang penuh duri dosa. Aku benar-benar memohon ampunanMu. Hinanya aku memohon rahmat dan barakahMu kerana diri disaluti debu-debu dosa yang tidak pernah hilang dari hati yang sentiasa mencari-cari antara sinar dan samar. Hati yang sentiasa mendengar pujuk-rayu syaitan, hati yang dicemari palsuan duniawi, hati yang sakit dek cintakan dunia tanpa menghiraukan "IHSAN".

Hinanya aku... Dimanakah aku meletakkan Tuhan di saat dosa itu ditambah lagi? Apa tidak tahu malukah kau di saat kau hidup dan menikmati duniawi dengan segalanya adalah hak milik Allah? Anggota badanmu, nafasmu, bumi tempat tinggalmu, adakah kau tahu segalanya adalah hanya pinjaman? Sedarilah wahai manusia yang tidak tahu mensyukuri nikmat Allah..

Lemahnya engkau di saat Allah menghadiahkan mehnah hanya ingin menguji keimananmu. Bangkitlah dari meneruskan tingkah yang hina. Sedarlah, kamu hanya insan dan hambaNya yang lemah. ketahuilah, kitabmu telah bertambah lagi amalan yang tidak disukai ALlah. Balaslah kesyukuranmu kepadaNya dengan sesuatu yang disukai oleh Penciptamu. Adakah kau tidak malu menghadiahkan dia dengan sesuatu yang jijik sedang Dia memberimu segala yang kau inginkan..

Wahai manusia, marilah sama-sama kita bersujud mencari ampunanNya sementara pintu taubat masih terbuka. Sementara nafas masih bersemadi dalam diri yang kotor. Sementara kudrat masih berada dalam jasad yang hina. Sementara masih ada waktu..

ya ALlah aku memohon ampunilah segala dosa-dosa yang kulakukan.. berilah aku kekuatan untuk menempuhi segala ujian yang Kau hadiahkan padaku.. Pimpinlah kami disaat kami benar-benar dalam keraguan dan kesamaran dalam meniti kehidupan yang penuh onak duri yang dipenuhi dengan maksiat dan debuan dosa yang menyelingkari setiap langkah anak Adam..

ya Allah, ampunilah kami..

Sunday 24 May 2009

"SYURGA CINTA"


Cinta adalah untuk yang ikhlas mencintai bukan untuk dipersendakan...

Mukadimah sebagai pembuka watikah maya yang lama menyepikan diri dan hadir kembali setelah munculnya SYURGA CINTA di pawagam. Tulisan ini sedikit sebanyak hasil dari filem SYURGA CINTA yang penulis nikmati di pawagam tadi bersama sahabat perempuan penulis yang sangat berminat dengan filem Melayu. Apa salahnya sekali sekala menonton filem Melayu malah bercirikan cinta Islam yang cuba Ahmad Idham sampaikan kepada masyarakat di Malaysia setelah filem Syukur 21 yang ditayangkan beberapa tahun dahulu. Satu peningkatan lagi untuk Malaysia kerana cuba menyampaikan mesej Islam melalui filem tempatan. Manalah tahu setanding dengan filem Ayat-ayat Cinta dari Seberang. maklum sahajalah, kita kurang menghasilkan filem bercirikan Islam seperti Syurga Cinta ini.

Mesej yang cuba disampaikan sangat ringkas dan ringan. namun sebenarnya pesanan tersebut penting untuk disampaikan kepada seluruh lapisan masyarakat.

"Kadang-kadang Tuhan sembunyikan matahari, DIA datangkan petir dan kilat. Kita menangis dan tertanya-tanya ke mana menghilangnya matahari, rupa-rupanya Tuhan hendak memberikan kita pelangi yang sangat indah.." Antara dialog Syuhada kepada Irham.

Apabila bercerita tentang cinta, ramai orang teruja dan berminat untuk berkongsi baik lelaki mahupun perempuan dan termasuklah semua peringkat umur. Malah Ikmal si cilik dalam filem Syurga Cinta juga faham apa yang Irham cuba lakukan terhadap Syuhada, guru kelas Ikmal.

Cinta... kebanyakan orang banyak buta kerana cinta. tetapi ada yang menganggap orang yang bercinta itu sebenarnya buta. walau bagaimanapun ramai juga orang yang bercinta, hilang arah sewaktu tengah bercinta sehingga akhirnya apabila putus di tengah jalan, akhirnya cinta dipersalahkan. Salahkah cinta? Kasihan cinta. Padahal cinta adalah anugerah Allah yang paling indah. Kadang-kadang orang meremehkan cinta sehingga boleh dipersendakan. Akhirnya yang menjadi mangsa adalah orang yang sudah mula mencintai orang yang memberi cinta dan mengharapkannya berbalas.

Kalau dilihat secara mendalam, watak Irham itu sebenarnya susah, ini adalah kerana begitu mudah Irham menghafal bacaan-bacaan dalam solat, mengaji dan sebagainya dalam masa sebulan. seandainya ia adalah benar dan logik, adalah tidak susah bagi mereka yang di luar sana untuk sama-sama mempraktikkan cara hidup Islam sebenar. Bagus juga filem ini, kerana Irham bukanlah berubah kerana perempuan semata-mata, memang lahir dari hatinya untuk kembali ke pangkal jalan kerana dia cuba mengubah dirinya sendiri dan banyak nasihat-nasihat kepadanya bahawa pintu taubat sentiasa terbuka, malah irham juga tidak keluar secara berdua-duaan dengan Syuhada serta Irham juga menghormati Syuhada tanpa cuba menyentuhnya. Andai ada lelaki di luar sana seperti itu... alangkah bagusnya.. Andai banyak perempuan di luar sana yang kuat serta sentiasa mengingatkan lelaki seperti itu... alangkah indahnya...

sekuat itukah lelaki seperti irham yang sangat tidak terkawal pergaulannya sehinggakan boleh menghormati syuhada tanpa menyentuhnya? kalau irham boleh, kenapa kita tidak boleh?

Atuk syuhada berkata, "Jodoh ada tiga, pertama jodoh dari syaitan (bercinta, berhubungan sebelum berkahwin dan melakukan maksiat), jodoh yang kedua dari jin (mensihirkan dan guna-guna dan akhirnya bernikah) dan jodoh yang ketiga adalah jodoh dari Allah (yang setelah kamu melihat ke matanya terus menusuk ke kalbu dan meraih cintanya demi Allah serta terus menikahinya serta kemuncaknya akan wujud SYURGA CINTA)...

Selamat mencari cinta.. Pimpinlah kami agar menemui cinta dari orang yang juga mencari CINTAMU..

Monday 27 April 2009

LELAKI, PEREMPUAN DAN POLIGAMI


Apabila bercerita tentang poligami, banyak yang cepat melatah. Malah kadang-kadang aku sendiri pun agak melatah. Bukan dalam erti kata menolak, tetapi soalan yang bertubi-tubi bagi pihak yang tidak boleh menerima poligami. Bukanlah niat untuk membenarkan lelaki yang tidak bertanggungjawab itu, tetapi hanya ingin menyokong apa yang diturunkan oleh Allah dan ingin menyatakan rasa syukur atas hikmah yang terdapat dalam perkahwinan yang pernah diamalkan rasulullah itu.

Dalam meniti hidup, ada pelbagai jenis ragam dan manusia yang jutaan jenis cara berfikir serta merespon apa jua yang timbul. Jadi, tidak mustahillah timbul pelbagai jenis aliran dan mazhab, pelbagai jenis tanggapan dan pemikiran ulama-ulama yang berbeza-beza walaupun suatu perkara yang sama.

Sepanjang penyelidikan dan penulisanku berkaitan dengan poligami ini pelbagai jenis orang, pelbagai pandangan pro-kontra, karenah dan emosi kerana melatah atas fakta-fakta yang berkenaan dengan poligami, cemuhan, pelecehan tentang kajianku dan macam-macam balasan yang ku terima dari pelbagai pihak.

Dan sepanjang penelitianku berkenaan dengan poligami ini juga, aku banyak mendengar pelbagai jenis rintihan berkait dengan lelaki. menambahkan pelbagai persepsiku terhadap kaum Adam ini tambahan pula di akhir zaman ini. Tentu ramai lelaki yang agak melatah dengan penyataanku ini. Bukan ingin memburuk-burukkan orang, tetapi hanya menambahkan persepsiku sendiri menjadi suatu hal yang agak merunsingkan. ini adalah kerana kerana beberapa orang itu menjadikan aku memandang aneh dan pelik kepada insan-insan yang bernama lelaki ini.

Benar, tidak semua lelaki itu jahat, kerana masih ada lelaki yang masih terdidik jiwanya. tetapi bagiku, untuk mencari lelaki seperti itu bukan mudah. justeru ramai yang takut dengan lelaki termasuklah aku sendiri. tetapi secara profesional dan ahli akademik, aku seharusnya menjadikan ia suatu perkara yang ilmiah agar aku bisa menjadikan semua objektif dengan tidak bias kepada mana-mana pihak kerana kalau silap langkah aku boleh digelar sebagai feminis, genderisme dan sewaktu dengannya.

Aku masih lagi boleh menerima insan yang bernama lelaki itu, cuma aku agak berhati-hati dengan mereka. Disebabkan masalah yang ku dengar dari orang lain menjadikan persepsiku semakin buruk tentang lelaki. Aku jadi berfikir. Kenapa lelaki seperti itu ya? Memang perempuan pun banyak yang buat masalah, tetapi dalam hal poligami banyak lelaki yang mengkhianati kaum perempuan. Perempuan pula banyak yang menjadi mangsa. Namun begitu, apabila dinilai kembali, kebanyakan dari kita selaku hamba ALlah ini jarang mengembalikan dan merujuk kepada ALlah yang menentukan segalanya. Tetapi akan timbul pula persoalan, kenapa perempuan sahaja yang harus kembali dengan pertanyaan itu sedangkan lelaki pun terlibat sama?Begitulah hidup ini tidak akan pernah habis dengan pertanyaan sampai akan keluar pernyataan bahawa kadang-kadang soalan itu tiada jawapan. Entahlah benar atau tidak, boleh diterima pakai ataupun tidak.

Apabila bercerita tentang lelaki, banyak dan panjang lebar bahasannya. Lelaki ini banyak ragamnya walaupun perempuan sering dikaitkan dengan pelbagai jenis tafsiran yang diberikan kepada perempuan.

Lelaki dan perempuan banyak bezanya. Luaran sahaja jauh bezanya apatah lagi dalaman walaupun masing-masing ALlah ciptakan banyak persamaan contohnya mata ada dua, tangan juga dua dan sebagainya. Yang paling penting, Allah anugerahkan kepada setiap manusia (lelaki dan perempuan) otak untuk berfikir melalui akal dan hati untuk merasa.

Walau bagaimanapun, tetap juga dua jenis jantina ini mempunyai perbezaan. Lelaki ada yang baik dan ada yang jahat begitulah sebaliknya.

Tuesday 21 April 2009

SELAMAT HARI LAHIR

PAJI, Selamat Hari Lahir

Enter Fleedy.com
Fleedy.com |

Artist: Saujana
Song Category: Nasyid

Awan Berarak Ceria
Tiada Titisan Hujan
Pohon Melambai
Tanda Sokongan

Kususuri Perjalanan
Bertemankan Senyuman
Di Hari Lahirmu
Sahabatku

Dedaun Berguguran
Membuktikan Kedewasaan
Walau Tanpa Madah Dan Hadiah
Namun Cukup Bagiku
Sekadar Ucapan

Selamat Hari Lahir
Iringi Doa Kuhulur
Bersyukur KepadaNya
Atas Nikmat Usia

Sahabatku
Usia Yang Tuhan Kurniakan Ini
Dihasilah Ia Dengan Amalan Yang Murni
Semoga Ia Menjadi Temanmu Di Akhirat Nanti
Selamat Hari Lahir

Usiamu Ibarat Mutiara
Tiada Berganti Lagi
Hiaskan Iman Bersulam Taqwa
Agar Sempat Mengucup
Haruman Syurgawi


*Sila cari mana satu Paji..?
Jangan marah-marah, tak baik tau..

Tuesday 14 April 2009

MATA PELAJARAN : MANUSIA

Mata pelajaran yang sangat menarik untuk dikongsi bersama-sama dengan semua orang dan suatu hal yang menjadi sangat praktikal dan efektif bagi menjalani kehidupan yang lebih baik dan mengharapkan pengakhiran yang memberangsang dan menggembirakan adalah manusia.

Manusia sangat unik dan kadang-kadang aneh. Tiada makhluk yang sama macam manusia. Manusia itu pelbagai dan variasi warna. Kadang-kadang kita merasa tertekan dan membahagiakan hanya disebabkan manusia. Manusia itu kadang-kadang memberi kebaikan dan kelemahan / keburukan pada kita.

Hidup ini memang mempunyai pelbagai jenis ragam dan pancaroba baik lelaki mahupun perempuan yang menerima anugerah itu. Bagaimana mengawal segala nikmat atau duri yang datang adalah satu anugerah juga kerana kita belajar bagaimana menjadi nakhoda untuk diri sendiri terutama hati dan otak.

Mehnah boleh datang dari setiap sudut dan ruang yang ada.Tidak datang dari lelaki, datang dari perempuan. Bagi diriku, bukanlah penting sangat untukku tafsirkan masalah yang ku alami. Tetapi kehadiran banyak manusia kadang-kadang menyebabkan hatiku tidak senang dan boleh jadi tidak tenang. Lagipun, hatiku sekarang terlalu banyak warna, tidak seputih para hamba Allah yang senantiasa mencari redhaNya dengan beribadat dan mentaati Allah dengan sepenuh hati.

Pernah dikatakan manusia ibarat buku. Sebuah buku yang boleh dibaca. Jadi sesiapa yang rajin baca buku tersebut, tentulah dia lebih memahami buku yang dibacanya. Semua yang terlahir dari seseorang itu merupakan isi-isi penting buku tersebut. Seandainya ingin mengenali seseorang itu dengan mendalam, cuba-cubalah selami dia seperti membaca buku. Walau bagaimanapun, setiap persoalan yang timbul dari seseorang itu, hanya orang itu yang boleh menjawab kerana hanya dia yang memahami diri dia sendiri.

Mata pelajaran manusia sebenarnya lebih sulit dan susah berbanding mata pelajaran yang lain. Ini adalah kerana manusia itu bukan hanya satu jenis. Apabila berlainan cara dan pengalaman hidup, tentulah manusia menjadi seperti setiap langkah dalam hidupnya. Contohnya, manusia itu jadi seperti itu sebab dia kurang kasih sayang dengan menjadi mat ataupun minah rempit. Benarlah, ibu dan bapa yang harus mencorakkan anak-anak menjadi kain itu berwarna. Walaubagaimanapun, warna-warna yang dicorakkan itu juga akan berubah-ubah sehinggalah dia menjadi warna kekal. Tetapi dia manusia yang boleh menjadi warna yang sama sejak dari kecil sehingga tua. Warna pasti berubah-ubah. Manusia itu berubah-ubah. Iman juga ada turun naiknya. Tetapi bagaimana kita menjaga dan mendidik jiwa agar terus ditetapkan iman supaya menjadi manusia yang bertaqwa dan mendapat di sisiNya yang seperti disebutkan oleh Yang Berkuasa.

Dalam hidup bermasyarakat, sememangnya bahan kajian yang paling susah adalah manusia sebab manusia sering mencipta sesuatu dan budaya juga sering berubah-ubah. Dan manusia sering terperangkap dalam ciptaannya sendiri. Budaya juga adalah ciptaan manusia. Generasi yang akan datang juga hasil didikan manusia sekarang. Generasi akan datang akan mempelajari banyak perkara dari manusia zaman sekarang. Untuk memberikan didikan yang baik dan sempurna agar melahirkan manusia yang baik dan sempurna harus mempunyai rasa tanggungjawab dan berilmu. Mengajar kepada sesuatu yang hidup itu memang susah. Susah itu adalah cabaran. Cabaran itu adalah kekuatan. Kekuatan itulah yang mengajar erti hidup. Hidup tidak semudah mempelajari manusia kerana hidup memerlukan manusia dan manusia itu pula berbagai-bagai jenis yang aneh dan aneh dan aneh...

Manusia itu banyak fitrah. Manusia hidup di bumi. Manusia adalah sebaik-baik ciptaan Allah. Manusia adalah satu-satunya makhluk Allah yang sanggup menerima tanggungjawab sebagai khalifah. Manusia yang memakmurkan bumi. Manusia juga yang mempunyai kitab yang kelak akan diperhitungkan di hadapan Allah dan seluruh makhluk. Manusia juga yang akan menempati syurga dan neraka. Bersyukurlah menjadi manusia. Jadilah manusia yang bersih. Bersihkanlah hati-hati manusia agar lebih menyenangkan orang lain memahami dengan sekali sahaja dilemparkan pandangan yang penuh bermakna..

Monday 30 March 2009

POLIGAMI: SIAPA YANG SALAH?

Agak tertarik dengan pertanyaan salah seorang pembaca, adakah persoalan kenapa suami orang menjadi pilihan timbul di zaman Rasulullah saw?

Tentulah tidak timbul permasalahan ini di zaman rasulullah saw kerana mereka benar-benar berpoligami kerana ingin membantu perempuan-perempuan/janda-janda yang kematian suami yang syahid di medan perang. Pada zaman sekarang lain pula jadinya.

Menurut Haji Dusuki b Haji Ahmad dalam buku Poligami Dalam Islam, syarat yang penting untuk membolehkan poligami ada dua iaitu keadilan di antara para isteri dan berkuasa menanggung nafkah.

Yang menjadi kekacauan dalam keluarga poligami sekarang ini adalah disebabkan suami yang tidak mampu untuk berlaku adil dan ada juga yang tidak mampu untuk memberi nafkah sehingga menyebabkan berlaku pengabaian kepada anak-anak.

Anak-anak pula yang menjadi mangsa keadaan. Kalau dahulu, ayah selaku pemimpin keluarga yang berani berjuang dan syahid dengan kekuatan bermujahadah, jadi tidak hairanlah dia mampu membina keluarga yang mantap mental dan fizikal pada anak-anak dengan semaian ilmu, iman, taqwa dan akhlak yang mulia.

Zaman sekarang masih ada keluarga sedemikian, kalau kata 10 keluarga poligami, ada satu keluarga yang sedemikian. Di sana ada indahnya poligami.

Poligami tidak semudah disangka. Mungkin ia jadi mudah apabila masing-masing faham akan peranan dan tanggungjawab masing-masing. Tapi malangnya hanya mampu berkata, "abang kan ikut sunnah..". Bagi isteri yang faham benar suaminya persis apa, jadi bagi isteri yang baik tentulah akan menolak dengan baik dan lakukan sedikit perbincangan walaupun pada akhirnya membenarkan tetapi berbeza pula dengan isteri yang dikatakan sebagai perampas. Ini adalah disebabkan kerana mereka yang tidak bersyukur dengan kebenaran yang diberi oleh isteri pertama. Bukan menjalin hubungan dengan keluarga isteri pertama malah guna perkhidmatan bomoh pula. Bukan sahaja suami sahaja diambil tetapi terpaksa merasa tempias cemburu yang melampau dari pihak sebelah sana dengan menanggung kesengsaraan psikologi yang akhirnya membawa kepada kesakitan biologi.

Isteri pertama atau kedua sama sahaja. Ada yang pertama baik tetapi yang kedua pula bermasalah dan begitulah sebaliknya. Pokok pangkalnya kembali kepada individu itu sendiri. Dalam hal ini, suami memainkan peranan penting. Benarlah, memang ada isteri yang diluar kawalan, suami pula menjadi mangsa keadaan. Bagi mengelakkan terjadi perkara-perkara yang tidak diingini berlaku dan timbulnya pelbagai masalah, seharusnya emosi diletakkan di tepi dan dibuang jauh-jauh.

Seharusnya masing-masing suami dan isteri-isteri lebih rasional dan bijak mengatur dan berbincang dengan baik. Janganlah sebagai alasan hendak tukar angin baru sebab yang lama sudah tidak cantik dan tidak pandai melayan serta pelbagai lagi alasan yang tidak munasabah dan tidak masuk akal dikemukakan. Tetapi carilah dan dalamilah ilmu bagi membantu perempuan yang benar-benar harus dipoligami.

Banyak perempuan hari ini tidak boleh menerima poligami adalah disebabkan kesilapan lelaki. Benar, isteri yang kedua,ketiga dan keempat juga perempuan. Kalau marah pada lelaki, marahlah juga pada perempuan-perempuan yang bersedia dimadu yang juga kaum sejenis dengan isteri pertama. Perempuan-perempuan seharusnya bersiap-sedia dengan ilmu di dada dan ketahanan mental dan fizikal bagi menempuh alam perkahwinan.

Monogami atau poligami kedua-duanya telah termaktub peraturannya dalam Islam. Kedua-duanya dibenarkan dalam Islam. Namun harus difahami yang menjadi keutamaan adalah monogami tetapi poligami dibenarkan dalam hal-hal tertentu bukanlah digalakkan kepada semua lelaki. Walau bagaimanapun jika lelaki itu layak untuk berpoligami dan alasan mengapa ingin berpoligami itu benar dan sesuai dengan yang sepatutnya iaitu ingin membantu perempuan tersebut, tiada salahnya.

Dalam hal ini, isteri-isteri harus lebih meletakkan rasional di hadapan bukan jadikan poligami sebagai beban.

CEMBURU

Apakah cemburu memberi kesan yang negatif kepada psikologi dan menjejaskan tingkahlaku seseorang serta memberi kesan yang buruk terhadap kehidupan seharian sehingga menjejaskan hubungan sosial?

Apakah cemburu kekejaman psikologi kepada isteri/perempuan yang berpoligami?

Cemburu bukanlah suatu hal yang perlu menjadi kewajipan/syarat bagi menjalankan poligami. Cemburu juga boleh berlaku dalam perkahwinan monogami, bukan dalam poligami sahaja.

Kata orang, cemburu itu tanda sayang tetapi Dari sudut psikologi, cemburu adalah perasaan sakit hati, marah, tidak percaya, dan kurang yakin seseorang terhadap pasangan yang dicintai. Selalunya, perasaan ini timbul lantaran sikap suami atau isteri yang gemar membayangkan pasangannya mempunyai hubungan istimewa dengan seseorang di luar pengetahuannya.*

Pensyarah Jabatan Psikologi Pendidikan dan Kaunseling, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya, Prof Suradi Salim, berkata masalah cemburu di kalangan suami isteri sebenarnya berkait rapat dengan tindakan seseorang dari sudut dalaman dan luaran*.

Panduan elak pasangan cemburu

1. Memberi sepenuh kasih sayang dan perhatian supaya suami tidak syak wasangka.

2. Mewujudkan komunikasi dua hala yang berkesan antara kedua belah pihak.

3. Jika hubungan jarak jauh, sering kali berhubung menggunakan telefon, sistem pesanan ringkas (sms), atau e-mel untuk mengeratkan kasih sayang

4. Bercerita apa saja yang berlaku sama ada di tempat kerja atau dengan rakan.

5. Elak melakukan perkara yang membawa kepada cemburu pasangan.

6. Kenalkan rakan pejabat dan kenalan rapat anda kepada pasangan.*

*Rujukan

Penulis masih dalam proses pembacaan dan penelitian berkenaan dengan topik ini. Melihat sejauh mana cemburu mempengaruhi poligami dan cemburu memberi kesan yang buruk dalam rutin sosial harian.

ADA YANG BERMINAT KONGSI PENGALAMAN HIDUP SEBAGAI ISTERI YANG BERPOLIGAMI?

Kalau ada yang berminat berkongsi pengalaman hidup sebagai isteri yang dimadukan, sangat dialu-alukan untuk mengetahui pahit manis hidup dalam keluarga sedemikian. Jika pahit, Bukan mencari silap untuk dicaci, tetapi untuk mencari jalan penyelesaian manakala jika manis, boleh dikongsi bersama agar dapat mempraktikkan secara bijaksana.

Saya sangat berminat dengan jenis perkahwinan poligami ini kerana ia sangat unik dan sangat menguji wanita terutama di Malaysia malah banyak juga pemikiran orientalis yang telah menyerap masuk ke negara kita ini. Jadi pelbagai analisa dan tanggapan yang telah dibuat tentang poligami ini. Namun manusia mempunyai hak untuk mengemukakan pandangan masing-masing selagi ia tidak bercanggah dengan syariat.

Semoga apa-apa yang bercanggah dengan syarak tidak menjadi anutan, moga kita lebih sensitif dengan persekitaran agar agama kita tidak sewenang-wenangnya dipermainkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Malaysia merupakan negara demokrasi, jadi anda dialu-alukan untuk mengemukakan pelbagai pengalaman sebagai warga Malaysia yang berhak bersuara. semoga kita ambil iktibar.

Thursday 26 March 2009

PEKANBARU MENGIMBAU KEMBALI


Pekanbaru.. menyimpan beribu kenangan antara mengajarku erti hidup dan perjuangan. Jalan cenderawasih di Sukajadi mengingatkanku pada sahabat-sahabat yang tinggal satu rumah yang kini masing-masing mempunyai anak dan keluarga sendiri yang berada jauh dari mata (harap tidak jauh di hati..Ina dan Jill). suatu ketika dahulu, sering aku berdiri di pinggir jalan menunggu angkutan kota (angkot=oplet) berwarna biru yang destinasinya tiada tempat lain melainkan Matahari (nama mall yang terletak di sukajadi), takpun di Ramayana (juga nama mall yang agak besar dari matahari, banyak jual telekung dll, kalau nak balik malaysia, mesti ke sana dulu, dekat-dekat kawasan situ ada tempat tukar duit, dekat matahari ada juga, tapi kat ramayana tu kalau tukar duit malaysia ke rupiah dapat banyak rupiahnya), ada lagi satu tempat, SKA mall yang terletak di pertengahan jalan nak ke Panam (Panam, terletak Kampus utama Universitas Islam Negeri Sultan Syarif Kasim=UIN SUSKA, Riau, tempat kami menuntut ilmu dan pengalaman).

bila dikenang-kenang, teringin ke sana lagi. Mengimbau kenangan masa zaman muda-muda dulu (sekarang kan sudah lebih 25 tahun..). Entah ke mana semua sahabat seperjuangan sekalian. Maklumlah, lepas wisuda (konvokesyen) balik malaysia, tidak lama selepas itu, macam berpakat pula, lepas seorang seorang naik pelamin, masing-masing ketemu jodoh. alhamdulillah. semoga kalian menjadi suami/isteri/ayah/ibu yang baik dan berusaha membentuk keluarga yang diredhai.

Pekanbaru tetap dalam ingatan. walaupun sudah hampir 3 tahun meninggalkan bumi lancang kuning itu, setiap pelusuk pekanbaru yang pernah kujejaki dengan motor Ayu masih terpahat kukuh disanubari.

Danao Buatan merupakan salah satu tempat rekreasi di Kota Riau

Wednesday 25 March 2009

TAK SABAR NAK KONVO

tak sabar menunggu ketibaan hari itu untuk ku menerima scroll untuk kesekian kalinya. tapi bukanlah mudah untuk menerima segulung ijazah yang memerlukan kekuatan mental dan fizikal dengan meningkatnya usiaku. semoga bertambah kematangan seiring berjalannya masa yang mengejarku agar aku cepat-cepat menyelesaikan tesis dan kajianku. ya Allah aku memohon, pimpinlah aku dan berilah aku semangat dan kekuatan untuk menempuh segalanya...












Gambar konvo pada Mac 2006 di UIN SUSKA Pekanbaru, Riau untuk Ijazah Pertama bersama teman-teman seperjuangan yang merantau ke Bumi Lancang Kuning ini.

SUATU PETANG DI MASJID PUTRAJAYA

Sekarang dah hampir jam enam petang. Sudah agak lambat bagi mengerjakan solat asar. Sebaik sahaja sampai di masjid putrajaya, kami terus meluru masuk ke dewan solat setelah kereta diparkirkan berhampiran dengan pintu masuk masjid. Aku masuk ke sebelah dewan solat muslimah dan suamiku menuju ke sebelah kanan. Seusai wudhu’ disempurnakan, aku terus meluru ke lif untuk naik ke tingkat atas di dewan utama solat. Begitulah masjid putra. Tempat wudhu dan tandas berada di tingkat bawah sebelah kiri dari pintu utama. Dengan keluasan dewan utama solat, memberi ketenangan padaku seluas pandangan mata. Dari dalam masjid kelihatan matahari sudah semakin menjauh seolah-olah mengucapkan ingin mengundur diri bagi bertukar syif dengan suasana yang lebih gelap. Dalam solatku, ku hayati setiap butir bacaan kerana aku seolah-olah ketemu dengan tempat yang haq di situ. Ku masih ingat di saat aku berjalan-jalan dengan ayu sewaktu di indonesia dahulu, “enak ya solat di masjid,” kataku. Ayu pula menjawab, “seolah-olah diperhatiinkan?”. diperhatiin bermaksud diperhatikan. Memang benar. Solat di masjid terasa aura syahdu dan keinsafan menusuk kalbu. Solat asarku akhiri dengan sedikit zikir pendek dan alfatihah disertai dengan kupanjatkan jambangan bunga-bunga doa memohon bibit cinta dan rindu terus mekar hanya pada Allah.

Tiada yang lebih indah melainkan kerana Allah.

MENGAPA NAK POLIGAMI?

Agaknya kenapalah ada orang perempuan yang teringin dan sanggup bermadu? Persoalan juga lelaki, apakah keinginan sebenar lelaki untuk berpoligami?

Benar, lelaki ada hak. Tetapi apakah hak itu yang menjadi landasan berpijak untuk mencari dan berkahwin lagi?

Ada beberapa kes, lelaki ingin menikah lagi hanyalah dengan alasan isteri pertamanya tidak cantik, tidak seksi dan mengancam, tidak menggoda dan manja, tidak pandai melayan suami dan sebagainya.
Banyak alasan yang tidak munasabah yang diketengahkan bagi permohonan poligami. Menurut temanku yang merupakan salah seorang peguam syar’i menyatakan banyak sebab dan alasan yang tidak masuk akal dikemukakan oleh pihak lelaki yang ingin berkahwin lagi.

Dalam al-quran ada termaktub ayat tentang poligami malah ada hadis yang menerangkan cara poligami yang betul. Islam adalah agama yang rasional dan bersesuaian pada seluruh keadaan sepanjang zaman. Islam menyediakan pakej untuk umatnya demi menjaga kemaslahatan dan mengelakkan kemudharatan.

Tentu ada maksud dan hikmah tersendiri dari ketetapan poligami ini.

KENAPA SUAMI ORANG MENJADI PILIHAN?

Kenapa ada perempuan suka pada suami orang (terutama yang bakal/sudah bergelar isteri kedua/ketiga/keempat?
Itulah yang menjadi isu dan pertanyaan salah seorang adik-adikku yang merupakan penghuni kolej kediaman ini. Bukanlah hendak menghukum dan mengata sesiapa, tetapi hanya ingin menyelami hati dan perasaan seorang perempuan yang berkahwin dengan seorang lelaki yang sudah memegang ’jawatan’ dan tanggungjawab sebagai seorang suami dan bapa malah mungkin sahaja umur mereka sudah sebaya dengan ayah mereka sendiri!
Bukanlah umur yang menjadi permasalahan, tetapi ingin dilihat dari segi alasan mengahwini mereka. Ada juga teman serumahku memberi pandangan dari sudut pemahaman seorang perempuan. Nanti kalau ada teman-teman yang lawan jenis (lelaki) ingin memberi pandangan, sangat dialu-alukan. Akan ku cari waktu juga untuk menanyakan pada kenalan-kenalanku.
Kata temanku, kebiasaannya yang pernah terjadi dan lihat di depan mata, lelaki yang sudah berusia juga mempunyai isteri dan anak ini, kadang-kadang mereka tidak mempunyai sebarang masalah atau sememangnya rumahtangga yang sudah retak bakal runtuh dan pecah sahaja, bukanlah datang dari sisi lelaki sahaja yang salah, tetapi perempuan juga sangat memainkan peranan kerana banyak lelaki yang tidak memandang paras rupa tetapi banyak pandai melayan lelaki-lelaki itu seperti melayan sebagai orang yang disayangi dengan bercakap-cakap dengan nada menggoda, malah lelaki yang sudah berkahwin ini lebih mudah digoda berbanding yang bujang! Benarkah fakta ini?
Hanya kerana layanan?! Kalau kerana sebab perempuan, jadi para feminisme tidak boleh menyalahkan lelaki 100% dalam hal poligami dan pelbagai hal-hal lain yang dilihat sebagai penganiayaan terhadap perempuan. Mungkin dalam hal poligami, penganiayaan dilihat dari sisi isteri pertama iaitu seorang perempuan, tetapi yang menjadi madunya, yang kedua, ketiga dan keempat adalah kaum sejenis iaitu perempuan.
Apakah kurang layanan dari isteri di rumah? Atau lelaki memang ingin mencari angin baru dengan orang baru?

Bekas kekasih rupanya..? apakah kerana sayang yang bersisa menjadi tagihan poligami? Apakah dia pernah bertakhta di hati diterima untuk berkongsi hidup suka dan duka setelah diri masih belum berpunya? Apakah dia benar-benar ingin membuktikan cintanya padamu dengan mengahwinimu sedang isteri menanggung perit terpaksa berkongsi kasih dek kerana perkahwinan atas dasar pilihan keluarga? Apa perasaan disaat melihat suami akad nikah untuk bersatu dengan bekas kekasih atau bersatu cinta dengan bakal isteri kedua, ketiga dan keempat? Apa tiada secalit luka di sudut hati? Benarkah tidak kisah dengan ber’title’ isteri kedua, ketiga dan keempat? Perlukah kita berkahwin dengan seseorang yang pernah kita sayang sedang dia telah menikah dan punya anak?

Suami dan isteri seperti mempunyai ego sendiri yang tidak mahu mengalah. Apabila bercerita tentang hak, lelaki dengan bangga mendabik dada. Tetapi bila berbincang tentang kemampuan dan keadilan, secara zahir boleh ditonjolkan melalui kelayakan dan kekuatan ekonomi yang dimilikinya. Manakala adil pula, tiada siapa pun boleh mengetahui sejauh mana ia boleh berlaku adil.

SALAHKAH MENJADI MELAYU?

Salahkah dilahirkan sebagai bangsa Melayu? Apa yang dibanggakan dengan menjadi bangsa Cina, orang berkulit putih, berkulit hitam, arab, bangladesh, kemboja dan sebagainya? Apakah hina dilahirkan, hidup, cara berfikir, bertingkah-laku, cara bekerja dan sebagainya atas nama Melayu? Jijik sangatkah bergelar Melayu?

Orang selalu membahaskan tentang topik ini. Apakah menjadi hal yang aneh di dalam masyarakat apabila kita berbicara tentang Melayu? Sudah biasa dengar dikalangan masyarakat baik Melayu, Cina, India dan sebagainya bercerita tentang Melayu. Kebiasaannya, melayu sering dikatakan dengan malas, selalu buang masa, cara berfikir yang tidak kreatif dan kritis, malu (biasanya pelajar-pelajar di dalam kelas malu untuk bertanya dan memberi pandangan, sangat berbeza dengan cara pelajar luar negara yang sering lebih menonjol berbanding pelajar Melayu dalam berkongsi pendapat dan persoalan), sering berbual kosong, tidak menepati masa (sehinggakan sering menjadi buah mulut orang, seperti ’biasalah janji melayu’), suka cakap belakang, lambat/lembab

Adakah melayu sahaja yang bersikap sedemikian? Adakah benar fakta itu? Malu sangatkah kalau menjadi orang Melayu?

Menurut titah raja nazrin sewaktu mengulas sesi ’bedah buku’ the malays, hanyalah dongengan yang mengatakan melayu pemalas, berdendam, dll.

Banggalah menjadi hamba Allah, memakmurkan bumi. Banggalah menjadi melayu, yang terkenal dengan sopan santun juga lemah lembut menjadikan kita suatu bangsa ketimuran yang unik. Banggalah menjadi rakyat malaysia, seorang Islam juga melayu, yang mempunyai pelbagai keistimewaan di malaysia yang melayu adalah tuan rumah!

Friday 13 February 2009

Cinta Anugerah Terindah

Terasa teringin berbicara tentang CINTA agar hati lebih tenang. Cinta hakiki adalah milik ALlah. Kalau hendak dibandingkan dengan cinta manusia yang hatinya sering berubah-ubah.

Tiada yang lebih indah di dalam dunia ini melainkan nikmat iman dan taqwa. Dengan iman di dada, pasti diri dalam lindungan Allah selalu. Juga mekar dalam cintaNya. Tiada yang lebih indah dalam dunia ini melainkan hidup dan menikmati kurniaanNya hanya keranaNya. Hidup itu indah sekiranya kerana Allah Taala.

Ya Allah izinkanlah hati ini sentiasa segar dan tenang dalam ayat-ayat cintaMu. Biarlah aku tenggelam bersama-sama cinta dan rindu akan barakahMu. Tenggelam di dalam lautan keimanan yang tidak berpenghujung. Biarlah hati ini indah bercahaya bak mutiara yang berada di dasar lautan yang terjaga rapi oleh suasana rahmatMu. Yang tidak ada noda, tidak ada sebarang anasir yang bisa meluluhkan rasa cinta akan keindahan ciptaanMu.

Ghaibkan seketika

Rasanya seperti mahu melupakan 'poligami' sebentar dan untuk seketika. Konfliks poligami antara lelaki dan perempuan tidak akan pernah selesai. Lelaki dan perempuan sama sahaja. Masing-masing menyalahkan antara satu sama lain. Kalau tidak salah, Dr Amran Kasimin ada pernah membuat penulisan dan penyelidikan, menyebut dalam bukunya Konfliks Poligami di Malaysia, karya publishing house, petaling jaya, 1978. Poligami bukanlah hal yang baru untuk diperkatakan sekarang. malah ia sudah menjadi suatu perkara lazim sejak dari zaman jahiliyah sehinggalah datangnya Islam.Islam yang mengatur dan membuat peraturan yang selayaknya bagi seorang lelaki dan perempuan bagaimana layaknya perkahwinan poligami itu dilakukan.

apabila mengatakan tentang poligami lagi, seolah-olah penulis seorang aktivis. Seperti pensyarahku pernah menyebut, saya bukanlah seorang aktivis untuk mempertahankan atau menolak, tapi saya seorang ahli akademik. apatah lagi kalau beragama Islam. Kita sering bertekak perkara yang tidak berkesudahan dengan berlandaskan emosi yang masing-masing merasakan baik dari sudut pandang sendiri. Macam SaifulIslam.com pernah menyebut tentang poligami. Ramai yang mahu berpoligami, tetapi ilmu suami-isteri, perkahwinan, keibubapaan dan kekeluargaan pun tidak lepas. Bagaimana mampu menjalankan tanggungjawab dengan baik?

Kalau dari sudut sains sosial, ahli sosiologi dan psikologi tidak kurang juga kaunselor akan memandang dari sudut perasaan dan tingkah laku mereka (ahli keluarga dari keluarga poligami) seharian. Bagaimana kehidupan mereka? Adakah berkualiti? Memanglah banyak dari keluarga monogami sendiri banyak yang tidak berkualiti. Bukanlah salah monogami atau poligami, yang salahnya adalah nakhodanya!

Jadi orang akan memandang jenis perkahwinan itu. Tambahan pula dalam masyarakat di Malaysia masih memandang aneh kepada keluarga poligami. Namun cubalah kita lihat ada keluarga poligami yang indah. Isterinya sangat kuat dan tabah. Bagi yang tidak boleh menerima poligami, adakah lemah emosi?

Susah untuk membuat kesimpulan sekarang. Semoga hasil kajian ku kelak memberi jawapan yang baik untuk ku jadikan pedoman. mengapa orang boleh terima poligami? Apakah yang indahnya dalam poligami itu? Bukan teori sahaja, malah lebih bagus kalau melihat dan berbicara sendiri dengan isteri-isteri yang berpoligami. Bukan melihat buruknya poligami, tetapi hanya melihat apa yang terjadi kepada isteri dan teruknya lelaki yang tiada ilmu rumahtangga.

Janganlah kita cepat melatah. Janganlah merasa kita yang betul. janganlah terlalu emosional. Jangan, nanti syaitan suka dengan orang sedemikian. jadi marilah kita berbicara sebagai orang akademik dan profesional. Moga bertambah ilmu manfaat.

Menangis

menangis Pictures, Images and Photos

Malam ini aku rasa seperti ingin menangis. Hatiku meraung! Entahlah. Mungkin aku jauh dengan Allah dan Allah merinduiku. Jadi Allah uji aku sedikit agar aku bertambah mengingatiNya. Bukanlah besar sangat benda yang hendak aku tangisi tetapi entahlah perasaan yang bercampu-baur membuatkan aku rasa macam ingin mengalirkan air mata. Mungkin juga sebab aku sudah lama tidak menangis. Menangis atas setiap dosa yang telah ku lakukan. Aku mohon kekuatan Ya Allah. Aku mohon agar Kau beri aku kekuatan dapat menempuhi mehnah yang Kau berikan. Ku mohon Ya Allah. Bantulah hambaMu ini. Aku benar-benar terasa lemah. Ya Allah balutilah hatiku dengan rasa cinta padaMu agar aku bisa melupakan segala keduniaan yang menyakitkan. Ya Allah,ampunilah aku..

Sunday 8 February 2009

Pertanyaan Kepada Lelaki dan Perempuan Tentang Poligami


Benarkah POLIGAMI menyakitkan?

Slide 3
lPada tahun 2000 kajian telah dilakukan di Pulau Pinang, Perlis dan Kedah yang mendapati lebih 60 peratus isteri dan anak hidup terseksa dan tidak harmoni selepas suami atau bapa mereka berkahwin lagi.

lPertubuhan Pertolongan Wanita mengatakan banyak aduan yang diterima dari wanita mangsa poligami lazimnya mengalami tekanan kerana suami bertindak ganas.

lKeadaan membolehkan lelaki Islam mengamalkan poligami telah mewujudkan satu situasi dimana lelaki sering menyalahgunakan keistimewaan ini untuk memanipulasi dan menganiaya isteri mereka.

lPoligami memberikan pengaruh pada hubungan kekeluargaan, emosi, kesejahteraan keluarga, pola asuh anak serta hubungan-hubungan antara anggota dalam keluarga.

lAnggota keluarga saling membekalkan keperluan emosi, fizikal dan ekonomi sesama ahlinya. Secara idealnya, keluarga mempunyai ciri keintiman, institusi, kesinambungan dan komitmen antara satu sama lain (Family Service of America).

Slide 8
lKajian bertajuk “Poligami dari perspektif wanita” yang dijalankan pada julai 2005 hingga mei 2006, mendapati kebanyakan wanita dimadukan mengakui mengalami tekanan emosi yang hebat, mengalami kemurungan kronik sehingga tidak mengendahkan urusan rumahtangga khususnya anak selain terpaksa mengambil cuti tanpa gaji untuk menenangkan perasaan.

lKajian yang dijalankan di beberapa daerah di negeri Pahang (Temerloh, Jerantut, Kuantan dan Raub) mendapati pengamalan poligami banyak memberi kesan negatif sama ada dari segi mental dan fizikal kepada wanita apabila menyeleweng dari matlamat poligami yang sebenar.

l
lKajian yang dilakukan oleh Zaleha Muhamat lebih fokus kepada aspek poligami menurut Fiqh Islam. Hasil kajian mendapati lebih 60 peratus isteri dan anak mereka di ketiga-tiga negeri berkenaan didapati hidup terseksa dan tidak harmoni selepas suami/bapa mereka berkahwin lagi, lebih ramai lelaki yang berpendapatan tinggi dan berpoligami mendedahkan rumah tangga dengan isteri pertama kepada keadaan tidak harmoni, suami berpoligami di Pulau Pinang bukan sahaja tidak adil tetapi bertindak ganas terhadap isteri dan kebanyakan mereka ini sebenarnya tidak mampu berpoligami.

Setuju atau tidak, benar atau tidak...
Sila berikan pandangan anda.

Saturday 7 February 2009

Bersediakan anda dipanggil Ayah?

ayah fink Pictures, Images and Photos

“Macam best je kan..” Tapi tahukah kita bahawa terlalu banyak yang kita kena tahu tentang hal tersebut. Maklumlah status bertukar lagi. Dari bujang kepada perhubungan khusus, bila berkahwin bertukar kepada ’title’ SUAMI. Kemudian bertukar lagi kepada ’title’ AYAH!

Ayah Pictures, Images and Photos

Semua orang akan teruja apabila saat itu hampir tiba. Jadi tidak mustahil ramai yang menyimpan niat atau bernazar apabila kelak mendapat anak tidak kiralah lelaki mahupun perempuan. Melihat teman-teman yang bergelar ibu, sungguh ku melihat kegembiraan dan teruja dengan kelahiran yang pertama mereka. Ibu kita pun turut sama teruja kerana mereka juga telah bergelar nenek walaupun untuk kesekian kalinya.


muslim child Pictures, Images and Photos


Tetapi apakah kita tahu, ia menuntut tanggungjawab. Peranan kita bertambah lagi. Ilmu juga harus ditambah. Kalau dulu hanya melihat apa yang dikatakan dengan pampers (lampin pakai buang), sekarang kita kena pakaikan pampers pada anak kita. Maklumlah sekali-sekala bantu isteri jaga dan membelai anak-anak. Belaian bapa dari kulit ke kulit sangat perlu kita ambil perhatian.

MENJADI IBU BAPA GENIUS Pictures, Images and Photos

Apakah itu yang dinamakan dengan ilmu keibubapaan? Ramai yang tidak tahu dan panik apabila harus berdepan dengan situasi tersebut. Malah terpaksa meminta ibu atau ambil orang gaji membantu menguruskan anak-anak. Kalau isteri, mungkin ada juga membaca atau mendengar nasihat atau pengalaman dari ibu-ibu atau sahabat-sahabat tentang penjagaan anak dalam kandungan, semasa berpantang dan seterusnya. Kalau suami/lelaki? Pernahkah anda mengambil tahu?



Bapa merupakan tunjang dalam keluarga. Pemimpin dan imam untuk anak-anak dan pembangunan keluarga bergantung kepadanya. Kalau perancangan bapa baik, maka baiklah anak-anak. Bapa menjadi contoh sebagai pelindung dan penyelamat isteri dan anak-anak. Selama 40 minggu menanti kelahiran anak, suami dan isteri harus mengawal emosi dan memerlukan kekuatan mental untuk menghadapi setiap permasalahan yang timbul.


Semasa isteri hamil, berlaku perubahan hormon yang menyebabkan pelbagai jenis emosi. Suami dan isteri perlu sentiasa berinterksi menceritakan apa yang dirasakan kepada pasangan dan memberi sokongan emosi. Selain itu, kebanyakan suami mengalami kenaikan berat badan. Aik, isteri yang hami, suami pulak yang makin ’sihat’! itu yang sering kita dengar. Ini adalah kerana suami bersimpati kepada isteri yang sedang hamil dan dengan melihat isteri yang bertambah-tambah seleranya menyebabkan suami turut berbuat demikian. Tak nak makan pun rasa nak makan bila ada orang yang berselera makan kan?!


senaman Pictures, Images and Photos


Untuk mengekalkan kesihatan dan berat badan, suami dan isteri digalakkan untuk melakukan bersama di samping menjada kesihatan anak dalam kandungan. Jika suami memupuk semangat budaya senaman kelak akan memberikan kesihatan yang baik untuk anak di masa hadapan.


rokok Pictures, Images and Photos


Bagi yang merokok, tolonglah anda berhenti atau tidak merokok semasa di dalam rumah dan minta tetamu anda tidak merokok di dalam rumah bagi mengelakkan gangguan kesihatan pada anak dalam kandungan.

Selain itu juga seorang lelaki yang bakal bergelar bapa juga harus mempersiapkan diri dan membuat persediaan mental bagi menghadapi dan membesarkan anak-anak dalam zaman moden ini. Cabaran utama dalam dunia keibubapaan ialah aspek komunikasi. Kegagalan mewujudkan komunikasi yang berkesan boleh mencetuskan konflik. Jika dibiarkan ia akan menjejaskan keharmonian keluarga.


baby comel mcm mak die Pictures, Images and Photos


Setelah melahirkan anak, anak-anak melalui suatu masa proses pembesaran. Bagi peranan seorang bapa, bukanlah sekadar menyediakan keperluan asas tetapi lebih utama adalah sebagai seorang diplomatik yang harus memupuk persefahaman dan kesejahteraan keluarga.




Pastilah bapa pula yang mempunyai konflik peranan dalam memenuhi tanggungjawab untuk menyeimbangkan antara keluarga dan kerjaya. Justeru seorang bapa harus bersifat lebih matang dalam meletakkan strategi.

Dalam masa yang sama kebanyakan bapa semakin bingung kerana kewangan semakin bertambah dengan seiring bertambah ahli dalam keluarga. Dengan itu ramai bapa yang bekerja lebih masa untuk menambah pendapatan padahal itu telah mengurangkan waktu untuk orang yang tersayang yang memerlukan perhatian dan belaian juga sokongan emosi.

el-nudha Pictures, Images and Photos

Walau apa pun, satu keputusan harus dibentuk iaitu wang yang dicari tidak boleh mengembalikan masa untuk bersama keluarga bagi menggalakkan kasih sayang antara satu sama lain. Suatu perbincangan dengan pasangan harus dibuat dalam membentuk satu belanjawan keluarga.



Kemudian, perkara yang dipermasalahkan adalah siapa yang akan menjaga si kecil. Bincangkan dengan baik dan melihat dari sudut positif dan negatif terhadap bayi dan keluarga.


Sekiranya terdapat kesempitan kewangan, tidak salah kalau terpaksa mengurangkan aktiviti di luar seperti membeli-belah atau membeli barangan berjenama dan sebagainya.


Sebagai persediaan awal sementara menunggu kelahiran bayi, biasanya pasangan akan mencari nama yang baik untuk anak. Carilah nama yang baik, kerana nama yang baik adalah doa. Supaya kelak tidak diejek oleh kawan-kawan dan seumpamanya. Sekiranya mentua juga ingin meletakkan nama pada cucunya atau mungkin ada pasangan yang ingin meletakkan nama berdasarkan gabungan nama mereka atau apa-apa sahaja, berbincanglah dengan baik dan nilailah dengan teliti agar maksud nama itu adalah baik.


Sebenarnya, terlalu banyak persediaan yang harus kita lakukan sebelum perkahwinan untuk menjalani kehidupan selepas ijab qabul. Semoga kaum Adam kelak dapat menjadi nakhoda yang baik untuk memandu pelayaran yang masih jauh. Andai ada badai semasa dalam perjalanan, mohonlah pada Allah agar Allah memimpin hati dan akal supaya kelak kita bahagia hingga ke syurga.


*Rujukan : http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0203&pub=Utusan_Malaysia&sec=Keluarga&pg=ke_01.htm

Friday 6 February 2009

Budaya Keluarga Islam

keluarga islam Pictures, Images and Photos

Malam ini aku mebuat sedikit revision berkenaan dengan semestinya, PERKAHWINAN DAN KELUARGA. Subjek yang mesti aku cintai untuk saat ini bagi menyiapkan satu tulisan yang dapat memberikanku segulung ijazah untuk kesekian kalinya. Antara isinya:-

Walau sesibuk mana pun ibu dan bapa harus meluangkan masa untuk makan bersama keluarga. Menurut Imam al-Ghazali, bahawa “adalah baik bagi suami dan isteri itu makan bersama…”. Apabila mereka berbuat demikian, Allah akan menurunkan rahmatNya kepada mereka dan malaikat mendoakan mereka. Dengan itu banyak manfaat yang dapat bagi ahli keluarga.

(Rujukan: Imam al-Ghazali, Kimia Kebahagiaan, terj. Oleh Abdul Majid Haji Khatib, Kota Bharu, Pustaka Aman Press, 1977, hlm. 91)

anak & ayah Pictures, Images and Photos

Satu amalan yang patut dilaksanakan secara kekeluargaan ialah amalan solat malam. Suami-bapa dapat membimbing ahli-ahlinya untuk bermunajat kepada Allah swt untuk memohon bimbingan, rahmat dan hidayah supaya kekal hidup sebagai Muslim, Mukmin dan Muhsin

(Surah Yunus 10:87 : erti: ”jadikanlah rumah kamu sebagai qiblat dan dirikanlah olehmu akan solat dan berilah berita gembira kepada orang-orang Mu’min.”)

Rujukan: SIRI KELUARGA BERBUDAYA: Pemupukan Kasih Sayang Ke Arah Keluarga Sejahtera dan Penyayang, Fatimah Ali, 1998, USM.

comel Pictures, Images and Photos

Apabila membaca buku ini, membuatkan ku teringat akan impian ku apabila mempunyai keluarga kelak. Inginku mempunyai seorang suami yang dapat membetulkan bacaan apabila ku membaca al-Quran, yang dapat sama-sama bangun malam, solat berjemaah bersamanya, menjadi Imam kepadaku dan keluargaku, yang boleh mengingatkanku disaat ku terlupa, yang kelak dapat mengajar zuriat-zuriat kami solat, mengaji, puasa dan seumpamanya, berkumpul dan makan bersama, mengajar anak-anak dengan penuh berhikmah, SUBHANALLAH! Indahnya.. itulah yang orang selalu katakan sebagai menikah adalah membina MASJID. Marilah kita renungkan erti kata masjid dalam maksudnya yang luas..


Semoga impian menjadi seorang isteri solehah akan terlaksana�Insya-Allah Pictures, Images and Photos

Tuesday 3 February 2009

Blog Jadilah Insan Terindah bertujuan...

Blog ini bertujuan untuk kemudahan penulis meneroka ilmu yang ada. Bagi pengunjung-pengunjung blog ini, seandainya ada yang boleh diambil sebagai manfaat, silakan. Seandainya ada sebarang komentar, sila tinggalkan pandangan anda. Andai ada masukan dari sahabat-sahabat, didahulukan dengan ucapan terima kasih.

Ina dan Yan, rajin-rajin upload sebarang idea agar kita dapat berkongsi di ruang maya ini.

Jill dan Ina, andai ada kes-kes poligami (tujuan poligami, perceraian disebabkan poligami, nasihat untuk para suami/isteri poligami dll) di pejabat (mahkamah syariah; maklumlah kalian berkhidmat di situ) yang perlu diselesaikan atau apa-apa sahaja, sangat dialu-alukan kalau ingin dikongsi bersama.

Yan, kalau ada kes-kes poligami di bahagian Selatan, awaklah yang akan saya jadikan key informant. Sangat mengharapkan bantuan awak.

Jadi kesimpulannya, blog ini lebih bersifat menonjolkan perkahwinan jenis poligami walaupun ada jenis monogami (tujuan penulis bukan mencari siapa yang salah dan benar atau menolak, hanya ingin melihat dari sudut kaca mata ahli akademik dan kelak akan dinilai apa yang terjadi dalam masyarakat), ada juga diselitkan dengan cinta, muslimah, persahabatan, Islam, kekeluargaan/keibubapaan dan seumpamanya.

Andai ada sebarang pendapat khususnya POLIGAMI, dipersilakan tinggalkan pandangan/komen anda.

Syukran Kathira..


*Kiri (atas) : Gambar Jill pada hari persandingan
* Kanan (tengah) : Gambar Ina pada hari kenduri (nikah dulu)
*Bawah sekali (kiri) : Yanti - paling kiri dan Qeen - baju purple (tak kahwin lagi..;) ... hehehe) pada hari persandingan Yati. Ina baju hijau (sebelum kahwin).

Wednesday 28 January 2009

Ikhlas boleh diukur?

Apabila berbicara tentang ikhlas, apakah ia jelas kelihatan sejauh mana keikhlasan seseorang itu membantu saudaranya? Apakah orang itu benar-benar bersimpati di atas kesedihan orang lain? Apakah kita boleh mempertikaikan keikhlasan orang lain dengan apa yang dirasakannya? Apakah ikhlas itu boleh diukur? Apakah kita mempunyai sifat ikhlas?? Pernah dengar, 'apabila seseorang itu menyebut bahawa dia ikhlas, maka secara automatik pahala ikhlasnya hilang' kerana ikhlas itu akan timbul sesuatu yang berkait dengan sifat berlawanan ikhlas. Sama-sama renungkan...

Tuesday 27 January 2009

Alangkah Indahnya!

Hari ni aku tengok cerita ‘barbie’ di tv3 barbie bye bye Pictures, Images and Photos . maklumlah dengan hari cuti begini, suasana sepi di kolej kediaman ku ini membuatku menikmati apa yang ada di kamar. Apa yang menarik ialah betapa indahnya gambaran hidup yang dipertontonkan kepada penonton-penontonnya yang majoritinya pasti kanak-kanak! Dengan usiaku ini pasti kelakar apabila diketahui orang yang masih lagi menonton cerita sedemikian.

Kawan baik pasti berkekalan. itulah ’point’dari cerita yang ditayangkan tadi. Cerita itu diselangi dengan lagu-lagu yang dinyanyikan oleh dua orang gadis cantik (barbie) yang merupakan berkawan baikthese two are both reroots and repaints by the barbie canvas. wearing gwen\'s fab couture! Pictures, Images and Photos . Mereka mempunyai 2 ekor anjing yang comel dan akhirnya mereka bertemu dengan 2 orang lelaki yang tampanBoy and Barbie Pictures, Images and Photos. Semuanya berpasang-pasangan.

Akhirnya dengan magik dari dewi muzik mereka mendapat kembali rumah mereka yang dihiasi dengan bunga-bungaan berwarna-warni yang memenuhi ruang

sekitar halaman rumah 139 E. Rosewood Pictures, Images and Photos . Cerita ini berpokok pangkal dengan muzik. Sebab itu diakhir cerita, setelah ’happy ending’, 2 orang gadis yang cantik sambil bermain gitar guitar barbie Pictures, Images and Photosmengalunkan muzik yang menceritakan kisah dongeng ’barbie’ pada seorang gadis kecil yang comel, dengan satu bait lagu, ’2 voices 1 song’...

Apa yang ingin kukongsi disini ialah setiap ciptaan Allah itu berpasang-pasangan seperti yang termaktub dalam al-Quran, “Mahasuci Tuhan yang telah menciptakan pasangan-pasangan semuanya, baik dari apa yang ditumbuhkan oleh bumi dan dari diri mereka maupun dari apa-apa yang tidak mereka ketahui (QS. 36:36)”.

Sungguh indah, sudahlah cantikBarbie! Pictures, Images and Photos, baik, walau terpaksa melalui sebuah ujian (ada ahli muzik yang menggunakan ilmu hitam untuk menakluk istana berlian) mempunyai semangat setiakawan, akhirnya menemui pengakhiran hidup yang bahagia! Indahnya.. sebuah lagi cerita fantasi kanak-kanak..

Indahnya hidup ini kalau semua orang begitu. Sekarang sangat susah untuk menemui orang-orang yang sedemikian. Cantik atau tampan dan baik hati. ’Baik’ itu cuba kita lihat dari skop yang luas. Baik hubungannya dengan Tuhan, manusia dan seluruh alam ini (binatang, tumbuhan dan seumpanya: hablumminAllah, hablumminannas wa hablumminalardh).

”Akan ditimpa kehinaan ke atas mereka itu di mana saja mereka berada melainkan yang menghubungkan diri dengan ALLAH dan menghubungkan diri dengan sesama manusia.” (Ali Imran: 112) sambil membaca artikel di internet ni, tercuit ideaku, andainya ada orang yang tidak tahu menjaga hubungan dengan manusia, bermaksud ibadahnya tidak membuahkan akhlak. Adakah ibadahnya kurang sempurna, adakah ibadahnya belum benar-benar ikhlas, adakah solatnya kurang khusyuk, adakah....? marilah kita sama-sama bermuhasabah dan menghisab setiap tingkahlaku kita untuk setiap saat yang berlalu agar kita sentiasa memperbaiki diri. Ibarat mutiara yang sentiasa digilap. Moga hati kita pun menjadi semakin hari semakin bersih demi meniti dan menjejak Firdausi.

Hablun atau tali ini boleh dilihat dalam surah ali Imran: 103 dan ayat 112. Tali dgn Allah bermaksud apa yg mengikat manusia dgn Allah. Tali dgn manusia pula ialah apa yg mengikat manusia sesama manusia. Yang mengikat manusia dgn Tuhan sudah tentulah aqeedah, iman dan ibadah atau agama atau alQur'an itu sendiri; manakala yg mengikat manusia sesama manusia sudah tentu mu'amalat, munakahat, jinayat, siasah dan hubungan antara agama dan antarabangsa. Bila manusia tidak beriman, tidak solat, tidak berpuasa, maka putuslah hubungan mereka dgn tali Allah dan bila mereka bermusuhan, mencuri, merompak, pecah amanah, rogol, liwat, melacur, GRO, minum arak, judi, kasino, tiada hudud, rosaknya politik, rasuah, derhaka ibubapa, curang suami isteri, maka putuslah hubungan sesama manusia. Itulah masyarakat Barat yg materialistik, walaupun maju tapi hubungan dgn Pencipta terputus, dan hubungan dikalangan penduduknya tidak aman.
http://www.al-ahkam.net

Sememangnya ciptaan Allah itu cantik. Allah itu Pencipta tentulah sempurna, tetapi kita selaku hamba tentu mempunyai kekurangan tersendiri. Tentu ada yang kurang (lemah). Bila cantik, ada yang mengatakan agak tidak pembersih, luarannya nampak sedap dipandang, tapi biliknya, hancur! Ada pula yang mengatakan, kalau ada ’teman lelaki’ sering dikatakan sering mempermainkan atau curang. Kadang-kadang ada yang langsung tidak pandai pegang pisau pun apabila di dapur. Sejauh mana kebenarannya, penulis tidaklah ketahui. Namun begitu, sepanjang pengamatan penulis pada sekeliling, banyak juga yang sebegitu sehinggakan boleh mengiyakan apa yang diwar-warkan oleh masyarakat.

Alangkah indahnya, kalau perempuan itu cantik dan ’baik’muslimah Pictures, Images and Photos ! bagaimana? Itulah yang dinamakan dengan PAKEJ. Udahlah cantik malah baik pula (baca dengan nada bahasa Indonesia). Memang tiada yang sempurna. Tapi kita sendiri (tuan punya badan ; mahu dikata tuan punya badan, kita ini bukanlah pemilik badan cuma peminjam, hak milik adalah Allah) harus mencuba menjadi yang terbaik.

’Kuakui kelemahan diri, kuinsafi kekurangan ini, kukesali kejahilan ini, terimalah taubatku ini’ (lagu hafiz hamidun feat irsyadee)taubat Pictures, Images and Photos.

Susah untuk dijumpai manusia yang berpakej. Lelaki sendiri pun susah juga ditemui yang berkualiti. Banyak yang kurang atau tidak berkualiti.

Alangkah indah, kalau menemui seseorang yang sentiasa saling ingat-mengingati, ’kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal-soleh dan nasihat-menasihati supaya menetapi kesabaran’ (surah al-asr)soleh solehah Pictures, Images and Photos.

Selalu teringat, Aida selalu cakap tentang karma. ’apa yang kita bagi, tentu mendapat balasannya’. Maksud dia, contohnya, bila kita belanja kawan makan, duit yang dikeluarkan itu tidak lah seberapa jika hendak dibandingkan keikhlasan (balasan Allah pada kita). Macam sedekah. Lain pula karma dalam agama hindu kan? Hidup ini pusingan. Kalau buat baik, kelak baik lah, tetapi sekiranya sebaliknya, kelahiran semula berlaku dengan balasan tertentu mengikut kepercayaan mereka.

Jadi kita harus selalu berbuat baik agar mendapat yang baik. Untuk mendapat pasangan yang baik pun, kita yang harus menjadi baik dulu NaDa Pictures, Images and Photos . Cantik atau tidak, bukanlah itu yang menjadi ukuran disisi Allah, tapi taqwa. “Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu.” (AI Hujurat: 13) tetapi orang sekarang selalu menilai luaran dahulu. fizikalnya bagaimana... padahal hati yang baik atau tidak bukanlah terpancar pada cantik/tampan atau tidak seseorang. cuma hati yang baik atau tidak terpancar pada akhlaknya. belum tentu orang yang tidak cantik itu tidak baik. sama juga dengan orang yang berbadan besar, sering diidentikkan dengan jahat dan mendapat kekalahan seperti yang dipertontonkan dalam media elektronik sekarang. kecil hati mereka yang berbadan sedemikian. malah kalau langsing, cantik, tinggi, sering diidentikkan dengan baik dan kemenangan. apakah itu boleh dikatakan suatu penghinaan? kasihan. sebenarnya cantik itu subjektif. bergantung kepada siapa yang memandangnya. namun begitu, pandanglah dengan mata hati yang bersih. susah juga ya. hati kita ini bukanlah bersih sangat. tetapi moga Allah memimpin kita agar kita menjadi orang menghargai setiap ciptaanNYA.

Semoga kita baik di dunia dan baik di akhirat. Teringat kisah Rabiatul Adawiyah, ”ya Allah, andai aku beribadah kerana syurgaMu, tempatkanlah aku di nerakaMu”...

kerana Rabiah benar-benar mengharap cinta Allah.. sejauh manakah cinta kita pada Allah berbanding Rabiah? Astaghfirullah...jauhnya.. ampuniku Tuhan...Allah Pictures, Images and Photos

Cara Mudah Tulis Pengenalan dan Permasalahan Kajian

Kenapa saya menulis tentang cara melakar Latar Belakang Kajian? Kebanyakan buku menjelaskan secara ringkas dan umum. Ada juga yang detail , ...