Kalau ada yang berminat berkongsi pengalaman hidup sebagai isteri yang dimadukan, sangat dialu-alukan untuk mengetahui pahit manis hidup dalam keluarga sedemikian. Jika pahit, Bukan mencari silap untuk dicaci, tetapi untuk mencari jalan penyelesaian manakala jika manis, boleh dikongsi bersama agar dapat mempraktikkan secara bijaksana.
Saya sangat berminat dengan jenis perkahwinan poligami ini kerana ia sangat unik dan sangat menguji wanita terutama di Malaysia malah banyak juga pemikiran orientalis yang telah menyerap masuk ke negara kita ini. Jadi pelbagai analisa dan tanggapan yang telah dibuat tentang poligami ini. Namun manusia mempunyai hak untuk mengemukakan pandangan masing-masing selagi ia tidak bercanggah dengan syariat.
Semoga apa-apa yang bercanggah dengan syarak tidak menjadi anutan, moga kita lebih sensitif dengan persekitaran agar agama kita tidak sewenang-wenangnya dipermainkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
Malaysia merupakan negara demokrasi, jadi anda dialu-alukan untuk mengemukakan pelbagai pengalaman sebagai warga Malaysia yang berhak bersuara. semoga kita ambil iktibar.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Cara Mudah Tulis Pengenalan dan Permasalahan Kajian
Kenapa saya menulis tentang cara melakar Latar Belakang Kajian? Kebanyakan buku menjelaskan secara ringkas dan umum. Ada juga yang detail , ...
-
Benarkah POLIGAMI menyakitkan? Slide 3 l Pada tahun 2000 kajian telah dilakukan di Pulau Pinang, Perlis dan Kedah yang mendapati ...
-
Bermastautin di Melaka khususnya di Kuala Sungai Baru bukanlah suatu perkara yang mustahil. Kawasan pedalaman ini sudah jauh beza pada keti...
-
Mata pelajaran yang sangat menarik untuk dikongsi bersama-sama dengan semua oran g dan suatu hal yang menjadi sangat praktikal dan efektif b...
2 comments:
salam ukhwah. saya seorang pelajar institut pendidikan guru. belum berkahwin tapi sekadar nak berkongsi cerita tentang hubungan cinta saya dengan suami orang. kami bermula sebagai hubungan abang dan adik angkat pada mulanya. tapi setelah lama perasaan cinta itu mula berputik. puas juga saya cuba untuk menepis tetapi masih gagal. sekarang kami masih lagi berhubung tanpa pengetahuan isteri dia. dia memang dah berterus terang akan menyunting saya untuk jadi isteri kedua. entah kenapa saya setuju...sedangkan dulu saya juga yang selalu sebut saya tak nak bermadu. tolonglah saya. saya tak nak di cop sebagai pemusnah rumahtangga orang. kami amat menyayangi antara satu sama lain sekarang...
Salam ukhwah kembali..bagi pendapat saya, memanglah persepsi masyarakat akan mengatakan dan cop dengan istilah tersebut, namun Islam tidak mengatakan sedemikian andai itu takdirnya dan pastikan jalan yang saudari redah itu berlandaskan syarak dan mengikut aturan yang telah ditetapkan bagaimana caranya untuk menjalankan kehidupan sebagai isteri yang dimadu. Sekiranya tersalah langkah, terumatama oleh pihak lelaki, juga salah niat, kemungkinan keberkatan perkahwinan itu tiada dan menyebabkan bertambahnya masalah yang lain. Islam tidak menyalahkan mana-mana pihak andai ingin berpoligami, tetapi harus mencukupi dan memenuhi syarat yang ditetapkan. Perkahwinan bukanlah suatu perkara yang mudah, namun kita ia menjadi mudah andai kita memahami hikmah yang tersimpan di sebalik perkahwinan itu. tidak kiralah perkahwinan monogami mahupun poligami. masing-masing mempunyai hikmah tersendiri. semoga Allah mempermudahkan segalanya. Letakkan Allah dan agama dihadapan, semoga mendapat petunjuk terbaik!
Post a Comment