Sunday 15 July 2007

Sekilas Pandang

PENDAPAT SEKILAS PANDANG 
Oleh : Muslimah UIN SUSKA 

Sebenarnya tahun baru Islam bermula dari tahun pertama Rasulullah s.a.w. berhijrah iaitu berpindah dari Makkah ke Madinah. Tahun Islam ini telah ditetapkan oleh Khalifah Umar bin Al-Khattab. Peristiwa tersebut mencatat pelbagai sejarah umat Islam khasnya perkembangan Islam di dunia. Malah dengan penghijrahan ini, umat Islam ketika itu dipandang hebat sebagai pejuang menegakkan keadilan serta kebenaran Islam. Setelah itu, telah banyak wilayah-wilayah yang telah ditakluk oleh pemerintahan daulah Islamiyah yang sangat terkenal kerana Islam telah memartabatkan Islam dengan mencipta pelbagai peradaban yang tinggi. Sejak dari mula, yang biasa disebut oleh para ulama’ dan ilmuwan zaman klasik telah mencipta ilmu-ilmu, cara hidup yang tinggi termasuk dari segi bangunan-bangunan, hebat dalam perdagangan serta sistem perekonomian yang mantap dan banyak lagi. Seluruh dunia mengkagumi dan gerun melihat kesatuan umat Islam yang juga boleh dikatakan dengan ‘wahdatul fikr, wahdatul amal’. Sejak dari itu, lahirlah orang Barat yang dihantar ke wilayah tersebut bagi melihat dan mengkaji apakah yang telah membuatkan orang Islam begitu maju. Dan mereka ini telah disebut sebagai orientalisme iaitu orang yang mengkaji tentang apa-apa sahaja yang terdapat di Timur termasuk flora dan fauna. Akan tetapi umat Islam pada hari ini banyak yang ketandusan sejarah Islam sehinggakan apabila kita makan menggunakan sudu dan garpu, orang mengatakan kita ‘western’. Padahal itu adalah budaya Islam yang telah diBaratkan dan telah diluputkan dari sejarah Islam. Dan yang amat menyedihkan, budaya Barat telah terserap ke dalam diri umat Islam sehinggakan budaya kepunyaan sendiri semakin lama semakin pupus. Cuba kita tinjau di negara kita sendiri Malaysia, telah banyak budaya Barat yang sengaja diserapkan ke dalam budaya Melayu kerana Melayu itu identik sekali dengan Islam. Jadi, haruslah kita mengetahui bahawa Barat mempunyai misi terhadap kita kerana mereka adalah terdiri dari Yahudi dan Kristian. Mereka telah berbangga dengan kejayaan yang telah dimiliki oleh mereka akibat dari ketidak sedaran kita dalam agama Islam serta budaya kita. Dari aspek ibadat dalam Islam, telah banyak ditokok tambah dengan mengatakan ibadat-ibadat yang ada mempunyai fungsi dan khasiat tertentu. Sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa apa-apa yang telah diperintahkan oleh Allah s.w.t. mempunyai khasiat tertentu, tetapi apakah kita melakukan ibadat tersebut itu untuk fungsi yang telah dinyatakan oleh para orientalis? Sebagai contoh, ada seorang professor fisik dari Amerika Syarikat telah mengatakan bahawa setiap rakaat dalam solat mempunyai cas elektrik positif dan negatif sesuai dengan masa yang telah ditetapkan oleh Allah dalam Islam. Dan beliau sangat mengagumi Islam kerana mempunyai keistimewaan tersendiri. Akan tetapi kita sebagai umat Islam jangan cepat melatah, kerana mereka hanya ingin memancing emosi dan mempunyai tujuan tertentu. Seharusnya kita peka dengan hal seperti itu, kerana kita telah diwajibkan untuk melaksanakan ibadat adalah untuk menyatakan rasa kesyukuran di atas segala nikmat dan rahmat yang telah dikurniakan kepada kita serta untuk mengungkapkan rasa kehambaan dengan penuh kerendahan menundukkan hati. Bukan untuk menyihatkan badan atau sebagainya. Allah tidak akan memberati umat-Nya dan Allah memberi ujian dan cabaran bagi menguji keimanan sesuai dengan tahap kesabaran dan kemampuan umat-Nya itu. Dan sememangnya tidak dinafikan setiap apa yang telah ditetapkan oleh Allah kepada kita pasti mempunyai hikmah yang tersembunyi. Selain itu, sekiranya ada dikalangan kita yang mengikut trend semasa yang kebiasaannya identik dengan budaya Barat akan dianggap moden. Tambahan pula, pandai bertutur dan berinteraksi dalam bahasa Inggeris pasti akan dianggap intelektualnya tinggi. Bukan tidak baik mempelajari dan mengetahui bahasa orang lain, bahkan ianya bagus untuk dipelajari bagi memudahkan kita berinteraksi dan memahami apa sahaja fakta yang dilemparkan untuk Islam. Bukan kerana untuk dibangga atau dipandang sebagai seorang yang moden kerana mengetahui ilmu Barat. Padahal, disebabkan Barat telah menguasai dunia maka Barat telah menetapkan bahawa perlu dijadikan bahasa mereka sebagai bahasa antarabangsa. Apakah tanpa berbahasa Inggeris kita tidak boleh maju? Mengapa kita sebagai umat Islam tidak mengetengahkan bahasa Arab sebagai bahasa antarabangsa? Peliknya, tiada di pihak Islam yang mencuba bangun untuk mematahkan serangan pemikiran dan penyerapan budaya Barat agar tidak terus-menerus berleluasa. Walau bagaimanapun, kita seharusnya bersyukur kerana telah muncul beberapa tokoh Islam yang mencuba membangunkan umat Islam yang telah banyak melakukan bid’ah, taqlid buta dan ekstrim sehingga melemahkan Islam. Antaranya Rasyid Ridha, Muhd Abduh, Hasan Al-Banna, Muhd Arkoun dan banyak lagi. Akan tetapi kebanyakannya mereka menyerapkan pemikiran Barat. Sesetengah daripada ulama’ kita yang mempunyai pemikiran yang berlandaskan Barat berpendapat seharusnya memang begitulah caranya untuk menghulurkan kembali fakta yang telah Barat lemparkan terhadap umat Muhammad. Oleh karena itu, kita perlu mengembalikan fakta dengan menggunakan cara pemikiran mereka. Namun begitu, perlu juga menjejaki langkah para pejuang kita agar kita tidak lemas dalam empangan pemikiran Barat yang kita bina sendiri. Dari segi kebudayaan, sememangnya budaya Barat telah lama menyebar di lapangan malah telah menyerap ke dalam budaya Islam. Tambahan pula, kehidupan manusia tidak pernah sunyi dari kebudayaan yang mana kebudayaanlah yang membuatkan kita mempunyai peradaban. Dan itu adalah suatu kemenangan di pihak KAFIR! Apa yang perlu kita lakukan terutama untuk pelapis generasi harapan agama yang tercinta? Bangunlah wahai sahabatku! Telah lama kita terleka dan terlena dalam mimpi yang telah dibuai oleh fantasi Barat. Sedarlah, bilakah kita perlu untuk menegakkan Islam? Bagaimanakah caranya kita hendak mematahkan pemikiran Barat yang telah banyak menyimpang dari ilmu yang murni? Termasuk aspek histories, sains, budaya, agama dan seumpamanya yang telah mereka mengelabui mata kita agar kita tidak akan pernah mengetahui kebenaran yang asli. Mereka tidak akan pernah berhenti dari mencari kelemahan dan kesilapan kita. Teman-teman seperjuangan, teruskan perjuangan dan terus berkorban, demi menegakkan Islam… Sekilas pandang, di mana kita sebenarnya? Apakah kita turut berkiblatkan Barat? Apakah yang boleh kubantu demi Mu Islam? Ya Tuhan, berilah kami kekuatan , keupayaan dan taufiqMu agar kami terus berjuang demi menegakkan risalah-Mu di atas muka bumi ini. 

Lagu oleh kumpulan nasyid : Wadi el Jadid (Generasi warisan) 
Kita generasi berwawasan 
Kita mendukung cita negara 
Kita menyambung warisan silam 
Perlu berhati mulia dan waja 
Tapi dunia kini merintih 
Dengan kemusnahan yang mencengkam Ibu, ayah serta keluarga 
Tiada lagi pembelaan Maju, majulah agamaku Maju, majulah umatku Maju, majulah negaraku 
Maju kita seiringan 
Bersama-sama menghadapi segala dugaan 
Demi mendaulatkan Islam Yang tercinta 
Bersama-sama menghadapi segala cabaran 
Demi menegakkan cita keindahan 
Keindahan Islam …

Alhamdulillah..Syukur padaMU!


Ukhwah itu indah jika kerana Allah...

DOA UNTUK KEKASIH


DOA UNTUK KEKASIH

Dengan nama Allah, Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang

Ya Allah…
Seandainya telah engkau catatkan,
Dia milikku tercipta buatku,
Satukanlah hatinya dengan hatiku,
Titipkanlah kebahagiaan di antara kami,
Agar kemesraan itu abadi…

Ya Allah…
Ya Tuhanku Yang Maha Mengasihi,
Seiringkanlah kami melayari hidup ini,
Ketepian yang sejahtera dan abadi,
Maka jodohkanlah kami..
Tetapi Ya Allah…

Seandainya telah Engkau takdirkan,
Dia bukan milikku,
Bawalah dia jauh dari pandanganku,
Luputkanlah dia dari ingatanku,
Dan peliharakanlah aku dari kekecewaan,

Ya Allah Ya Tuhan Maha Mengerti…
Berikanlah aku kekuatan,
Menolak bayangannya jauh ke dada langit,
Hilang bersama senja yang merah,
Agar aku sentiasa tenang,
Walaupun tanpa bersama dengannya….

Ya Allah Yang Tercinta…
Pasrahkanlah aku dengan takdirmu,
Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan,
Adalah yang terbaik untukku,
Sesungguhnnya Engkau Yang Maha Mengetahui,
Segala yang terbaik buat hambamu ini….

Ya Allah…
Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku
Di dunia dan di akhirat,
Dengarlah rintihan dari hambamu yang daif ini,
Janganlah Engkau biarkan aku bersendirian didunia ini mahupun diakhirat,
Menjuruskan aku ke arah kemaksiatan dan kemungkaran,
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman,
Agar aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup,
Ke jalan yang Engkau redhai,
Dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh dan solehah,

Ya Allah…
Berikanlah kami kebahagiaan di dunia dan kebahagiaan di akhirat,
Dan peliharakanlah kami dari azab api neraka…

AMIN, AMIN, AMIN YARAB’AL ALAMIN….

Cara Mudah Tulis Pengenalan dan Permasalahan Kajian

Kenapa saya menulis tentang cara melakar Latar Belakang Kajian? Kebanyakan buku menjelaskan secara ringkas dan umum. Ada juga yang detail , ...