Thursday 30 October 2008

pantaskah aku mengimpikan ‘dia’…?


tulisan dari http://wadahcintasolehah.blogspot.com/

Kasih manusia sering bermusim, sayang manusia tiada abadi. Kasih Tuhan tiada bertepi, sayang Tuhan janji-Nya pasti…
Itulah sedikit dari bait2 lagu Raihan. Lantaran kasih manusia yg sering bermusim dan sayangnya yg tak kekal lama, kita perlu sentiasa berwaspada terutamanya dlm memilih pasangan. Andainya sikit drpd cinta itu hendak diberi pada seseorang yg boleh digelar suami, pilihlah seorang lelaki yang…
1-Kuat agamanya.
Biar sibuk macamana, solat fardu tetap terpelihara. Utamakanlah pemuda yg kuat pengamalan agamanya. Lihat saja Rasulullah menerima pinangan Saidina Ali buat puterinya Fatimah. Lantaran ketaqwaannya yg tinggi biarpun dia pemuda paling miskin.
2-Baik akhlaknya.
Ketegasannya nyata tapi dia lembut dan bertolak-ansur hakikatnya. Sopan tutur kata gambaran peribadi dan hati yang mulia. Rasa hormatnya pada warga tua ketara.
3-Tegas mempertahankan maruah.
Pernahkah dia menjengah ke tempat2 yang menjatuhkan kredibiliti dan maruahnya sebagai seorang Islam.
4-Amanah.
Jika dia pernah mengabaikan tugas yang diberi dengan sengaja ditambah pula salah guna kuasa, lupakan saja si dia.
5-Tidak boros.
Dia bukanlah kedekut tapi tahu membelanjakan wang dengan bijaksana. Setiap nikmat yang ada dikongsi bersama mereka yang berhak.
6-Tidak liar matanya.
Perhatikan apakah matanya kerap meliar ke arah perempuan lain yang lalu-lalang ketika berbicara. Jika ya jawabnya, dia bukanlah calon yang sesuai buat kamu.
7-Terbatas pergaulan.
Sebagai lelaki dia tahu dia tak mudah jadi fitnah orang, tapi dia tak amalkan cara hidup bebas.
8-Rakan pergaulannya.
Rakan2 pergaulannya adalah mereka yang sepertinya.
9-Bertanggungjawab.
Rasa tanggungjawabnya dapat diukur kepada sejauh mana dia memperuntukkan dirinya utk parents dan ahli familynya. Jika parentsnya hidup melarat sedang dia hidup hebat, nyata dia tak bertanggungjawab.
10-Tenang wajah.
Apa yg tersimpan dalam sanubari kadang2 terpancar pd air muka. Wajahnya tenang, setenang sewaktu dia bercakap dan bertindak.
Berbahagialah kamu jika diintai calon yang demikian sifatnya…
solehah:
ya Allah, temukan aku dengan sosok suami yg kuat membawa aku ke jalan taqwa dengan sebenar-benar taqwa.

Mahalnya Perkahwinan Bila Ada Ketenangan

“Mahalnya sebuah perkahwinan adalah pada qurratu a’yun iaitu hadirnya pasangan dan anak-anak yang menyejukkan pandangan mata hingga lahirnya ketenangan. Ketenangan ini yang paling mahal. Sebab itu dikatakan rumahku syurgaku,” kata perunding motivasi Dr. Shafie Md Amin al-Hafiz.
Ketenangan memang dicari-cari oleh manusia. Bagi seorang lelaki misalnya, apabila hendak mendirikan rumah tangga, fitrah hatinya inginkan seorang wanita yang solehah sebagai teman hidup kerana, menurut Dr. Shafie, “wanita solehahlah yang dapat melahirkan ketenangan dalam rumah tangga.
”Isteri yang solehah, ujarnya, akan menjana aktiviti amal soleh di dalam rumah tangga yang menjadi saluran Allah datangkan ketenangan atau kehidupan yang baik. Firman Allah: “Siapa yang mengerjakan amal soleh, baik lelaki atau perempuan dalam keadaan beriman, maka sesungguhnya akan Kami berikan kepadanya kehidupan yang baik…” (An-Nahl: 97)Isteri yang solehah juga menyejukkan pandangan mata, sekaligus menenangkan jiwa.
“Dalam berumah tangga, kita hendakkan kehidupan yang lapang dan tenang. Tapi kenapa rumah tangga jadi sempit?” soal Dr. Shafie, pengasas Kaedah Al-Huffaz, teknik mudah menghafaz al-Quran.Beliau berkata, sempitnya rumah tangga disebabkan kita tidak ikut formula yang Allah beri dalam mengatur kehidupan.
“Dalam memberi ketenangan, Allah tidak beri begitu saja. Ada formula, ada peraturannya,” ungkapnya dalam pertemuan di pejabatnya di Taman Nirwana, Ampang, Selangor. Jelas Dr. Shafie, secara umumnya hati akan tenang bila ingat Allah. “Ketahuilah, dengan mengingati Allah hati menjadi tenang,” demikian maksud firman-Nya (Ar-Ra’d: 28).
Di dalam solat, kita memohon melalui bacaan al-Fatihah, “Tunjukilah kami jalan yang lurus (iaitu) jalan orang-orang yang telah Engkau anugerahkan nikmat …”Nikmat adalah sesuatu yang setiap orang suka dan ia boleh menenangkan hati atau memberi kebahagiaan. “Tetapi dalam realiti,” terang Dr. Shafie, “orang hanya melihat nikmat itu ada pada harta, isteri, anak-anak.”
“Ada yang banyak harta, banyak anak tapi tak bahagia. Kalau semua yang kita miliki itu dapat mendorong kita melakukan amal soleh, barulah ia menjadi sumber kebaikan (dan ketenangan),” jelasnya, merujuk pada amal kebaikan yang dilakukan dalam keadaan beriman iaitu yakin kepada Allah dan ganjaran di akhirat.
Allah menjelaskan, “Dan siapa yang berpaling dari peringatan-Ku, sesungguhnya baginya kehidupan yang sempit.” (Thaha: 124)Oleh itu, kehidupan yang sempit selepas kahwin adalah natijah dari tidak mengikut aturan Allah dalam mengatur rumah tangga, termasuklah seawal memilih jodoh lagi.
“Kadang-kadang sudah bagus dalam memilih pasangan tapi di hari perkahwinan banyak unsur-unsur negatif yang boleh memberi efek kepada perkahwinan,” katanya, memberi contoh amalan bersanding, unsur muzik dalam majlis walimah, mahar yang menyusahkan dan sebagainya.
Dr. Shafie berkata, “Mesti balik kepada formula yang digariskan oleh agama. Kalau tidak, kita akan membinasakan diri kita.” Katanya, rumah tangga yang baik tidak akan lahir jika agama hanya diletakkan sebagai satu segmen kecil dalam kehidupan. Sedangkan, menurutnya, agama Islam itu ad-deen – formula kehidupan.
“Melalui agama, semua formula kehidupan Allah sudah ajar kepada kita,” katanya. “Dalam kehidupan ini setiap sesuatu ada formulanya,” tambahnya, dengan memberi contoh perlunya kita ikut resipi jika hendak buat kuih. Katanya, Allah telah memberi formula melalui sabda Nabi-Nya, kalau berkehendakkan kehidupan yang baik, rumah tangga yang balik, pilihlah calon pasangan yang beragama.
“Manusia memang sukakan kecantikan, tapi asas pemilihan nombor satu mesti agamanya. Agama itu mencetuskan ketenangan,” katanya.
Dr. Shafie berkata, jika formula dari Allah ini dituruti dalam mendirikan rumah tangga bermula dari pemilihan jodoh lagi, dari situlah tercetusnya ketenangan yang akan menjadikan mahalnya sebuah perkahwinan.
Koleksi ANIS/ Temubual: Zakaria Sungib

Thursday 9 October 2008

Tesisku dan Poligami

Malam ini malam ke 28 ramadhan. Macam biasa aku tidak dapat tidur dan aku mengisi masaku dengan membaca dan membetulkan proposalku yang berkisar tentang poligami. apabila aku mengkaji tentang perkahwinan dan keluarga, banyak yang aku pelajari. Tambahan pula, aku sedang dalam proses menyiapkan ilmu di dada dalam melangkah kehidupan berkeluarga kelak yang entah kapan berlangsungnya. Itu bukan menjadi permasalahan kerana seandainya Allah merasakan sudah tiba waktunya nanti aku bersedia. Hanya Allah yang mengetahui apa yang terbaik untukku. Aku terpaksa memisahkan antara kajian agama dan kajian dalam sains sosial iaitu dengan membicarakan kesan ke atas keluarga poligami. kalau dalam agama sepertinya nampak memihak pada lelaki atau suami tetapi dalam reality pula macam membangkang tindakan seseorang apabila membuat keputusan untuk berkahwin lagi (poligami). malah dikatakan lebih baik berkahwin, bercerai dan berkahwin kembali. Dalam hal ini, menurut pemerhatianku banyak lelaki dan perempuan yang tidak faham konsep sebenar apa yang telah disyorkan oleh Rasulullah saw. Sering diperkatakan dalam masyarakat hari ini, salah-menyalahkan antara satu sama lain. Lelaki dan perempuan saling menyalahkan dan menegakkan pendirian masing-masing.

Renungilah...

"Bila kau letih dan hilang semangat, Allah tahu bertapa kau telah mencuba sedaya upaya...
Bila tangismu berpanjangan dan hatimu kedukaan, Allah telah mengira titisan air matamu...
Bila kau rasa ketinggalan dan masa meninggalkanmu, Allah setia di sisimu...
Bila kau telah mencuba segalanya tapi tidak tahu tujuan, Allah ada jalan penyelesaiannya...
Bila tiada yang bererti buatmu, keliru dan kecewa, Allah adalah jawapannya..."

Tuesday 7 October 2008

perkahwinan menyempurnakan setengah dari agama

tulisan ni pun aku tulis masa kat kampung, masa cuti raya hari tu.

hari ini aku baca buku ‘perkahwinan dan keluarga’ terbitan UPM untuk ku menambahkan apa-apa yang patut dalam tesisku yang masih dalam kesamaran. Maklumlah dulu aku ambil kos pengajian islam (usuluddin –perbandingan agama) sekarang aku sedang dalam bidang sains social (sosiologi & antropologi) jadi cara pemikiranku juga harus berubah. Ibarat kalau dulu ke kanan sekarang harus ke kiri. Sesuatu yang sangat berbeza. Sama pengertiannya perkahwinan dan keluarga. Kalau Islam mengatakan perkahwinan dan keluarga itu menurut al-quran dan hadis juga pandangan-pandangan ulama ada maksud yang tersendiri. Sama macam Negara barat ada pandangannya tersendiri. Undang-undang juga ada pendiriannya tersendiri tentang hal tersebut. Tapi setelah aku baca beberapa bait ayat dan pengertian menurut pelbagai perspektif, aku jadi teringat pada sebuah novel yang pernah ku baca suatu ketika dulu. Kalau tak salah masa semester satu aku di UKM. Tajuknya, seindah nama setulus setia penulisnya aku kurang pasti namanya, kalau tak salah siti hasniza ke hasmiza.. ala lupa lah. minta maaf pada penulis novel tu. Dalam buku tersebut menceritakan tentang perkahwinan dalam islam. Sebenarnya aku tidak berminat untuk membaca mana-mana novel selain dari novel yang berunsurkan keagamaan (novel islamik) sebab biasanya novel-novel yang ada di pasaran banyak cerita tentang cinta dan ‘couple’ yang jelas dilarang dalam Islam. Tidak kurang pelajar pengajian islam yang sangat berminat meniti kehidupan fantasi dalam bahan bacaan tersebut. Pernah suatu ketika aku memberikan hadiah novel tersebut pada seorang teman. Dia juga berpendapat sangat menarik penceritaan tentang perkahwinan yang dianjurkan dalam islam. Yang jelas tidak ada ‘couple-couple’!
aku berfikir sejenak di saat aku cuba memahami apa yang dikatakan tentang perkahwinan yang merupakan ikatan dalam institusi social sebelum membentuk keluarga yang merupakan asas dalam pembentukan struktur masyarakat. Kalau maksud perkahwinan dan keluarga ini dibaca oleh para ahli sosiologi dan antropologi pasti marah, kerana dalam erti kata yang sebenar adalah lebih luas dan spesifik. Tapi apa yang ingin aku katakan adalah erti perkahwinan menurutku sendiri. Apabila ku Tanya teman-teman, kenapa nak kahwin, dan jawabannya adalah untuk berkongsi hidup, emosi dan memenuhi fitrah manusia. Ada pula yang menganggap, perkahwinan itu sangat mudah, semudah akadnya. Ada juga yang mengatakan perkahwinan itu sebuah permulaan masalah yang lebih besar. Macam-macam persepsi teman-teman. Tapi aku punya pendapat sendiri. Perkahwinan adalah untuk sempurnakan setengah dari agama. Untuk menuju ke gerbang perkahwinan bermula dengan pencarian jodoh. Apabila bercerita tentang lelaki idaman, masing-masing ada pendapat masing-masing. Ada yang nak orangnya tinggi, nak yang ‘mix’ lah macam drummer kumpulan estranged, ada yang nak macam mawi, ada yang nak macam ustaz (bila hantar mesej, ada sahaja ayat-ayat yang mengingatkan pada Allah) dan macam-macamlah. Bagi aku, untuk menemui lelaki yang berkualiti sangat susah pada zaman sekarang yang penuh dengan pelbagai fitnah ini.sama juga dengan perempuan. Tetapi bagaimana untuk mendapat yang baik, kita sendiri yang harus menjadi baik terlebih dahulu. Tiba-tiba teringat pula cerita perempuan yang diibarat seperti sebiji epal. Jangan jadi seperti epal yang berada di dahan yang bawah yang mudah dipetik dan janganlah jatuhkan ke tanah kelak akan membusuk di situ. Jadilah sepeti sebiji epal yang berada dipuncak yang susah digapai dan dipetik orang. Janganlah merasa susah hati apabila tidak ada yang mahu, tetapi buah yang baik pasti tuannya saying dan akan dijual dengan harga yang mahal. Begitu juga perempuan, jangan mudah memberi cinta, jadilah perempuan yang mahal, kerana yang mahal adalah yang baik dan yang baik akan dapat baik. Aku teringat dalam TV9 pernah ditayangkan drama seorang perempuan ingin mendapatkan jodoh sedangkan umurnya sudah semakin meningkat. Ibu dan ayahnya juga sudah khuatir akan jodoh anak perempuannya masih belum kunjung tiba. Akhirnya perempuan tadi berjumpa dengan ustaz agar diberi petua diringankan jodoh. Dalam pesanan tersebut ada 3 perkara yang harus diamalkan iaitu: solat malam (tahajjud), puasa sunat (isnin dan khamis) dan sedeqah. Dengan amalan tersebut, dengan takdir Allah, dia ditemukan dengan lelaki yang juga memberi sumbangan (sedeqah) pada masjid yang sama. Ditemukan atas pertemuan yang baik! teringat pula pada ustaz rapihi sewaktu program bakal pemimpin di pengkalan balak, melaka pada awal semester ini, dia juga ada memberikan tips bagi dipermudahkan mendapat jodoh iaitu jangan melambat-lambatkan solat, solatlah di awal waktu. Sesiapa yang mempercepatkan dan mendahulukan urusan Allah pasti Allah mempercepatkan dan mendahulukan urusannya! Subhanallah, begitu pemurahnya Allah dan sayangNya pada hamba yang mentaatiNya!



Rasulullah sendiri pun menyuruh umatnya agar memilih pasangannya sebaik boleh, bukan main cekup. Dalam sebuah hadis riwayat an-Nasaie dan lain-lainnya dinyatakan, perempuan yang terbaik ialah perempuan yang apabila kamu lihat, menyenangkan, apabila kau perintah dia mematuhinya, apabila dipertaruh janji, diterimanya dengan baik dan apabila engkau tiada, dirinya dan hartanya dijaganya dengan baik.

Kemahiran keibubapaan

Aku menulis sewaktu di kampung hari tu. maklumlah di rumah takde internet. dah balik ukm baru berkesempatan buka blog yang dah lama terbengkalai. Artikel ini aku ringkaskan dari buku yang ku jelaskan di bawah: Malam ni (23 sept 2008 – 1.00 am)aku baca buku bertajuk ‘Keluarga Islam, Kemahiran Keibubapaan dan Cabaran Semasa’ terbitan IKIM. Sebenarnya aku ingin mencari bahan untuk kutulis dalam proposal yang penyeliaku minta ubah supaya beralih ke kekeluargaan dan keibubapan walaupun masih berkisar pada tajuk pokok yang asal iaitu poligami. apa yang boleh ku masukkan dalam proposal hanya beberapa isi yang penulis-penulis tersebut kutip dari buku-buku lain yang berkait dengan tajuk ‘keluarga, keibubapaan dan cabaran semasa’. Apa yang menarik adalah semuanya berkenaan dengan peranan ibu dan bapa, selain itu bagaimana mendidik anak-anak. Bila menyebut tentang anak-anak, aku teringat ina dan jill yang sekarang tengah sarat mengandung. Dan sehingga saat ini aku masih belum berpeluang untuk menemui mereka dan menyaksikan sendiri keadaan mereka yang sedang menanti gelaran ‘ibu’ tidak lama lagi. Mana taknya, dulu main sama-sama (masa belajar kat UIN SUSKA Riau 2004 – 2006). Dulu gelak ketawa dan berkongsi setiap kesedihan, masak sama-sama (berhimpit-himpit kat dapur, maklumlah dapur rumah sewa ibu Tando tu tidak besar sangat macam kat kampung kita), merayap ke Matahari, Loket, Mall SKA, kadang-kadang ke Ramayana, destinasi yang tak pernah lupa adalah kedai-kedai buku yang berderet di ... alamak lupa dah nama tempat tu. ala tempat tu lebih kurang dengan Loket. alah sesiapa yang pernah tinggal di sukajadi riau pekanbaru pasti tahu nama tempat tu. Macam-macam cerita yang pernah kami kongsi dalam pengalaman lepas yang tersimpan rapi dalam kotak kenanganku! Buat ina dan jill, jangan lupa kutip ilmu-ilmu berkaitan dengan bagaimana untuk mendidik dan cari kemahiran komunikasi agar perkembangan mental anak-anak sihat agar kelak dapat membezakan yang haq dan batil. Antaranya, factor yang mempengaruhi potensi kanak-kanak: 1) keturunan dan persekitaran semasa mengandung (kena amalkan pemakanan seimbang terutama semasa hamil sebab kesihatan janin bergantung sepenuhnya pada pemakanan ibu. Tambahan pula, kesihatan anak-anak bermula dari dalam kandungan. Kena jaga kesihatan, jangan lupa senaman. Kalau abaikan, kesihatn ibu akan terjejas dan sekaligus bayi dalam kandungan. Ibu juga mesti berusaha mengurangkan tekanan (stress) kerana akan memberi kesan kepada kandungan apabila lahir kelak.) 2) Pengalaman (ibu digalakkan membuat sebanyak mungkin pendedahan deria – rasa, bau, sentuh dan lihat kepada anak-anak. Pastikan pendedahan itu selamat kerana rasa selamat yang anak-anak rasai akan meningkatkan keyakinan si anak. Dalam masa yang sama, ibubapa juga perlu tegas terhadap kelakuan yang salah seawall yang mungkin supaya mereka tidak mengulanginya lagi. Berikan alas an mengapa perilaku itu tidak boleh diterima agar anak-anak tidak keliru dan mereka merasa larangan itu dibuat atas dasar kasih sayang, bukan paksaan. Jangan lupa sentuh dan belay mereka selalu. Saidatina Aisyah ra menyebut, seorang yang bernama Aqra’ melihat Rasulullah saw mencium Al-hassam bin Ali ra, lalu Aqra’ berkata, ya Rasulullah, aku mempunyai sepuluh orang anak, tetapi aku belum pernah mencium seorang pun dari mereka.” lalu Rasulullah melihat kepada Aqra’ dan berkata, “sesiapa yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi”(HR Bukhari dan Muslim). Anak kecil akan menerima apa sahaja melalui deria lihat, dengar, sentuh, bau, citarasa serta respon-respon dalam bentuk gerak-geri, pertuturan dan manipulasi akan menjadi satu pattern dalam otak anak. Hal ini akan membentuk perwatakan dan keperibadiannya. Lebih awal seorang anak belajar maka lebih kekallah pattern itu dalam ingatan. Ini adalah kerana otak berfungsi seperti ‘sponge’ dan boleh menyerap apa sahaja. Otak anak-anak sudah mula bergerak sejak tiga bulan dalam kandungan. Ini adalah kerana sel-sel neuron sudah terbentuk. Apabila jumlah sel mencapai kematangan, 25% daripadanya boleh digunakan sewaktu bayi dilahirkan, 50% sewaktu anak berumur 6 bulan, 85% ketika berusia 3 tahun dan 95% ketika 6 tahun. Sekiranya maklumat yang masuk ke dalam otak diulang beberapa kali dengan cara yang berlainan dan anak diberi peluang menggunakan maklumat itu maka rangkaian-rangkaian yang wujud akan menjadi kuat dan kekal. Wujudkan emosi positif pada anak-anak, iaitu rasa TENTERAM, SELAMAT DAN RASA DISAYANGI. Ini adalah kerana jika kesedihan wujud, anak akan cepat sembuh. Rasa ini akan menimbulkan rasa kagum pada persekitarannya dan akan sentiasa meneroka ilmu baru secara berterusan. Kanak-kanak ini akan lebih senang bertaqwa kepada Allah. Jauhkan mereka dari merasa tidak tenteram, tidak selamat dan rasa tidak disayangi kerana ia akan menyebabkan anak merasa selalu sedih, takut, tidak ada keyakinan diri, rasa tersisih, sering mencari perhatian dan terus merajuk. Dia akan tidak kagum dengan persekitarannya. Seterusnya akan memberikan rasa stress (tekanan) pada mereka. kalau tidak dikawal akan membawa distress (penderitaan). Kalau masih tidak dikawal akan menjadi depressed (kemurungan) dan akhirnya deceased (kematian). Masalah emosi ini boleh dikesan di peringkat awal. Anak akan menunjukkan tanda-tanda seperti sering diam, tidak bercakap, hiperaktif dan tidak boleh memberi tumpuan, suka mengusik dan mengacau orang lain. Justeru mereka akan mencari matriks yang lain. Matrik berupa tempat, benda atau orang yang boleh memberinya rasa tenteram, selamat dan disayangi. Antara bentuk-bentuknya adalah dadah, mencuri, menyamun atau apa sahaja yang memberi kepuasan dan membolehkan anak mendapat perhatian, selamat dan tenteram. Pemakanan yang tidak tepat juga akan menyumbang dan meningkatkan keadaan stress. Malah boleh merencatkan pembangunan otak. Anak sepatutnya diajarkan ilmu dan mendapat pendidikan seawall mungkin iaitu dari dalam rahim dan selewat-lewatnya sebelum umur satu tahun. Kata Dr. Glenn Doman, “bagi setiap hari kita menunggu (atau menangguh pembelajran) kita telah hilang satu hari untuk anak menjadi cemerlang.” Dua tahun pertama selepas kelahiran merupakan masa yang paling dramatic dalam perkembangan sel otak. Lakukan seisi pengajaran-pembelajaran pada waktu mereka keadaan segar, aktif dan seronok dan jangan lakukan pada waktu mereka sedang keletihan. Ini akan memberikan kesan pada anak menjadi benci pada aktiviti pengajaran-pembelajaran tersebut. Seisi itu mestilah kerap tetapi pendek. Rangsangan dan saiz otak akan lebih kecil pada anak yang kurang disentuh dan kurang bermain lebih kurang 20%-30%.

Cara Mudah Tulis Pengenalan dan Permasalahan Kajian

Kenapa saya menulis tentang cara melakar Latar Belakang Kajian? Kebanyakan buku menjelaskan secara ringkas dan umum. Ada juga yang detail , ...