Thursday, 9 October 2008

Tesisku dan Poligami

Malam ini malam ke 28 ramadhan. Macam biasa aku tidak dapat tidur dan aku mengisi masaku dengan membaca dan membetulkan proposalku yang berkisar tentang poligami. apabila aku mengkaji tentang perkahwinan dan keluarga, banyak yang aku pelajari. Tambahan pula, aku sedang dalam proses menyiapkan ilmu di dada dalam melangkah kehidupan berkeluarga kelak yang entah kapan berlangsungnya. Itu bukan menjadi permasalahan kerana seandainya Allah merasakan sudah tiba waktunya nanti aku bersedia. Hanya Allah yang mengetahui apa yang terbaik untukku. Aku terpaksa memisahkan antara kajian agama dan kajian dalam sains sosial iaitu dengan membicarakan kesan ke atas keluarga poligami. kalau dalam agama sepertinya nampak memihak pada lelaki atau suami tetapi dalam reality pula macam membangkang tindakan seseorang apabila membuat keputusan untuk berkahwin lagi (poligami). malah dikatakan lebih baik berkahwin, bercerai dan berkahwin kembali. Dalam hal ini, menurut pemerhatianku banyak lelaki dan perempuan yang tidak faham konsep sebenar apa yang telah disyorkan oleh Rasulullah saw. Sering diperkatakan dalam masyarakat hari ini, salah-menyalahkan antara satu sama lain. Lelaki dan perempuan saling menyalahkan dan menegakkan pendirian masing-masing.

3 comments:

JiLLTok said...
This comment has been removed by the author.
JiLLTok said...

So far jill setuju le ngan pendapat farrah. Ramai lagi yg x paham konsep berpoligami esp. sang suami (yang berhasrat nak menambah cawangan). Kebtulan tajuk tesis f sama ngan skripsi j dulu...kalo dulu wat skripsi, la ni dah tgk sndri realiti...KEBANYAKANNYA Sang Suami ni ngade2 je f. Alasan nak kawen lain- Istri x pndai mjahit, x pandai layan..eleh, dulu mase kawin xde lak cakap mcm tu. J cadangkan f pi Mhkamh Tinggi Syariah- tgk kes permohonan Poligami. Mcm2 alasan karut kita bleh dgr...cume berbahagialah sang suami yang istri izinkan (agknya dah x kuasa).
Mmg hak berkawen lebih dari 1 ni Allah anugerahkan pada kaum Adam, tapi kena ingat...bukan kebebasan mutlak sbb menuntut syarat yang berat. + Belum tentu bleh pikul dgn baik. Org pempuan pun, Allah dah beri naluri cemburu tu lebih sket + emosi..jarang2 yang hatinya bersih & tulus nak bermadu. Respect kat istri2 pokcik yg duk tganu(yg.kuar biter tu), istri benarkan kawin kali ke 4, sebumbung + siap pinangkan calon ke 4 lagi...pepun f, sejarah dah membuktikan.
Sebelum kawin dulu Jill sendiri penah tanya mad - "nak ke kawin lain?" Mad jawab - "bleh je, kalo jill bagi"..<--tgk ni f. Geram aku!

Farrah UNIMEL said...

terima kasih jill atas perhatian jill pada tulisan farrah. farrah dah lupa tajuk skripsi jill. boleh pinjam tak? yang nak farrah kaji adalah apa yang berlaku dalam realiti dalam masyarakat. meninjau sejauh mana lelaki pada hari ini benar-2 ingin mencari redha Allah dalam perkahwinan yang 2,3,4 atau nafsu semata2...sekiranya ditinjau, untuk setakat ni ramai lelaki yang tidak faham konsep adil dan pemahaman agama. justeru mereka banyak yang tidak dapat menunaikan dan menjalankan tanggungjawab dengan sebaik mungkin seperti yang dilakukan oleh lelaki yang hanya monogami. farrah mengalu-alukan cadangan dan kritikan jill untuk mantapkan lagi kajian farrah. untuk pengetahuan jill, kajian farrah ini hanyalah sebahagian dari kajian yang sedang dijalankan oleh badan NGO di malaysia sekarang.

Cara Mudah Tulis Pengenalan dan Permasalahan Kajian

Kenapa saya menulis tentang cara melakar Latar Belakang Kajian? Kebanyakan buku menjelaskan secara ringkas dan umum. Ada juga yang detail , ...