Tuesday, 7 October 2008
Kemahiran keibubapaan
Aku menulis sewaktu di kampung hari tu. maklumlah di rumah takde internet. dah balik ukm baru berkesempatan buka blog yang dah lama terbengkalai. Artikel ini aku ringkaskan dari buku yang ku jelaskan di bawah:
Malam ni (23 sept 2008 – 1.00 am)aku baca buku bertajuk ‘Keluarga Islam, Kemahiran Keibubapaan dan Cabaran Semasa’ terbitan IKIM. Sebenarnya aku ingin mencari bahan untuk kutulis dalam proposal yang penyeliaku minta ubah supaya beralih ke kekeluargaan dan keibubapan walaupun masih berkisar pada tajuk pokok yang asal iaitu poligami. apa yang boleh ku masukkan dalam proposal hanya beberapa isi yang penulis-penulis tersebut kutip dari buku-buku lain yang berkait dengan tajuk ‘keluarga, keibubapaan dan cabaran semasa’. Apa yang menarik adalah semuanya berkenaan dengan peranan ibu dan bapa, selain itu bagaimana mendidik anak-anak. Bila menyebut tentang anak-anak, aku teringat ina dan jill yang sekarang tengah sarat mengandung. Dan sehingga saat ini aku masih belum berpeluang untuk menemui mereka dan menyaksikan sendiri keadaan mereka yang sedang menanti gelaran ‘ibu’ tidak lama lagi. Mana taknya, dulu main sama-sama (masa belajar kat UIN SUSKA Riau 2004 – 2006). Dulu gelak ketawa dan berkongsi setiap kesedihan, masak sama-sama (berhimpit-himpit kat dapur, maklumlah dapur rumah sewa ibu Tando tu tidak besar sangat macam kat kampung kita), merayap ke Matahari, Loket, Mall SKA, kadang-kadang ke Ramayana, destinasi yang tak pernah lupa adalah kedai-kedai buku yang berderet di ... alamak lupa dah nama tempat tu. ala tempat tu lebih kurang dengan Loket. alah sesiapa yang pernah tinggal di sukajadi riau pekanbaru pasti tahu nama tempat tu. Macam-macam cerita yang pernah kami kongsi dalam pengalaman lepas yang tersimpan rapi dalam kotak kenanganku! Buat ina dan jill, jangan lupa kutip ilmu-ilmu berkaitan dengan bagaimana untuk mendidik dan cari kemahiran komunikasi agar perkembangan mental anak-anak sihat agar kelak dapat membezakan yang haq dan batil.
Antaranya, factor yang mempengaruhi potensi kanak-kanak:
1) keturunan dan persekitaran semasa mengandung (kena amalkan pemakanan seimbang terutama semasa hamil sebab kesihatan janin bergantung sepenuhnya pada pemakanan ibu. Tambahan pula, kesihatan anak-anak bermula dari dalam kandungan. Kena jaga kesihatan, jangan lupa senaman. Kalau abaikan, kesihatn ibu akan terjejas dan sekaligus bayi dalam kandungan. Ibu juga mesti berusaha mengurangkan tekanan (stress) kerana akan memberi kesan kepada kandungan apabila lahir kelak.)
2) Pengalaman (ibu digalakkan membuat sebanyak mungkin pendedahan deria – rasa, bau, sentuh dan lihat kepada anak-anak. Pastikan pendedahan itu selamat kerana rasa selamat yang anak-anak rasai akan meningkatkan keyakinan si anak. Dalam masa yang sama, ibubapa juga perlu tegas terhadap kelakuan yang salah seawall yang mungkin supaya mereka tidak mengulanginya lagi. Berikan alas an mengapa perilaku itu tidak boleh diterima agar anak-anak tidak keliru dan mereka merasa larangan itu dibuat atas dasar kasih sayang, bukan paksaan. Jangan lupa sentuh dan belay mereka selalu. Saidatina Aisyah ra menyebut, seorang yang bernama Aqra’ melihat Rasulullah saw mencium Al-hassam bin Ali ra, lalu Aqra’ berkata, ya Rasulullah, aku mempunyai sepuluh orang anak, tetapi aku belum pernah mencium seorang pun dari mereka.” lalu Rasulullah melihat kepada Aqra’ dan berkata, “sesiapa yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi”(HR Bukhari dan Muslim).
Anak kecil akan menerima apa sahaja melalui deria lihat, dengar, sentuh, bau, citarasa serta respon-respon dalam bentuk gerak-geri, pertuturan dan manipulasi akan menjadi satu pattern dalam otak anak. Hal ini akan membentuk perwatakan dan keperibadiannya. Lebih awal seorang anak belajar maka lebih kekallah pattern itu dalam ingatan. Ini adalah kerana otak berfungsi seperti ‘sponge’ dan boleh menyerap apa sahaja.
Otak anak-anak sudah mula bergerak sejak tiga bulan dalam kandungan. Ini adalah kerana sel-sel neuron sudah terbentuk. Apabila jumlah sel mencapai kematangan, 25% daripadanya boleh digunakan sewaktu bayi dilahirkan, 50% sewaktu anak berumur 6 bulan, 85% ketika berusia 3 tahun dan 95% ketika 6 tahun. Sekiranya maklumat yang masuk ke dalam otak diulang beberapa kali dengan cara yang berlainan dan anak diberi peluang menggunakan maklumat itu maka rangkaian-rangkaian yang wujud akan menjadi kuat dan kekal.
Wujudkan emosi positif pada anak-anak, iaitu rasa TENTERAM, SELAMAT DAN RASA DISAYANGI. Ini adalah kerana jika kesedihan wujud, anak akan cepat sembuh. Rasa ini akan menimbulkan rasa kagum pada persekitarannya dan akan sentiasa meneroka ilmu baru secara berterusan. Kanak-kanak ini akan lebih senang bertaqwa kepada Allah.
Jauhkan mereka dari merasa tidak tenteram, tidak selamat dan rasa tidak disayangi kerana ia akan menyebabkan anak merasa selalu sedih, takut, tidak ada keyakinan diri, rasa tersisih, sering mencari perhatian dan terus merajuk. Dia akan tidak kagum dengan persekitarannya. Seterusnya akan memberikan rasa stress (tekanan) pada mereka. kalau tidak dikawal akan membawa distress (penderitaan). Kalau masih tidak dikawal akan menjadi depressed (kemurungan) dan akhirnya deceased (kematian). Masalah emosi ini boleh dikesan di peringkat awal. Anak akan menunjukkan tanda-tanda seperti sering diam, tidak bercakap, hiperaktif dan tidak boleh memberi tumpuan, suka mengusik dan mengacau orang lain. Justeru mereka akan mencari matriks yang lain. Matrik berupa tempat, benda atau orang yang boleh memberinya rasa tenteram, selamat dan disayangi. Antara bentuk-bentuknya adalah dadah, mencuri, menyamun atau apa sahaja yang memberi kepuasan dan membolehkan anak mendapat perhatian, selamat dan tenteram. Pemakanan yang tidak tepat juga akan menyumbang dan meningkatkan keadaan stress. Malah boleh merencatkan pembangunan otak.
Anak sepatutnya diajarkan ilmu dan mendapat pendidikan seawall mungkin iaitu dari dalam rahim dan selewat-lewatnya sebelum umur satu tahun. Kata Dr. Glenn Doman, “bagi setiap hari kita menunggu (atau menangguh pembelajran) kita telah hilang satu hari untuk anak menjadi cemerlang.”
Dua tahun pertama selepas kelahiran merupakan masa yang paling dramatic dalam perkembangan sel otak. Lakukan seisi pengajaran-pembelajaran pada waktu mereka keadaan segar, aktif dan seronok dan jangan lakukan pada waktu mereka sedang keletihan. Ini akan memberikan kesan pada anak menjadi benci pada aktiviti pengajaran-pembelajaran tersebut. Seisi itu mestilah kerap tetapi pendek. Rangsangan dan saiz otak akan lebih kecil pada anak yang kurang disentuh dan kurang bermain lebih kurang 20%-30%.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Cara Mudah Tulis Pengenalan dan Permasalahan Kajian
Kenapa saya menulis tentang cara melakar Latar Belakang Kajian? Kebanyakan buku menjelaskan secara ringkas dan umum. Ada juga yang detail , ...
-
Benarkah POLIGAMI menyakitkan? Slide 3 l Pada tahun 2000 kajian telah dilakukan di Pulau Pinang, Perlis dan Kedah yang mendapati ...
-
Bermastautin di Melaka khususnya di Kuala Sungai Baru bukanlah suatu perkara yang mustahil. Kawasan pedalaman ini sudah jauh beza pada keti...
-
Mata pelajaran yang sangat menarik untuk dikongsi bersama-sama dengan semua oran g dan suatu hal yang menjadi sangat praktikal dan efektif b...
2 comments:
Tq f...Mudah2an dapat anak yg bijak & soleh. Name tempat tu Kodim la. Kena naik oplet biru. Bila lagi kita nak pegi Pekanbaru?? Jill ngidam nak makan lele goreng + pecal kat loket + miso + tahu sumbat nihh..mmm.. :)
(p/s: Ingat x tragedi Mee C*c*ing...bertuah punya abg naza!!)
Otak anak kecil ibarat sponge. Menyerap apa sahaja yang kita tunjukkan dan salurkan. Mudah2an kita dapat menjadi ibu bapa terbaik :)
Terima kasih atas perkongsian
Post a Comment