Tuesday, 7 October 2008

perkahwinan menyempurnakan setengah dari agama

tulisan ni pun aku tulis masa kat kampung, masa cuti raya hari tu.

hari ini aku baca buku ‘perkahwinan dan keluarga’ terbitan UPM untuk ku menambahkan apa-apa yang patut dalam tesisku yang masih dalam kesamaran. Maklumlah dulu aku ambil kos pengajian islam (usuluddin –perbandingan agama) sekarang aku sedang dalam bidang sains social (sosiologi & antropologi) jadi cara pemikiranku juga harus berubah. Ibarat kalau dulu ke kanan sekarang harus ke kiri. Sesuatu yang sangat berbeza. Sama pengertiannya perkahwinan dan keluarga. Kalau Islam mengatakan perkahwinan dan keluarga itu menurut al-quran dan hadis juga pandangan-pandangan ulama ada maksud yang tersendiri. Sama macam Negara barat ada pandangannya tersendiri. Undang-undang juga ada pendiriannya tersendiri tentang hal tersebut. Tapi setelah aku baca beberapa bait ayat dan pengertian menurut pelbagai perspektif, aku jadi teringat pada sebuah novel yang pernah ku baca suatu ketika dulu. Kalau tak salah masa semester satu aku di UKM. Tajuknya, seindah nama setulus setia penulisnya aku kurang pasti namanya, kalau tak salah siti hasniza ke hasmiza.. ala lupa lah. minta maaf pada penulis novel tu. Dalam buku tersebut menceritakan tentang perkahwinan dalam islam. Sebenarnya aku tidak berminat untuk membaca mana-mana novel selain dari novel yang berunsurkan keagamaan (novel islamik) sebab biasanya novel-novel yang ada di pasaran banyak cerita tentang cinta dan ‘couple’ yang jelas dilarang dalam Islam. Tidak kurang pelajar pengajian islam yang sangat berminat meniti kehidupan fantasi dalam bahan bacaan tersebut. Pernah suatu ketika aku memberikan hadiah novel tersebut pada seorang teman. Dia juga berpendapat sangat menarik penceritaan tentang perkahwinan yang dianjurkan dalam islam. Yang jelas tidak ada ‘couple-couple’!
aku berfikir sejenak di saat aku cuba memahami apa yang dikatakan tentang perkahwinan yang merupakan ikatan dalam institusi social sebelum membentuk keluarga yang merupakan asas dalam pembentukan struktur masyarakat. Kalau maksud perkahwinan dan keluarga ini dibaca oleh para ahli sosiologi dan antropologi pasti marah, kerana dalam erti kata yang sebenar adalah lebih luas dan spesifik. Tapi apa yang ingin aku katakan adalah erti perkahwinan menurutku sendiri. Apabila ku Tanya teman-teman, kenapa nak kahwin, dan jawabannya adalah untuk berkongsi hidup, emosi dan memenuhi fitrah manusia. Ada pula yang menganggap, perkahwinan itu sangat mudah, semudah akadnya. Ada juga yang mengatakan perkahwinan itu sebuah permulaan masalah yang lebih besar. Macam-macam persepsi teman-teman. Tapi aku punya pendapat sendiri. Perkahwinan adalah untuk sempurnakan setengah dari agama. Untuk menuju ke gerbang perkahwinan bermula dengan pencarian jodoh. Apabila bercerita tentang lelaki idaman, masing-masing ada pendapat masing-masing. Ada yang nak orangnya tinggi, nak yang ‘mix’ lah macam drummer kumpulan estranged, ada yang nak macam mawi, ada yang nak macam ustaz (bila hantar mesej, ada sahaja ayat-ayat yang mengingatkan pada Allah) dan macam-macamlah. Bagi aku, untuk menemui lelaki yang berkualiti sangat susah pada zaman sekarang yang penuh dengan pelbagai fitnah ini.sama juga dengan perempuan. Tetapi bagaimana untuk mendapat yang baik, kita sendiri yang harus menjadi baik terlebih dahulu. Tiba-tiba teringat pula cerita perempuan yang diibarat seperti sebiji epal. Jangan jadi seperti epal yang berada di dahan yang bawah yang mudah dipetik dan janganlah jatuhkan ke tanah kelak akan membusuk di situ. Jadilah sepeti sebiji epal yang berada dipuncak yang susah digapai dan dipetik orang. Janganlah merasa susah hati apabila tidak ada yang mahu, tetapi buah yang baik pasti tuannya saying dan akan dijual dengan harga yang mahal. Begitu juga perempuan, jangan mudah memberi cinta, jadilah perempuan yang mahal, kerana yang mahal adalah yang baik dan yang baik akan dapat baik. Aku teringat dalam TV9 pernah ditayangkan drama seorang perempuan ingin mendapatkan jodoh sedangkan umurnya sudah semakin meningkat. Ibu dan ayahnya juga sudah khuatir akan jodoh anak perempuannya masih belum kunjung tiba. Akhirnya perempuan tadi berjumpa dengan ustaz agar diberi petua diringankan jodoh. Dalam pesanan tersebut ada 3 perkara yang harus diamalkan iaitu: solat malam (tahajjud), puasa sunat (isnin dan khamis) dan sedeqah. Dengan amalan tersebut, dengan takdir Allah, dia ditemukan dengan lelaki yang juga memberi sumbangan (sedeqah) pada masjid yang sama. Ditemukan atas pertemuan yang baik! teringat pula pada ustaz rapihi sewaktu program bakal pemimpin di pengkalan balak, melaka pada awal semester ini, dia juga ada memberikan tips bagi dipermudahkan mendapat jodoh iaitu jangan melambat-lambatkan solat, solatlah di awal waktu. Sesiapa yang mempercepatkan dan mendahulukan urusan Allah pasti Allah mempercepatkan dan mendahulukan urusannya! Subhanallah, begitu pemurahnya Allah dan sayangNya pada hamba yang mentaatiNya!



Rasulullah sendiri pun menyuruh umatnya agar memilih pasangannya sebaik boleh, bukan main cekup. Dalam sebuah hadis riwayat an-Nasaie dan lain-lainnya dinyatakan, perempuan yang terbaik ialah perempuan yang apabila kamu lihat, menyenangkan, apabila kau perintah dia mematuhinya, apabila dipertaruh janji, diterimanya dengan baik dan apabila engkau tiada, dirinya dan hartanya dijaganya dengan baik.

No comments:

Cara Mudah Tulis Pengenalan dan Permasalahan Kajian

Kenapa saya menulis tentang cara melakar Latar Belakang Kajian? Kebanyakan buku menjelaskan secara ringkas dan umum. Ada juga yang detail , ...