Monday, 10 August 2009

BERKONGSI PENGALAMAN SEBAGAI ISTERI YANG DIMADU

Akhirnya, Kelab Poligami ini ku temui juga siapakah mereka. Sehari sebelum Pn Khatijah Aam muncul di kaca televisyen dalam rancangan Wanita Hari Ini di TV3, ada seorang kakak dari kumpulan Global Ikhwan yang merupakan isteri pertama dan mempunyai seorang madu, menghantar pesanan ringkas (sms) melalui telefon bimbitku, "ada dengar tak tentang kelab poligami? Esok ada di WHI." Wah! alhamdulillah..agak terkejut dengan berita tersebut, namun teruja!!

Semoga kajianku lebih menjadi mudah. Bagi ahli Kelab Poligami yang ingin berkongsi pengalaman denganku bagi membantuku menyiapkan tesis berkenaan dengan isteri berpoligami dari kumpulan GISB sila hubungiku. Pertolongan dan kesudian kalian sangatlah saya hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih yang tidak terhingga.

Utusan Malaysia (Membantu Keluarga Poligami)

Utusan Malaysia (Perlu disokong bukan dimusuhi)

2 comments:

Anonymous said...

salam. boleh sy tahu ukhti buat tesis ma atau phd, tajuk sebenarnya apa ya. tk.

Farrah UNIMEL said...

sedang menjalankan penyelidikan untuk menyiapkan sarjana falsafah. kalau boleh tajuk yang sama ingin dipanjangkan supaya menjadi kajian untuk doktor falsafah.insya Allah...

Cara Mudah Tulis Pengenalan dan Permasalahan Kajian

Kenapa saya menulis tentang cara melakar Latar Belakang Kajian? Kebanyakan buku menjelaskan secara ringkas dan umum. Ada juga yang detail , ...