
Kawan baik pasti berkekalan. itulah ’point’dari cerita yang ditayangkan tadi. Cerita itu diselangi dengan lagu-lagu yang dinyanyikan oleh dua orang gadis cantik (barbie) yang merupakan berkawan baik


Akhirnya dengan magik dari dewi muzik mereka mendapat kembali rumah mereka yang dihiasi dengan bunga-bungaan berwarna-warni yang memenuhi ruang
sekitar halaman rumah


Apa yang ingin kukongsi disini ialah setiap ciptaan Allah itu berpasang-pasangan seperti yang termaktub dalam al-Quran, “Mahasuci Tuhan yang telah menciptakan pasangan-pasangan semuanya, baik dari apa yang ditumbuhkan oleh bumi dan dari diri mereka maupun dari apa-apa yang tidak mereka ketahui (QS. 36:36)”.
Sungguh indah, sudahlah cantik

Indahnya hidup ini kalau semua orang begitu. Sekarang sangat susah untuk menemui orang-orang yang sedemikian. Cantik atau tampan dan baik hati. ’Baik’ itu cuba kita lihat dari skop yang luas. Baik hubungannya dengan Tuhan, manusia dan seluruh alam ini (binatang, tumbuhan dan seumpanya: hablumminAllah, hablumminannas wa hablumminalardh).
”Akan ditimpa kehinaan ke atas mereka itu di mana saja mereka berada melainkan yang menghubungkan diri dengan ALLAH dan menghubungkan diri dengan sesama manusia.” (Ali Imran: 112) sambil membaca artikel di internet ni, tercuit ideaku, andainya ada orang yang tidak tahu menjaga hubungan dengan manusia, bermaksud ibadahnya tidak membuahkan akhlak. Adakah ibadahnya kurang sempurna, adakah ibadahnya belum benar-benar ikhlas, adakah solatnya kurang khusyuk, adakah....? marilah kita sama-sama bermuhasabah dan menghisab setiap tingkahlaku kita untuk setiap saat yang berlalu agar kita sentiasa memperbaiki diri. Ibarat mutiara yang sentiasa digilap. Moga hati kita pun menjadi semakin hari semakin bersih demi meniti dan menjejak Firdausi.
Hablun atau tali ini boleh dilihat dalam surah ali Imran: 103 dan ayat 112. Tali dgn Allah bermaksud apa yg mengikat manusia dgn Allah. Tali dgn manusia pula ialah apa yg mengikat manusia sesama manusia. Yang mengikat manusia dgn Tuhan sudah tentulah aqeedah, iman dan ibadah atau agama atau alQur'an itu sendiri; manakala yg mengikat manusia sesama manusia sudah tentu mu'amalat, munakahat, jinayat, siasah dan hubungan antara agama dan antarabangsa. Bila manusia tidak beriman, tidak solat, tidak berpuasa, maka putuslah hubungan mereka dgn tali Allah dan bila mereka bermusuhan, mencuri, merompak, pecah amanah, rogol, liwat, melacur, GRO, minum arak, judi, kasino, tiada hudud, rosaknya politik, rasuah, derhaka ibubapa, curang suami isteri, maka putuslah hubungan sesama manusia. Itulah masyarakat Barat yg materialistik, walaupun maju tapi hubungan dgn Pencipta terputus, dan hubungan dikalangan penduduknya tidak aman.
http://www.al-ahkam.net
Sememangnya ciptaan Allah itu cantik. Allah itu Pencipta tentulah sempurna, tetapi kita selaku hamba tentu mempunyai kekurangan tersendiri. Tentu ada yang kurang (lemah). Bila cantik, ada yang mengatakan agak tidak pembersih, luarannya nampak sedap dipandang, tapi biliknya, hancur! Ada pula yang mengatakan, kalau ada ’teman lelaki’ sering dikatakan sering mempermainkan atau curang. Kadang-kadang ada yang langsung tidak pandai pegang pisau pun apabila di dapur. Sejauh mana kebenarannya, penulis tidaklah ketahui. Namun begitu, sepanjang pengamatan penulis pada sekeliling, banyak juga yang sebegitu sehinggakan boleh mengiyakan apa yang diwar-warkan oleh masyarakat.
Alangkah indahnya, kalau perempuan itu cantik dan ’baik’

’Kuakui kelemahan diri, kuinsafi kekurangan ini, kukesali kejahilan ini, terimalah taubatku ini’ (lagu hafiz hamidun feat irsyadee)

Susah untuk dijumpai manusia yang berpakej. Lelaki sendiri pun susah juga ditemui yang berkualiti. Banyak yang kurang atau tidak berkualiti.
Alangkah indah, kalau menemui seseorang yang sentiasa saling ingat-mengingati, ’kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal-soleh dan nasihat-menasihati supaya menetapi kesabaran’ (surah al-asr)

Selalu teringat, Aida selalu cakap tentang karma. ’apa yang kita bagi, tentu mendapat balasannya’. Maksud dia, contohnya, bila kita belanja kawan makan, duit yang dikeluarkan itu tidak lah seberapa jika hendak dibandingkan keikhlasan (balasan Allah pada kita). Macam sedekah. Lain pula karma dalam agama hindu kan? Hidup ini pusingan. Kalau buat baik, kelak baik lah, tetapi sekiranya sebaliknya, kelahiran semula berlaku dengan balasan tertentu mengikut kepercayaan mereka.
Jadi kita harus selalu berbuat baik agar mendapat yang baik. Untuk mendapat pasangan yang baik pun, kita yang harus menjadi baik dulu

Semoga kita baik di dunia dan baik di akhirat. Teringat kisah Rabiatul Adawiyah, ”ya Allah, andai aku beribadah kerana syurgaMu, tempatkanlah aku di nerakaMu”...
kerana Rabiah benar-benar mengharap cinta Allah.. sejauh manakah cinta kita pada Allah berbanding Rabiah? Astaghfirullah...jauhnya.. ampuniku Tuhan...

No comments:
Post a Comment