Tuesday, 13 January 2009

Husna dengan Kisahnya

Semasa dalam program team-building yayasan telekom dan gabungan dengan harmony excellent, aku telah menambah kenalan fasilitatorku, iaitu yasir dan isterinya husna, masing-masing bekas pelajar UIAM. Yasir untuk program itu sebagai ketua fasilitator. Mereka telah bekerja dan sedang menunggu kelahiran anak pertama mereka. Tak semena-mena, petang itu, Komeng, Husna dan aku menjadi penunggu tangga chalet yang betul-betul mengadap Laut Selat Melaka sambil bersembang tentang isu yang sangat menarik bagi orang bujang iaitu KAHWIN. sahabat-sahabat yang lain masing-masing membuat aktiviti sendiri. mungkin ada di dewan, mungkin sedang berehat, mungkin sedang mempersiapkan peralatan untuk aktiviti malam itu dan seumpamanya.
Husna bercerita tentang seorang alim yang ingin mencari calon isterinya. Yang pertama telah dia temui, kelayakan akademiknya mantap tetapi tidak menutup aurat. Kemudian mencari lagi, sudah menutup aurat namun tidak mempunyai kelayakan akademik dan begitulah sepanjang pencarian orang alim tersebut. Tetapi pada suatu hari, pencarian dia telah berhasil kerana menemui seorang perempuan yang menutup aurat dan mempunyai kelulusan akademik yang bagus. Tetapi yang menjadi permasalahannya ialah perempuan tersebut juga mencari seorang lelaki yang sempurna. Orang alim itu sendiri juga belum cukup sempurna pada mata perempuan itu. Justeru kesempurnaan itu payah dijumpai. Ini adalah kerana kita sendiri juga tidak sempurna.
Pada petang itu juga, sewaktu angin-angin sepoi bahasa dari pantai di pinggir port Dickson menghembus ke wajahku, aku bertanya lagi pada husna, apakah tips untuk mempermudahkan pernikahan? Dia mengatakan adalah, niat. Sekiranya ada niat, Allah akan mengabulkan penghijrahan seseorang itu berdasarkan niat. Sama-sama kita renungkan... Apakah kita masih belum ada niat? Apakah niat yang kita pasang sudah benar-benar betul seperti yang dikehendaki oleh syariat? Apakah niat itu kita landaskan kerana Allah? Apakah... dan apakah...?


No comments:

Cara Mudah Tulis Pengenalan dan Permasalahan Kajian

Kenapa saya menulis tentang cara melakar Latar Belakang Kajian? Kebanyakan buku menjelaskan secara ringkas dan umum. Ada juga yang detail , ...