Sunday, 8 February 2009

Pertanyaan Kepada Lelaki dan Perempuan Tentang Poligami


Benarkah POLIGAMI menyakitkan?

Slide 3
lPada tahun 2000 kajian telah dilakukan di Pulau Pinang, Perlis dan Kedah yang mendapati lebih 60 peratus isteri dan anak hidup terseksa dan tidak harmoni selepas suami atau bapa mereka berkahwin lagi.

lPertubuhan Pertolongan Wanita mengatakan banyak aduan yang diterima dari wanita mangsa poligami lazimnya mengalami tekanan kerana suami bertindak ganas.

lKeadaan membolehkan lelaki Islam mengamalkan poligami telah mewujudkan satu situasi dimana lelaki sering menyalahgunakan keistimewaan ini untuk memanipulasi dan menganiaya isteri mereka.

lPoligami memberikan pengaruh pada hubungan kekeluargaan, emosi, kesejahteraan keluarga, pola asuh anak serta hubungan-hubungan antara anggota dalam keluarga.

lAnggota keluarga saling membekalkan keperluan emosi, fizikal dan ekonomi sesama ahlinya. Secara idealnya, keluarga mempunyai ciri keintiman, institusi, kesinambungan dan komitmen antara satu sama lain (Family Service of America).

Slide 8
lKajian bertajuk “Poligami dari perspektif wanita” yang dijalankan pada julai 2005 hingga mei 2006, mendapati kebanyakan wanita dimadukan mengakui mengalami tekanan emosi yang hebat, mengalami kemurungan kronik sehingga tidak mengendahkan urusan rumahtangga khususnya anak selain terpaksa mengambil cuti tanpa gaji untuk menenangkan perasaan.

lKajian yang dijalankan di beberapa daerah di negeri Pahang (Temerloh, Jerantut, Kuantan dan Raub) mendapati pengamalan poligami banyak memberi kesan negatif sama ada dari segi mental dan fizikal kepada wanita apabila menyeleweng dari matlamat poligami yang sebenar.

l
lKajian yang dilakukan oleh Zaleha Muhamat lebih fokus kepada aspek poligami menurut Fiqh Islam. Hasil kajian mendapati lebih 60 peratus isteri dan anak mereka di ketiga-tiga negeri berkenaan didapati hidup terseksa dan tidak harmoni selepas suami/bapa mereka berkahwin lagi, lebih ramai lelaki yang berpendapatan tinggi dan berpoligami mendedahkan rumah tangga dengan isteri pertama kepada keadaan tidak harmoni, suami berpoligami di Pulau Pinang bukan sahaja tidak adil tetapi bertindak ganas terhadap isteri dan kebanyakan mereka ini sebenarnya tidak mampu berpoligami.

Setuju atau tidak, benar atau tidak...
Sila berikan pandangan anda.

7 comments:

akhi_afif said...

menyakitkan jika suami itu tak adil..
sekiranya suami itu pandai berlaku adil,rasanya si isteri2 redha...
bergantung jgk kpd si isteri tu,kalau solehah,dan memahami,pun tidak menyakitkan,malah mungkin mmbahagiakan....

naz ilyn said...

salam kenal...

kita tidak boleh menidakkan hukum Allah... tapi jika suami tidak boleh berlaku adil atau tidak berkemampuan ini akan mengakibatkan orang-orang yang disayangi menderita dan sengsara... adalah lebih baik cukup dengan seorang isteri.

hanya isteri yang lebih tahu samada suaminya layak berpoligami atau tidak.

abuyon said...

Kebenaran biasanya pahit. Jika kajian tersebut dijadikan kayu ukur, menidakkan keindahan poligami yang diajarkan oleh Rasulullah SAW, bahawa poligami itu menyakitkan maka tiadalah manusia atas muka bumi ini sudi untuk memeluk Islam, agama-Nya kerana melihatkan peri pe`elnya umat Islam hari ini.

Farrah UNIMEL said...

terima kasih atas pandangan kalian.
kajian ini adalah sebenarnya memberi gambaran kepada kita yang ramai masih belum mempraktikkan agama dengan baik.bukanlah berniat menjatuhkan sesiapa.saya sendiri pun belumlah muslimah yang baik,tapi kita cuba jadi yg baik,setiap hari bertambah baik.hanya dengan ilmu dapat memberi kesan yg baik kepada keluarga poligami terutama nakhoda keluarga iaitu lelaki bergelar suami dan bapa.disebabkan lelaki mempunyai ciri2 kepimpinan, Allah memberikan tanggungjawab yang memang perempuan tidak dapat memikulnya.namun biarlah bapa sentiasa dekat dg Allah agar keluarganya menjadi usrati jannati. saya seorang kawan, yg ayahnya mempunyai 3 orang isteri yang masing2 diberikan seorang satu rumah kediaman walaupun masing2 berjiran.namun hubungan mereka baik.anak2 juga baik.malah isteri2nya diberikan seorang satu kedai yg bisa dijadikan modal perniagaan.apakah amalan ayahnya sehingga isteri2nya menjadi baik sedemikian rupa?Bomoh? ayahnya menjaga hubungan dengan Allah.amalan solat malamnya tidak pernah tinggal,bacaan mathurat menjadi rutin (walau bermusafir,buku kecil mathurat tetap dipoket kemejanya)..indahnya kalau semuanya kerana ALlah..

Amiratun Nadhirah said...

salam,

bagi saya kajian2 diatas dan keputusan2 yang telah diperolehi semuanya adalah disebabkan ceteknya ilmu pengetahuan agama.hati,nafsu dan perasaan baik suami atau si isteri didahulukan melebihi agama(al-quran dan asunnah) sekiranya setiap pasangan yang ingin berpoligami atau sudah berpoligami atau tidak berpoligami sekalipun sekiranya tidak mengutamakn hati dan perasaan melibihi agama nescaya tidak berlakulah stress sehingga tak boleh pergi kerja dsbnya...

apapun its all in ure mind...u can turn a sour lemon to a sweet lemon...

boleh hidup bahagia dengan poligami sekiranya faham al-quran dan asunnah dan tiak mengikut hati dan perasaan...

wallahua'lam

nadzuha_ok jerr said...

sebenarnya poligami tu indah...

tapi pandangan masyarakat yang majoriti memandang jijik pada poligami tu yang buatkan mrk yang berpoligami ini tertekan. kekadang suami dan madu2nya ni ok ja tapi org sekeliling tu yg tk ok. terutama keluarga... n jiran2 mana tahan. isteri pula... (perempuan kan) selalu gagal mengawal emosi. tu masalahnya... suami perlu memainkan peranan lebih untuk ini. penting disamping adil...

so... mrk yg berpoligami perlu keraskan hati, bersedia menghadapi dugaan. pedulikan kata org asal rmhtgga korang bahagia. kn?Kn?Kn?

ingat redha dan rahmat Allah ada pada niat yg baik dan ikhlas... InsyaAllah....

ambil contoh poligami yg berjaya.
optimis k.

Unknown said...

REDA POLIGAMI TENTU HEKMAH DIRASAI

Salam...

Bagi saya kalau semua kaum perempuan semua sayang pada suami dan sentiasa reda dengan suami, membahagiakan suami itu akan dapat kita nekmati dan menafat sepenuhnya di dunia dan akhirat. Disamping kita semasa kaum wanita reda dengan kaum kita ke jalan yang benar. Saya membenarkan suami saya untuk kawin lagi tetapi beliau belum bersedia. Saya berbuat demikian kerana suami saya baik dan sayang dengan saya dan saya percaya dia bisa berlaku adil. Setentunya perkara kecil dapat difikirkan bersama sama, menjaga rumahtangga sama sama, menjaga anak sama sama, melayani suami bergilir-gilir, disamping madu kita menjadi sahabat. Suami saya setuju untuk kawin lagi tetapi mahu saya mencarikan untuk nya kerana dia mengaku nafsu beliau sangat kuat. Darpada dia menahan rasa kerna lumrah nafsu lelaki lebih baik saya menghadiahkan dia dengan kebahagian yang akan membuat rumah tangga aman dan insyAllah ianya menjadi taman syurga di dunai dan seterusnya di akhirat. Saya masih mencari seorang wanita muda yang kuat agama serta akhlak dan reda untuk menjadi saya sebagai kakak dan berjanji hidup aman dan sentiasa bersyukur dengan apa yang ada pada suami. Harapan juga dapat sama sama memperkuatkan ketakwaan dan kebahagian keluarga untuk dunia dan akhirat.....jika ada wanita yang sedia menjadi isteri kepada suami saya, sila hubungi saya...
nurshamkha@gmail.com....nurshamkha@yahoo.com.....pertemuan dapat dibuat untuk mengenali lebih dekat suami saya.....

Wassalam

Cara Mudah Tulis Pengenalan dan Permasalahan Kajian

Kenapa saya menulis tentang cara melakar Latar Belakang Kajian? Kebanyakan buku menjelaskan secara ringkas dan umum. Ada juga yang detail , ...