Sekadar perkongsian kepada yang masih tertanya-tanya apa itu Problem Statement dalam penulisan tesis. Terima kasih yang tidak terhingga kepada Dr Hasnah, Dr Azam dan raka-rakan yang sentiasa bersedia dalam perkongsian ilmu walau dimana berada dan pada waktu bila-bila masa sahaja yang merspon setiap kali persoalan muncul. Hanya Allah sahaja boleh membalasnya. Ameen.🌹🌹
💻Petikan dari Group Whatsapp PhD. 3.0 Coaching yang diterajui oleh Dr Hasnah (Pensyarah, IPG Kampus Raja Melewar) dan Dr Azam (Pensyarah Kanan, UiTM Rembau).
✅Wsalam....nothing easy utk PhD.
Problem boleh datang dari masalah harian yang kita alami,perhati, dengar dari org lain.....tapi kita kena pastikan apa yang kita alami, perhatikan, dengar tu adalah problem dan bukanya symptom (petanda) kepada masalah. Macam contoh yg saya pernah beri - Anak kita lemah Matematik (kita anggap itu masalah) maka kita hantar pergi tuition (solution) sedangkan lemah Matematik tu cuma symptom kepada MASALAH SEBENAR. Bila kita hantar tuition Matematik masih tidak selesai masalah lemah Matematik. Kenapa? Sebab masalah sebenar anak kita ialah mungkin "guru, tumpuan, minat, dll"
No comments:
Post a Comment