Tuesday, 18 May 2010

Poligami Glamour di Malaysia

Berita tentang poligami tidak pernah habis. Dari orang awam hinggalah orang politik yang segani rakyat. Ada yang berpoligami secara sihat malah ada juga yang sebaliknya. Kisah lelaki berpoligami di Malaysia yang sering menjadi paparan di dada akhbar adalah seperti:-

1) Ayah Siti Sarah, Raisudin Hamzah = poligami tidak sihat sebab berkahwin dengan perempuan yang muda (tidak salah) tetapi tanpa pengetahuan isteri pertama dan berkahwin secara tidak sah di Selatan Thai.

2) Bung Mokhtar, ahli politik yang berkahwin dengan artis Malaysia, Zizie Ezzette = poligami tidak sihat sebab berkahwin tanpa kebenaran mahkamah malah adik2 zizie yang menjadi saksi dituduh bersubahat.

3) Salih Yaakob = poligami sihat sebab menurut saya, berdasarkan apa yang diberitahu pada khalayak dalam salah satu rancangan di tv, dia sentiasa mendekatkan diri dengan Allah malah antara isteri-isteri juga hubungan baik.

Banyak contoh lelaki yang mempraktikkan poligami secara tidak sihat. Hanya segelintir yang berpoligami secara sihat. Ini menunjukkan ramai lagi yang tidak faham dengan konsep poligami yang sebenar.

Kepada lelaki yang berpoligami, yang ingin berpoligami dan yang sewaktu dengannya, pelajarilah hal-hal kekeluargaan juga hukum-hakam agar tidak merosakkan institusi kekeluargaan Islam khususnya di Malaysia.



Kes Bung Mokhtar, dalam akhbar hari ini mengatakan pihak NGO wanita mendesak Bung dihadapan mahkamah syariah supaya meletakkan jawatan.

Menurut saya, kes-kes poligami yang tidak sihat seharusnya diambil tindakan (cadangan pihak kerajaan/Undang-undang Keluarga Islam menggubal peraturan supaya lelaki tidak hanya berkahwin kerana nafsu semata-mata). Bukan menghalang/menidakkan hukum Allah, tetapi peringatan kepada lelaki yang tidak bertanggungjawab.

2 comments:

kamil ikhwan said...

berdasar pada ulasan saudari mengenai poligami yg tidak sihat itu..adekah ia bersandar kpd syariat atau hnya smata2 bersandar kpd dri saudari yg mengharap smata2 penglihatan zahir masyarakat..ttpi bkn mengharap balasan selagi ia sah disisi Allah..soalah-olah lelaki msih lagi terkongkong oleh gimik yg mne rmai lelaki dikatakn tidak bertangjwb...adekah sptutnya utk melaksanakn poligami yg sihat ini perlu mendpt redho si isteri..knape tidak redho Allah swt..bkn kah keredhoi Allah itu terletak kpd keredhoi si suami trhdp si isteri...sgguh ksihan kpd si isteri yg kurgnye iman mlah myebbkn si suami trut terperangkap dgn telunjuk si isteri,myebabkn berlakunya kes2 pelacuran,buang anak,janda2 yg tidak mendapat pembelaan...si isteri mlah mlihat shj di kaca2 tv,tnpa mmikir kn jika suaminya berkepimpinan utk membela masyarakat alangkah besarnya pahala disisi Allah,dan si isteri yg tawadduk dpt mendekatkn dirinya kpd Allah smasa ketiadaan si suami yg tercinta......

Farrah UNIMEL said...

Untuk mengetahui pendapat saya tentang poligami, sila rujuk kepada semua penulisan saya di blog ini dan anda akan dapat mengetahuinya. Terima kasih atas kunjungan dan membaca di blog ini.

Cara Mudah Tulis Pengenalan dan Permasalahan Kajian

Kenapa saya menulis tentang cara melakar Latar Belakang Kajian? Kebanyakan buku menjelaskan secara ringkas dan umum. Ada juga yang detail , ...