Beijing Language and Culture University, China
Beijing ibarat nadi Negara China kerana banyak tempat bersejarah di sana. Kami bertiga dikehendaki ke Beijing seminggu (8 hari 7 malam) atas urusan penyelidikan universiti. Pengalaman seminggu di sana sangat terkesan di hati dan menyedari bahawa walaupun orang Malaysia kadang-kadang sudah hilang adab, hilang ketelusan dan kejujuran, suka buang sampah merata-rata (bak kata orang tidak seperti orang Singapura atau Brunei, pembersih. Kata orang-orang lah, kerana saya sendiri belum pernah ke sana), walau bagaimanapun, sungguh teruk (tidak tahu harus diletakkan perkataan yang sesuai di sini, mungkin itu yang terbaik) orang-orang di sana terutama respon terhadap orang asing seperti kami yang bertudung selaku perempuan Islam (mungkin tiada kena-mengena, tetapi kami berfikir sedemikian). Menghalau, menghina, berbisik-bisik, yang berlari boleh berhenti melihat kami yang berpusing-pusing mencari hotel penginapan, seolah-olah kami makhluk asing yang sampai ke sana. Memang jarang nampak orang luar (foreigner) di sana apatah lagi di tempat-tempat yang sangat-sangat jarang dimasuki/dilawati oleh orang asing. Sudahlah mereka agak pengotor, meludah dan membuang air kecil di merata tempat yang apabila perlu dikeluarkan, dibuang sahaja termasuklah pengalaman dihadapan saya sendiri, ada seorang lelaki membuang air kecil di dalam bas yang berhawa dingin. Bayangkan baunya!
Walau apapun pengalaman seminggu tanpa bantuan sesiapa, tanpa memahami bahasa mandarin, hanya berbekalkan peta dan kamus bahasa Mandarin, kami explore sendiri. Dan kami semua perempuan. Pengalaman tersebut sangat membuka mata kami tentang negara China yang indah khabar dari rupa. Barang-barang juga mahal, apatah lagi sutera dan mutiara serta barangan elektronik. Tiada yang murah. Malah orang asing dengan mudah ditipu oleh mereka. Seperti kami yang pada waktu itu membeli 2 hingga 3 biji sahaja buah pic dan sebiji epal, harganya lebih kurang RM35.00 sungguh melampau! Buah limau mandarin, di pasar kita di Malaysia kalau musim Raya Cina tidak sampai RM10.00 sekotak, tetapi di sana hanya 4 hingga 5 biji hampir RM25.00! Hanya penjual buah di kaki lima.
Nasib kami baik, di saat kami terkontang-kanting mencari hotel ada seorang lelaki Cina beragama Islam yang merupakan peniaga restoran berhampiran Railway Station Tianjin, yang membantu kami mencari hotel yang agak murah. Di situasi sedemikian masih ada insan yang mulia, dan dia adalah beragama Islam!
Di Beijing, yang melayan kami dengan baik adalah pihak pengurusan di tempat kami menginap.

Malah boleh bercakap dalam bahasa Inggeris dengan baik memudahkan perjalanan kami berdasarkan tentatif kami selama 3 hingga 4 hari. Rakyat China kebanyakan tidak tahu berbahasa Inggeris hanya segelintir sahaja yang boleh berkomunikasi dalam bahasa Inggeris malah Costumer Service di Lapangan Terbang, Railway Station/Train, di mana-mana sahaja tempat yang dirasakan perlu tahu sedikit bahasa Inggeris sebagai penunjuk arah walau sedikit, sangat mengecewakan para pelancong asing. Malah saya yang tidak fasih pun, dikira sangat fasih berbahasa Inggeris di sana hanya sekadar untuk bertanya, rasanya saya tiada masalah walaupun di Malaysia saya sangat malu dengan bahasa Inggeris saya yang bunyi melayu!
Pengalaman di Beijing sangat berharga untuk saya. Bak kata kawan saya berbangsa Cina di Malaysia, China ibarat buah yang cantik di luar, tetapi di dalam......huh! Justeru dia memilih Jepun untuk menyiapkan kajiannya.