Hari raya adalah hari kemenangan bagi mereka yang berpuasa. Namun kini, kebanyakan dari kita dalam kalangan masyarakat Islam di Malaysia, merayakannya tidak ubah seperti suatu pertandingan. Baik dari segi pakaian mahupun kelengkapan rumah dan sebagainya.
Dalam Islam, hari raya wajar disambut dengan berpakaian baharu. Pakaian yang dipilih kini juga sudah tidak menepati ciri-ciri dan kriteria syariat. Fesyen sudah berlebihan dan boleh juga melampaui batas. Selain itu, pakaian tersebut seolah-olah ingin dikatakan kepada orang lain bahawa paling cantik, paling menggiurkan, paling 'tip-top', paling 'up to date', paling mahal dan sebagainya. Apatah lagi pakaian yang dipakai di hari mulia, dipaparkan di media sosial bagi tatapan rakan taulan. Paling menyedihkan apabila ada dalam kalangan rakan kita yang tidak berkemampuan, hanya melihat dan tersenyum pahit.
Hari yang mulia ini wajarlah kita sambut secara bersederhana. Di Malaysia kini, cara hidup masyarakat Melayu Islam sudah berubah. Mengikut peredaran zaman kononnya 'up to date' dan tidak akan 'out of date'. Bagi yang tidak tahu fesyen terkini dan kurang berkemampuan, tidak kurang hebat dalam mencuba memasuki kancah tersebut. Tidak mahu kalah dengan rakan ataupun sanak saudara. Paling tidak, akan ada yang mengata atau bongkak. Sudah menyimpang jauh dari maksud sebenar aidilfitri.
Marilah kita mencari makna sebenar aidilfitri. Bukan hari ini sahaja yang kita perlu bersederhana, hari-hari yang kita lalui juga tidak perlu berlebihan. Bukan gaya hidup di Malaysia hidup bermewahan dan bermegah seolah-olah suatu pertandingan. Jadilah seperti mereka yang jutawan namun menyembunyikan kemewahan.
Fahami ERTI SYUKUR!
Friday, 15 June 2018
Monday, 4 June 2018
Bulan Puasa Ukuran Amanah? Buka Gerai Jam 11 Pagi Jual Nasi Lemak RM1

Subscribe to:
Posts (Atom)
Cara Mudah Tulis Pengenalan dan Permasalahan Kajian
Kenapa saya menulis tentang cara melakar Latar Belakang Kajian? Kebanyakan buku menjelaskan secara ringkas dan umum. Ada juga yang detail , ...
-
Benarkah POLIGAMI menyakitkan? Slide 3 l Pada tahun 2000 kajian telah dilakukan di Pulau Pinang, Perlis dan Kedah yang mendapati ...
-
Bermastautin di Melaka khususnya di Kuala Sungai Baru bukanlah suatu perkara yang mustahil. Kawasan pedalaman ini sudah jauh beza pada keti...
-
Mata pelajaran yang sangat menarik untuk dikongsi bersama-sama dengan semua oran g dan suatu hal yang menjadi sangat praktikal dan efektif b...