Hari raya adalah hari kemenangan bagi mereka yang berpuasa. Namun kini, kebanyakan dari kita dalam kalangan masyarakat Islam di Malaysia, merayakannya tidak ubah seperti suatu pertandingan. Baik dari segi pakaian mahupun kelengkapan rumah dan sebagainya.
Dalam Islam, hari raya wajar disambut dengan berpakaian baharu. Pakaian yang dipilih kini juga sudah tidak menepati ciri-ciri dan kriteria syariat. Fesyen sudah berlebihan dan boleh juga melampaui batas. Selain itu, pakaian tersebut seolah-olah ingin dikatakan kepada orang lain bahawa paling cantik, paling menggiurkan, paling 'tip-top', paling 'up to date', paling mahal dan sebagainya. Apatah lagi pakaian yang dipakai di hari mulia, dipaparkan di media sosial bagi tatapan rakan taulan. Paling menyedihkan apabila ada dalam kalangan rakan kita yang tidak berkemampuan, hanya melihat dan tersenyum pahit.
Hari yang mulia ini wajarlah kita sambut secara bersederhana. Di Malaysia kini, cara hidup masyarakat Melayu Islam sudah berubah. Mengikut peredaran zaman kononnya 'up to date' dan tidak akan 'out of date'. Bagi yang tidak tahu fesyen terkini dan kurang berkemampuan, tidak kurang hebat dalam mencuba memasuki kancah tersebut. Tidak mahu kalah dengan rakan ataupun sanak saudara. Paling tidak, akan ada yang mengata atau bongkak. Sudah menyimpang jauh dari maksud sebenar aidilfitri.
Marilah kita mencari makna sebenar aidilfitri. Bukan hari ini sahaja yang kita perlu bersederhana, hari-hari yang kita lalui juga tidak perlu berlebihan. Bukan gaya hidup di Malaysia hidup bermewahan dan bermegah seolah-olah suatu pertandingan. Jadilah seperti mereka yang jutawan namun menyembunyikan kemewahan.
Fahami ERTI SYUKUR!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Cara Mudah Tulis Pengenalan dan Permasalahan Kajian
Kenapa saya menulis tentang cara melakar Latar Belakang Kajian? Kebanyakan buku menjelaskan secara ringkas dan umum. Ada juga yang detail , ...
-
Apabila berbicara tentang ikhlas, apakah ia jelas kelihatan sejauh mana keikhlasan seseorang itu membantu saudaranya? Apakah orang itu benar...
-
(21 sept 2008 – 3.41 am) Malam ini malam ke 21 di bulan ramadhan. Aku mendengar bacaan imam dari Masjidil Haram. Terasa seperti ada getar di...
-
"Bila kau letih dan hilang semangat, Allah tahu bertapa kau telah mencuba sedaya upaya... Bila tangismu berpanjangan dan hatimu kedukaa...

No comments:
Post a Comment