Showing posts with label keluarga. Show all posts
Showing posts with label keluarga. Show all posts

Friday, 10 September 2021

CADANGAN INOVASI SEMINAR KEBANGSAAN SAINS SOSIAL 3.0 KUIM (MODEL KELUARGA POLIGAMI BAHAGIA)

Saya hantarlah juga video yang berkaitan dengan kajian yang telah dijalankan sebelum ini. 

Kajian ini berkaitan dengan keluarga poligami. 

Perlu difahami terlebih dahulu, saya tidaklah mencadangkannya, tetapi saya menyediakan panduan ini untuk keluarga yang akan dan telah berpoligami. 

Bukan galakan atau menidakkan, tetapi berdasarkan apa yang berlaku di dalam realiti masyarakat. 

Semoga kajian ini bermanfaat.



Saturday, 7 February 2009

Bersediakan anda dipanggil Ayah?

ayah fink Pictures, Images and Photos

“Macam best je kan..” Tapi tahukah kita bahawa terlalu banyak yang kita kena tahu tentang hal tersebut. Maklumlah status bertukar lagi. Dari bujang kepada perhubungan khusus, bila berkahwin bertukar kepada ’title’ SUAMI. Kemudian bertukar lagi kepada ’title’ AYAH!

Ayah Pictures, Images and Photos

Semua orang akan teruja apabila saat itu hampir tiba. Jadi tidak mustahil ramai yang menyimpan niat atau bernazar apabila kelak mendapat anak tidak kiralah lelaki mahupun perempuan. Melihat teman-teman yang bergelar ibu, sungguh ku melihat kegembiraan dan teruja dengan kelahiran yang pertama mereka. Ibu kita pun turut sama teruja kerana mereka juga telah bergelar nenek walaupun untuk kesekian kalinya.


muslim child Pictures, Images and Photos


Tetapi apakah kita tahu, ia menuntut tanggungjawab. Peranan kita bertambah lagi. Ilmu juga harus ditambah. Kalau dulu hanya melihat apa yang dikatakan dengan pampers (lampin pakai buang), sekarang kita kena pakaikan pampers pada anak kita. Maklumlah sekali-sekala bantu isteri jaga dan membelai anak-anak. Belaian bapa dari kulit ke kulit sangat perlu kita ambil perhatian.

MENJADI IBU BAPA GENIUS Pictures, Images and Photos

Apakah itu yang dinamakan dengan ilmu keibubapaan? Ramai yang tidak tahu dan panik apabila harus berdepan dengan situasi tersebut. Malah terpaksa meminta ibu atau ambil orang gaji membantu menguruskan anak-anak. Kalau isteri, mungkin ada juga membaca atau mendengar nasihat atau pengalaman dari ibu-ibu atau sahabat-sahabat tentang penjagaan anak dalam kandungan, semasa berpantang dan seterusnya. Kalau suami/lelaki? Pernahkah anda mengambil tahu?



Bapa merupakan tunjang dalam keluarga. Pemimpin dan imam untuk anak-anak dan pembangunan keluarga bergantung kepadanya. Kalau perancangan bapa baik, maka baiklah anak-anak. Bapa menjadi contoh sebagai pelindung dan penyelamat isteri dan anak-anak. Selama 40 minggu menanti kelahiran anak, suami dan isteri harus mengawal emosi dan memerlukan kekuatan mental untuk menghadapi setiap permasalahan yang timbul.


Semasa isteri hamil, berlaku perubahan hormon yang menyebabkan pelbagai jenis emosi. Suami dan isteri perlu sentiasa berinterksi menceritakan apa yang dirasakan kepada pasangan dan memberi sokongan emosi. Selain itu, kebanyakan suami mengalami kenaikan berat badan. Aik, isteri yang hami, suami pulak yang makin ’sihat’! itu yang sering kita dengar. Ini adalah kerana suami bersimpati kepada isteri yang sedang hamil dan dengan melihat isteri yang bertambah-tambah seleranya menyebabkan suami turut berbuat demikian. Tak nak makan pun rasa nak makan bila ada orang yang berselera makan kan?!


senaman Pictures, Images and Photos


Untuk mengekalkan kesihatan dan berat badan, suami dan isteri digalakkan untuk melakukan bersama di samping menjada kesihatan anak dalam kandungan. Jika suami memupuk semangat budaya senaman kelak akan memberikan kesihatan yang baik untuk anak di masa hadapan.


rokok Pictures, Images and Photos


Bagi yang merokok, tolonglah anda berhenti atau tidak merokok semasa di dalam rumah dan minta tetamu anda tidak merokok di dalam rumah bagi mengelakkan gangguan kesihatan pada anak dalam kandungan.

Selain itu juga seorang lelaki yang bakal bergelar bapa juga harus mempersiapkan diri dan membuat persediaan mental bagi menghadapi dan membesarkan anak-anak dalam zaman moden ini. Cabaran utama dalam dunia keibubapaan ialah aspek komunikasi. Kegagalan mewujudkan komunikasi yang berkesan boleh mencetuskan konflik. Jika dibiarkan ia akan menjejaskan keharmonian keluarga.


baby comel mcm mak die Pictures, Images and Photos


Setelah melahirkan anak, anak-anak melalui suatu masa proses pembesaran. Bagi peranan seorang bapa, bukanlah sekadar menyediakan keperluan asas tetapi lebih utama adalah sebagai seorang diplomatik yang harus memupuk persefahaman dan kesejahteraan keluarga.




Pastilah bapa pula yang mempunyai konflik peranan dalam memenuhi tanggungjawab untuk menyeimbangkan antara keluarga dan kerjaya. Justeru seorang bapa harus bersifat lebih matang dalam meletakkan strategi.

Dalam masa yang sama kebanyakan bapa semakin bingung kerana kewangan semakin bertambah dengan seiring bertambah ahli dalam keluarga. Dengan itu ramai bapa yang bekerja lebih masa untuk menambah pendapatan padahal itu telah mengurangkan waktu untuk orang yang tersayang yang memerlukan perhatian dan belaian juga sokongan emosi.

el-nudha Pictures, Images and Photos

Walau apa pun, satu keputusan harus dibentuk iaitu wang yang dicari tidak boleh mengembalikan masa untuk bersama keluarga bagi menggalakkan kasih sayang antara satu sama lain. Suatu perbincangan dengan pasangan harus dibuat dalam membentuk satu belanjawan keluarga.



Kemudian, perkara yang dipermasalahkan adalah siapa yang akan menjaga si kecil. Bincangkan dengan baik dan melihat dari sudut positif dan negatif terhadap bayi dan keluarga.


Sekiranya terdapat kesempitan kewangan, tidak salah kalau terpaksa mengurangkan aktiviti di luar seperti membeli-belah atau membeli barangan berjenama dan sebagainya.


Sebagai persediaan awal sementara menunggu kelahiran bayi, biasanya pasangan akan mencari nama yang baik untuk anak. Carilah nama yang baik, kerana nama yang baik adalah doa. Supaya kelak tidak diejek oleh kawan-kawan dan seumpamanya. Sekiranya mentua juga ingin meletakkan nama pada cucunya atau mungkin ada pasangan yang ingin meletakkan nama berdasarkan gabungan nama mereka atau apa-apa sahaja, berbincanglah dengan baik dan nilailah dengan teliti agar maksud nama itu adalah baik.


Sebenarnya, terlalu banyak persediaan yang harus kita lakukan sebelum perkahwinan untuk menjalani kehidupan selepas ijab qabul. Semoga kaum Adam kelak dapat menjadi nakhoda yang baik untuk memandu pelayaran yang masih jauh. Andai ada badai semasa dalam perjalanan, mohonlah pada Allah agar Allah memimpin hati dan akal supaya kelak kita bahagia hingga ke syurga.


*Rujukan : http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0203&pub=Utusan_Malaysia&sec=Keluarga&pg=ke_01.htm

Friday, 6 February 2009

Budaya Keluarga Islam

keluarga islam Pictures, Images and Photos

Malam ini aku mebuat sedikit revision berkenaan dengan semestinya, PERKAHWINAN DAN KELUARGA. Subjek yang mesti aku cintai untuk saat ini bagi menyiapkan satu tulisan yang dapat memberikanku segulung ijazah untuk kesekian kalinya. Antara isinya:-

Walau sesibuk mana pun ibu dan bapa harus meluangkan masa untuk makan bersama keluarga. Menurut Imam al-Ghazali, bahawa “adalah baik bagi suami dan isteri itu makan bersama…”. Apabila mereka berbuat demikian, Allah akan menurunkan rahmatNya kepada mereka dan malaikat mendoakan mereka. Dengan itu banyak manfaat yang dapat bagi ahli keluarga.

(Rujukan: Imam al-Ghazali, Kimia Kebahagiaan, terj. Oleh Abdul Majid Haji Khatib, Kota Bharu, Pustaka Aman Press, 1977, hlm. 91)

anak & ayah Pictures, Images and Photos

Satu amalan yang patut dilaksanakan secara kekeluargaan ialah amalan solat malam. Suami-bapa dapat membimbing ahli-ahlinya untuk bermunajat kepada Allah swt untuk memohon bimbingan, rahmat dan hidayah supaya kekal hidup sebagai Muslim, Mukmin dan Muhsin

(Surah Yunus 10:87 : erti: ”jadikanlah rumah kamu sebagai qiblat dan dirikanlah olehmu akan solat dan berilah berita gembira kepada orang-orang Mu’min.”)

Rujukan: SIRI KELUARGA BERBUDAYA: Pemupukan Kasih Sayang Ke Arah Keluarga Sejahtera dan Penyayang, Fatimah Ali, 1998, USM.

comel Pictures, Images and Photos

Apabila membaca buku ini, membuatkan ku teringat akan impian ku apabila mempunyai keluarga kelak. Inginku mempunyai seorang suami yang dapat membetulkan bacaan apabila ku membaca al-Quran, yang dapat sama-sama bangun malam, solat berjemaah bersamanya, menjadi Imam kepadaku dan keluargaku, yang boleh mengingatkanku disaat ku terlupa, yang kelak dapat mengajar zuriat-zuriat kami solat, mengaji, puasa dan seumpamanya, berkumpul dan makan bersama, mengajar anak-anak dengan penuh berhikmah, SUBHANALLAH! Indahnya.. itulah yang orang selalu katakan sebagai menikah adalah membina MASJID. Marilah kita renungkan erti kata masjid dalam maksudnya yang luas..


Semoga impian menjadi seorang isteri solehah akan terlaksana�Insya-Allah Pictures, Images and Photos

Tuesday, 7 October 2008

Kemahiran keibubapaan

Aku menulis sewaktu di kampung hari tu. maklumlah di rumah takde internet. dah balik ukm baru berkesempatan buka blog yang dah lama terbengkalai. Artikel ini aku ringkaskan dari buku yang ku jelaskan di bawah: Malam ni (23 sept 2008 – 1.00 am)aku baca buku bertajuk ‘Keluarga Islam, Kemahiran Keibubapaan dan Cabaran Semasa’ terbitan IKIM. Sebenarnya aku ingin mencari bahan untuk kutulis dalam proposal yang penyeliaku minta ubah supaya beralih ke kekeluargaan dan keibubapan walaupun masih berkisar pada tajuk pokok yang asal iaitu poligami. apa yang boleh ku masukkan dalam proposal hanya beberapa isi yang penulis-penulis tersebut kutip dari buku-buku lain yang berkait dengan tajuk ‘keluarga, keibubapaan dan cabaran semasa’. Apa yang menarik adalah semuanya berkenaan dengan peranan ibu dan bapa, selain itu bagaimana mendidik anak-anak. Bila menyebut tentang anak-anak, aku teringat ina dan jill yang sekarang tengah sarat mengandung. Dan sehingga saat ini aku masih belum berpeluang untuk menemui mereka dan menyaksikan sendiri keadaan mereka yang sedang menanti gelaran ‘ibu’ tidak lama lagi. Mana taknya, dulu main sama-sama (masa belajar kat UIN SUSKA Riau 2004 – 2006). Dulu gelak ketawa dan berkongsi setiap kesedihan, masak sama-sama (berhimpit-himpit kat dapur, maklumlah dapur rumah sewa ibu Tando tu tidak besar sangat macam kat kampung kita), merayap ke Matahari, Loket, Mall SKA, kadang-kadang ke Ramayana, destinasi yang tak pernah lupa adalah kedai-kedai buku yang berderet di ... alamak lupa dah nama tempat tu. ala tempat tu lebih kurang dengan Loket. alah sesiapa yang pernah tinggal di sukajadi riau pekanbaru pasti tahu nama tempat tu. Macam-macam cerita yang pernah kami kongsi dalam pengalaman lepas yang tersimpan rapi dalam kotak kenanganku! Buat ina dan jill, jangan lupa kutip ilmu-ilmu berkaitan dengan bagaimana untuk mendidik dan cari kemahiran komunikasi agar perkembangan mental anak-anak sihat agar kelak dapat membezakan yang haq dan batil. Antaranya, factor yang mempengaruhi potensi kanak-kanak: 1) keturunan dan persekitaran semasa mengandung (kena amalkan pemakanan seimbang terutama semasa hamil sebab kesihatan janin bergantung sepenuhnya pada pemakanan ibu. Tambahan pula, kesihatan anak-anak bermula dari dalam kandungan. Kena jaga kesihatan, jangan lupa senaman. Kalau abaikan, kesihatn ibu akan terjejas dan sekaligus bayi dalam kandungan. Ibu juga mesti berusaha mengurangkan tekanan (stress) kerana akan memberi kesan kepada kandungan apabila lahir kelak.) 2) Pengalaman (ibu digalakkan membuat sebanyak mungkin pendedahan deria – rasa, bau, sentuh dan lihat kepada anak-anak. Pastikan pendedahan itu selamat kerana rasa selamat yang anak-anak rasai akan meningkatkan keyakinan si anak. Dalam masa yang sama, ibubapa juga perlu tegas terhadap kelakuan yang salah seawall yang mungkin supaya mereka tidak mengulanginya lagi. Berikan alas an mengapa perilaku itu tidak boleh diterima agar anak-anak tidak keliru dan mereka merasa larangan itu dibuat atas dasar kasih sayang, bukan paksaan. Jangan lupa sentuh dan belay mereka selalu. Saidatina Aisyah ra menyebut, seorang yang bernama Aqra’ melihat Rasulullah saw mencium Al-hassam bin Ali ra, lalu Aqra’ berkata, ya Rasulullah, aku mempunyai sepuluh orang anak, tetapi aku belum pernah mencium seorang pun dari mereka.” lalu Rasulullah melihat kepada Aqra’ dan berkata, “sesiapa yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi”(HR Bukhari dan Muslim). Anak kecil akan menerima apa sahaja melalui deria lihat, dengar, sentuh, bau, citarasa serta respon-respon dalam bentuk gerak-geri, pertuturan dan manipulasi akan menjadi satu pattern dalam otak anak. Hal ini akan membentuk perwatakan dan keperibadiannya. Lebih awal seorang anak belajar maka lebih kekallah pattern itu dalam ingatan. Ini adalah kerana otak berfungsi seperti ‘sponge’ dan boleh menyerap apa sahaja. Otak anak-anak sudah mula bergerak sejak tiga bulan dalam kandungan. Ini adalah kerana sel-sel neuron sudah terbentuk. Apabila jumlah sel mencapai kematangan, 25% daripadanya boleh digunakan sewaktu bayi dilahirkan, 50% sewaktu anak berumur 6 bulan, 85% ketika berusia 3 tahun dan 95% ketika 6 tahun. Sekiranya maklumat yang masuk ke dalam otak diulang beberapa kali dengan cara yang berlainan dan anak diberi peluang menggunakan maklumat itu maka rangkaian-rangkaian yang wujud akan menjadi kuat dan kekal. Wujudkan emosi positif pada anak-anak, iaitu rasa TENTERAM, SELAMAT DAN RASA DISAYANGI. Ini adalah kerana jika kesedihan wujud, anak akan cepat sembuh. Rasa ini akan menimbulkan rasa kagum pada persekitarannya dan akan sentiasa meneroka ilmu baru secara berterusan. Kanak-kanak ini akan lebih senang bertaqwa kepada Allah. Jauhkan mereka dari merasa tidak tenteram, tidak selamat dan rasa tidak disayangi kerana ia akan menyebabkan anak merasa selalu sedih, takut, tidak ada keyakinan diri, rasa tersisih, sering mencari perhatian dan terus merajuk. Dia akan tidak kagum dengan persekitarannya. Seterusnya akan memberikan rasa stress (tekanan) pada mereka. kalau tidak dikawal akan membawa distress (penderitaan). Kalau masih tidak dikawal akan menjadi depressed (kemurungan) dan akhirnya deceased (kematian). Masalah emosi ini boleh dikesan di peringkat awal. Anak akan menunjukkan tanda-tanda seperti sering diam, tidak bercakap, hiperaktif dan tidak boleh memberi tumpuan, suka mengusik dan mengacau orang lain. Justeru mereka akan mencari matriks yang lain. Matrik berupa tempat, benda atau orang yang boleh memberinya rasa tenteram, selamat dan disayangi. Antara bentuk-bentuknya adalah dadah, mencuri, menyamun atau apa sahaja yang memberi kepuasan dan membolehkan anak mendapat perhatian, selamat dan tenteram. Pemakanan yang tidak tepat juga akan menyumbang dan meningkatkan keadaan stress. Malah boleh merencatkan pembangunan otak. Anak sepatutnya diajarkan ilmu dan mendapat pendidikan seawall mungkin iaitu dari dalam rahim dan selewat-lewatnya sebelum umur satu tahun. Kata Dr. Glenn Doman, “bagi setiap hari kita menunggu (atau menangguh pembelajran) kita telah hilang satu hari untuk anak menjadi cemerlang.” Dua tahun pertama selepas kelahiran merupakan masa yang paling dramatic dalam perkembangan sel otak. Lakukan seisi pengajaran-pembelajaran pada waktu mereka keadaan segar, aktif dan seronok dan jangan lakukan pada waktu mereka sedang keletihan. Ini akan memberikan kesan pada anak menjadi benci pada aktiviti pengajaran-pembelajaran tersebut. Seisi itu mestilah kerap tetapi pendek. Rangsangan dan saiz otak akan lebih kecil pada anak yang kurang disentuh dan kurang bermain lebih kurang 20%-30%.

Cara Mudah Tulis Pengenalan dan Permasalahan Kajian

Kenapa saya menulis tentang cara melakar Latar Belakang Kajian? Kebanyakan buku menjelaskan secara ringkas dan umum. Ada juga yang detail , ...