Tuesday, 12 October 2021
Friday, 8 October 2021
JURNAL TUAH KUIM - JOM HANTAR ARTIKEL BIDANG SEJARAH & KETAMADUNAN!
Jemputan menulis di Jurnal Tuah
Monday, 4 October 2021
DI MANA PILIHAN UNIVERSITI AWAM BIDANG PENGAJIAN ISLAM (PhD)?
Sekarang saya dalam proses memilih universiti mana yang ingin saya daftarkan untuk untuk menyambung PhD saya yang telah terhenti sebelum ini.
Saya telah membuat senarai keperluan untuk bergraduat bagi 3 universiti yang saya pilih untuk daftar dalam bidang pengajian Islam:
1. UTM - jumlah yuran RM 18 350 (ranking universiti di Malaysia No. 5)
Penerbitan: 1 artikel / 2 artikel dalam prosiding/konferens berindeks / accepted : SCOPUS / ERA /WoS.
Kelas/kursus yang perlu dihadiri:
1) Metodologi Penyelidikan
2) Kursus yang berkaitan.
Sekiranya, selepas 4 semester bersedia untuk viva, perlu telah selesai terbitkan2 kertas kerja dalam jurnal antarabangsa berwasit.
2. UM - jumlah yuran RM 18 632 (ranking universiti di Malaysia No. 1)
Penerbitan:
1) Buku - terbitan - Thomson Reuters, WoS, Penerbit UM, DBP, yang diiktiraf PTJ.
atau
2) 2 jurnal berwasit
A - Jurnal indeks (SCOPUS, ERA)
B - Myjurnal
C - Bab dalam buku (2 bab dalam buku berlainan) - Thomson (WoS), DBP, UM, yang diiktiraf PTJ.
Kelas/kursus yang perlu dihadiri:
1) Metodologi Penyelidikan
Semasa saya membaca buku program/peraturan universiti, UM adalah universiti yang tidak membenarkan mendaftar di universiti lain selagi mana masih bergelar pelajar UM. Poin ini adalah bagi mereka yang ingin menyambung di dua tempat / dua program pada satu-satu masa yang sama.
Pendaftaran Serentak (1) Seseorang calon ijazah tinggi tidak dibenarkan mendaftar serentak untuk program pengajian lain yang membawa kepada sesuatu penganugerahan ijazah, diploma atau sijil di Universiti ini atau di universiti lain.
3. UKM - jumlah yuran RM 17 400 (ranking universiti di Malaysia No. 3)
Penerbitan: 3 artikel berindeks accepted SCOPUS / ISI.
Kelas/kursus yang wajib dihadiri:
1) Bahasa Arab
Walau apapun, saya tidaklah menyenaraikan nama dan bidang kepakaran pensyarah/penyelia yang dicadangkan di fakulti berkenaan.
Setiap universiti mempunyai kelebihan yang berbeza-beza.
Kalau saya, tidak bergantung kepada pandangan orang. Sebab bagi saya memilih penyelia adalah sangat subjektif. Penyelia adalah manusia, layanan dan hubungan antara manusia itu berbeza.
Bagi sesetengah ahli akademik berpandangan bahawa untuk memudahkan seseorang pelajar itu mudah untuk lulus atau melancarkan segala urusan, perlulah melihat kepada syarat untuk bergraduat dan karenah birokrasi.
Semoga artikel ini membantu para rakan-rakan yang ingin sambung PhD di universiti yang telah saya ringkaskan.
Friday, 10 September 2021
TUGASAN VIDEO PELAJAR KUIM DI YOUTUBE
Saya mempunyai akaun youtube bagi berkongsi contoh-contoh video yang boleh ditonton dan menjadi panduan kepada para pelajar untuk mencipta tugasan masing-masing.
Zaman ini, hampir semua pelajar mampu menyediakan tugasan berbentuk digital, hanya yang menjadi kekurangannya adalah dari segi kandungan / isi yang ingin disampaikan.
Banyakkan membaca dan mencari maklumat, Insya Allah tugasan akan menjadi yang terbaik malah barakah kerana telah berkongsi ilmu kepada orang yang menontonnya juga.
Lawati Channel Youtube saya : Channel Youtube Farrah KUIM
CADANGAN INOVASI SEMINAR KEBANGSAAN SAINS SOSIAL 3.0 KUIM (MODEL KELUARGA POLIGAMI BAHAGIA)
Saya hantarlah juga video yang berkaitan dengan kajian yang telah dijalankan sebelum ini.
Kajian ini berkaitan dengan keluarga poligami.
Perlu difahami terlebih dahulu, saya tidaklah mencadangkannya, tetapi saya menyediakan panduan ini untuk keluarga yang akan dan telah berpoligami.
Bukan galakan atau menidakkan, tetapi berdasarkan apa yang berlaku di dalam realiti masyarakat.
Semoga kajian ini bermanfaat.
Tuesday, 10 August 2021
TERKESAN COVID-19 - TANGAN DI BAWAH LEBIH BANYAK
Di musim COVID-19 ini, sangat popular istilah 'TERKESAN'.
Musim ini menjadikan ada orang yang memerlukan barang/duit, namun ada juga yang ingin memberi.Dalam hal ini, menjadikan rakyat Malaysia terbiasa dengan meminta-minta. Mungkin juga ada yang suka memberi (kerana sekarang ramai jutawan).
Saya lebih suka kepada metafora memberi pancing berbanding memberi ikan.
Adakah masyarakat Malaysia tidak belajar cara menangani apabila perlu tempuhi waktu kecemasan?
Mungkin juga tidak sempat untuk bangkit memandangkan tempoh berkurung terlalu lama. Banyak kemungkinan, hanya pakar dalam bidang sahaja yang boleh memberi jawapan berdasarkan apa yang sedang berlaku.
Walau bagaimanapun, perlu kita berfikir apakah hikmah-hikmah yang Allah ingin berikan, apakah dosa/kesilapan yang pernah kita lakukan..
Jangan sehingga tiada wang langsung apabila tiba musim seperti ini, ada yang meninggalkan anak-anak, ada yang meninggalkan isteri dan anak, yang masing-masing tiada punca pendapatan. Kesemuanya adalah diluar jangkaan kita sebagai manusia.
Cukup kasihan!
Marilah kita berusaha, memberi makanan, persekitaran, cara hidup yang sihat. Allah pun menyuruh kita berusaha, menjaga kesihatan, berjimat-cermat, menjaga kebersihan, jangan berlebihan dalam berhibur dan sebagainya.
Ingatlah, ini adalah peringatan dari-Nya.
Tunduklah, sujudlah, moga Allah mendengar rintihan kita semua.
Monday, 9 August 2021
USAHAWAN TULAR 'Sombong dengan Gelandangan'
Lazimnya di zaman sekarang, ramai sudah mula ada kesedaran dan sudah pandai memulai perniagaan dan berusaha bangunkan diri sendiri tanpa mengharapkan 'makan gaji' semata-mata.
Malah, kalau kita lihat di Malaysia, usahawan khususnya usahawan makanan, pakaian (tudung/baju dan sebagainya) dan kosmetik ibarat cendawan tumbuh selepas hujan.
Setiap orang ada kekurangannya. Bagi saya, tidak perlulah si kaya berlagak sombong, si miskin asyik memaki hamun (sudah lah miskin harta, jangan sampai miskin akhlak), yang si penuntut ilmu/pemegang sijil2 akademik tidak perlu cepat melatah, kenalilah masyarakat kita. Kita perlu fikir bagaimana cara untuk mempercantikkan akhlak, iman dan amal masyarakat Islam kini... Semoga Allah bantu kita semua dalam usaha mensejahterakan dunia, moga amanlah di akhirat kelak Insya ALlah.
Gelandangan adalah satu isu yang serius untuk ditangani. Hal ini bukanlah boleh diatasi dengan memberi makan, menyediakan tempat tinggal dan terus dikasihani begitu sahaja. Gelandangan perlu diatasi sebelum terjadinya gelandangan, seperti mengatasi masalah dadah, rumahtangga (perceraian, pergaduhan ibu bapa menyebabkan anak lari dari rumah, anak terlibat dengan masalah sosial dan akhirnya meninggalkan rumah), dan sebagainya. Bukan senang untuk atasinya, namun kita perlu mendidik masyarakat supaya dapat mengelakkan masalah sedemikian demi mengurangkan lahirnya gelandangan di jalanan di sekitar ibu-ibu kota di Malaysia. Semoga masyarakat Malaysia tidak mengalami situasi (yang pernah dialami oleh para gelandangan berdasarkan kajian-kajian lepas) untuk melahirkan masyarakat Malaysia yang berdaya saing dan maju. Setelah mereka terlibat dengan gelandangan, ibarat sudah terjatuh di dalam lubang yang gelap dan dalam. Kalau ada yang dapat keluar dari situasi itu... Maka, Insya Allah Malaysia tiada lagi gelandangan.
Masa silam mereka bukan semua sebab mereka yang pilih, tetapi mangsa keadaan. Janganlah si kaya mengatakan "MENYESAL TAK ZAMAN MUDA KAMU BEGITU BEGINI...". Tidak tahu, belajarlah, semoga kita menjadi orang yang berilmu semasa bercakap, berfikir dan bertindak.
Wallahu a'lam.
Cara Mudah Tulis Pengenalan dan Permasalahan Kajian
Kenapa saya menulis tentang cara melakar Latar Belakang Kajian? Kebanyakan buku menjelaskan secara ringkas dan umum. Ada juga yang detail , ...
-
Malam ini malam ke 28 ramadhan. Macam biasa aku tidak dapat tidur dan aku mengisi masaku dengan membaca dan membetulkan proposalku yang berk...
-
Pada semester ini, saya mengambil 4 kursus iaitu (1) Sejarah dan Tamadun Islam di Nusantara, (2) Al-Quran dan Masyarakat Kontemporari, (3) S...
-
Info dari Lembaga Hasil Dalam Negeri M ulai Tahun 2015 individu yang mempunyai pendapatan penggajian tahunan melebihi RM34,000 (selepas poto...


