Wednesday, 23 June 2021
Thursday, 4 March 2021
Student Master Pengajian Islam di Kolej Universiti Islam Melaka
Menjadi seorang pelajar dan dalam masa yang sama bekerja bukan suatu perkara yang senang, malah bukan juga terlalu susah.
Saya menyambung pengajian dan saya juga bekerja, sebagai seorang ahli akademik.
Saya diberi tugasan untuk memenuhi keperluan kursus-kursus bagi setiap semester. Kursus semester ini ialah:
1) Metodologi Hukum
tugasan: jenis metodologi hukum dan aplikasinya
2) Akhlak
tugasan: ulasan artikel
3) Isu Aqidah
tugasan: Tokoh Aqidah
4) Isu Hadis
tugasan: Hadis-hadis akhir zaman dan sikap antihadis
5) Isu Dakwah
tugasan: tokoh, isu dan fiqh dakwah di Malaysia
Saya sebenarnya sudah mempunyai Sarjana Falsafah. Namun, disebabkan semangat untuk belajar masih membara, saya nekadkan hati untuk masuk kelas dan menduduki peperiksaan memandangkan Sarjana Pengajian Islam (SPI) ini ditawarkan secara kerja kursus.
Cabaran untuk belajar adalah... yang paling besar adalah melawan sikap-sikap yang menghalang untuk berjaya.
1) mesti kena rajin (tidak boleh ada perkataan MALAS)
tapi saya ada ketika lemah semangat juga.. tetapi, bagi saya perlu juga ada masa kita beri 'reward' pada diri dengan memberi ruang untuk menonton televisyen seketika atau keluar ambil angin.
2) disiplin (kena pandai urus dan jaga masa)
mesti kena jadi pengawas kepada diri sendiri. Saya tidak terlalu keras pada diri sendiri, saya elak supaya tidak terkena simptom stress. Tetapi saya akan ikut tarikh (due) untuk penyerahan tugasan yang telah berikan. Saya akan menulis senarai tugasan, dan letakkan tarikh kemudian saya akan selesaikan satu persatu mengikut urutan yang mana paling awal perlu diserahkan. Kalau ada banyak sekaligus, saya akan buka fail beberapa tugasan yang ingin ditulis, dan mula buat carian maklumat. Saya akan menulis mengikut tugasan yang saya mula tercetus idea dan muncul minat serta keseronokan. Biasanya saya akan mula ulangkaji/menyiapkan tugasan awal pagi sehingga zohor dan selepas maghrib sehingga jam 10-11 malam sahaja.
3) cara hidup / makan / sukan (bersenam)
mesti kena jaga supaya tidak mudah stress, kesihatan terjamin untuk mengekalkan momentum bagi menyiapkan tugasan dan proses pembelajaran.
Percayalah pada diri sendiri, scroll bukanlah ukurannya, namun ilmu yang hendak dipelajari dan digunakan untuk diri sendiri mahupun untuk masyarakat, itulah keutamaan.
Ilmu itu penting, bermula dari diri individu demi pembentukan sebuah peradaban yang gemilang baik di dunia mahupun akhirat.
Saturday, 2 January 2021
Ilusi atau Realiti?
Ada orang naik secara berusaha keras.
Ada pula, yang menggunakan kemanisan wajah untuk menarik hati dan perasaan sang ketua.
Ada pula, yang mengambil mudah sahaja, yang penting sudah selesaikan tugas.
Yang menganggap ukhrawi lebih penting, hal duniawi bukanlah suatu kepentingan.
Pelbagai corak pemikiran manusia.
Ada yang negatif, ada pula yang positif.
Ada yang rasa dirinya adalah baik, namun sebenarnya rakan-rakan cuba berbuat baik demi menjaga hatinya.
Ada yang mengelak sahaja daripada timbul pelbagai sangka hati.
Ada yang bermuka-muka namun tidak tahu bahawa satu dunia dan seluruh isinya sudah mengetahui persis apa dirinya.
Masing-masing punya nilai hati.
Dan akhirnya,
Setiap orang pasti akan diuji baik dengan harta dunia mahupun ujian yang tidak tertanggung kepedihannya...
... kerendahan hati, keikhlasan hati, tiada yang lebih mengetahui kecuali DIA.
Sekiranya...
Kita mengetahui, kita berharap kita dapat menjadi insan yang baik dan hamba yang soleh/solehah.
Kamu mengetahui, kamu pasti sudah berubah menjadi orang yang ikhlas dan bersilaturrahim dengan tiada buruk sangka.
Mereka mengetahui, mereka pasti akan menyokongmu bukan berbuat seolah-olah menyokong tetapi hanya sekadar menjaga hatimu. Namun, kamu sahaja yang tidak sedar diri!Ketahuilah,
Dunia ini hanya persinggahan.
Dan pada ketika Hari Pengakhiran,
Tiada apa yang boleh dilakukan melainkan amalmu yang membantumu!
Thursday, 3 December 2020
Sunday, 16 August 2020
Nasyid Wanita (InTeam) : Nasyid Dulu, Kini dan Selamanya
Akhir-akhir ini popular kembali lagu nasyid DeHearty yang dinyanyikan semula oleh InTeam. Lagu ini antara lagu kegemaran saya ketika zaman belajar dahulu. Dan saya menggemarinya sehingga kini.
Pada pandangan saya, lagu nasyid sekarang kurang menyentuh jiwa apatah lagi meruntun jiwa. Kesyahduan yang dialunkan berbeza. Seolah-olah hanya sekadar ingin popular semata-mata. Namun tidak menjiwai roh seni itu.
Selamat Maju Jaya InTeam dan selamat menikmati pencinta nasyid sekalian.
Antara perkara yang baik dibawa oleh pengaruh kumpulan nasyid:
1) Sifat-sifat yang baik - mahmudah
2) Jangan lalai dengan muzik - duniawi
3) Nilai persahabatan
4) Kejayaan dunia akhirat - keperluan berjuang
5) Kepentingan menuntut ilmu
6) Kemestian mempunyai adab (adab dengan Allah, ibu bapa, guru, rakan-rakan dan seluruh isi alam semesta)
7) Memahami Islam
Dan banyak lagi.
Tetapi kalau diperhatikan zaman kini, anak muda lebih banyak hanya cuba untuk POPULAR.
Sunday, 12 July 2020
Cara untuk dapat Pointer Paling Baik
Daripada Ibn Umar RA katanya, Rasulullah SAW memegang dua bahuku seraya bersabda:
كُنْ فِي الدُّنْيَا كَأَنَّكَ غَرِيبٌ أَوْ عَابِرُ سَبِيلٍ ، وَكَانَ ابْنُ عُمَرَ يَقُولُ : إِذَا أَمْسَيْتَ فَلَا تَنْتَظِرْ الصَّبَاحَ ، وَإِذَا أَصْبَحْتَ فَلَا تَنْتَظِرْ الْمَسَاءَ ، وَخُذْ مِنْ صِحَّتِكَ لِمَرَضِكَ ، وَمِنْ حَيَاتِكَ لِمَوْتِكَ
Maksudnya: “Jadilah kamu di dunia seperti orang asing atau orang musafir.” Dan adalah Ibn Umar RA berkata: Jika kamu berada di waktu petang, jangan kamu tunggu sehingga waktu pagi. Jika kamu berada di waktu pagi, jangan kamu tunggu sehingga waktu petang. Ambillah dari waktu sihatmu (bagi persediaan) untuk waktu sakitmu dan ambillah dari waktu hayatmu (bagi persediaan) untuk waktu matimu.
Riwayat al-Bukhari (6053)
SEMOGA BERMANFAAT.
Artikel ini disediakan untuk pelajar di Kem Terendak dalam slot Kaedah Pembelajaran Berkesan.
ⓒFarrahKUIM
Sunday, 14 June 2020
Problem Statement (Penyataan Masalah) Mudah Faham
✅Wsalam....nothing easy utk PhD.
Problem boleh datang dari masalah harian yang kita alami,perhati, dengar dari org lain.....tapi kita kena pastikan apa yang kita alami, perhatikan, dengar tu adalah problem dan bukanya symptom (petanda) kepada masalah. Macam contoh yg saya pernah beri - Anak kita lemah Matematik (kita anggap itu masalah) maka kita hantar pergi tuition (solution) sedangkan lemah Matematik tu cuma symptom kepada MASALAH SEBENAR. Bila kita hantar tuition Matematik masih tidak selesai masalah lemah Matematik. Kenapa? Sebab masalah sebenar anak kita ialah mungkin "guru, tumpuan, minat, dll"
Cara Mudah Tulis Pengenalan dan Permasalahan Kajian
Kenapa saya menulis tentang cara melakar Latar Belakang Kajian? Kebanyakan buku menjelaskan secara ringkas dan umum. Ada juga yang detail , ...
-
Malam ini malam ke 28 ramadhan. Macam biasa aku tidak dapat tidur dan aku mengisi masaku dengan membaca dan membetulkan proposalku yang berk...
-
Agak tertarik dengan pertanyaan salah seorang pembaca, adakah persoalan kenapa suami orang menjadi pilihan timbul di zaman Rasulullah saw? T...
-
Kenapa ada perempuan suka pada suami orang (terutama yang bakal/sudah bergelar isteri kedua/ketiga/keempat? Itulah yang menjadi isu dan pert...































