Saturday, 29 May 2010

Poligami...Isu??Bolehkah??

Kata-kata motivasi untuk diri sendiri: I'm awesome!

Apabila ditanya mengapa lakukan kajian terhadap poligami, haruslah dijawab dengan baik dan ilmiah. Bagi lelaki suami, jangan cepat mencebeh mengapa poligami harus dikaji. Hukum telah jelas!

Ini adalah kerana poligami merupakan suatu perkahwinan yang dihalalkan oleh Islam namun ramai yang gagal dalam perkahwinan tersebut malah ramai yang berkahwin dengan melanggar peraturan yang ditetapkan oleh Perlembagaan Malaysia (di luar negara juga mengalami masalah yang sama seperti suami mempunyai masalah dalam tanggungjawab terhadap isteri-isteri dan anak-anak).

Dalam hal ini, tujuan saya ingin mengkaji dalam keluarga poligami kerana ingin memperbaiki masalah dalam institusi keluarga walaupun peratus berpoligami di Malaysia tidak banyak. Malah kajian ini lebih fokus kepada kumpulan yang sering mewar-warkan kebaikan dan keindahan poligami. Bagi saya, selagi ia tidak melanggar syara', ia boleh malah digalakkan dipraktikkan supaya rumahtangga aman harmoni. Bagi pasangan monogami, sekiranya anda tidak yakin/tidak mampu, pimpinlah keluarga anda terlebih dahulu supaya berada dalam keadaan stabil baik di dunia mahupun akhirat.

Monday, 24 May 2010

Writing...writing...and writing....

Menjadi lebih bersemangat untuk menulis dengan baik dan berkualiti. Dengan matlamat menjadi seorang perempuan yang boleh berbicara tentang poligami tanpa bias kepada mana-mana pihak dengan berlandaskan akademik. Bukan tidak berpihak kepada hukum, hukum yang jelas tidak boleh dipertikaikan cuma berbicara tentang poligami dengan maksud yang lebih ilmiah. Tambahan pula, Islam adalah suatu agama yang menarik, walau macam mana pun ia tetap tidak boleh disangkal lagi oleh logik akal fikiran.

Bukan memberi khabar gembira kepada semua lelaki, tetapi hanya menjelaskan kepada semua muslimah agar tidak cepat melatah apabila menyebut poligami. Untuk lelaki, ia menjadi persoalan lain apabila berbicara tentang poligami. Poligami tidaklah seindah yang dibayangkan. Akan tetapi menjanjikan suatu tanggungjawab kerana terpaksa menjaga sebuah kapal yang besar dengan anak-anak kapal yang ramai juga ombak yang besar bagi mengharungi lautan dalam untuk menuju ke destinasi yang diredhai.

Ianya akan menjadi indah, sekiranya nakhoda adalah seorang yang bertanggungjawab dan dapat memimpin diri serta keluarga ke arah yang lebih baik dan tidak ada seorang pun yang diluar kawalannya.

Thursday, 20 May 2010

Poligami Terbela

Rentetan dengan tajuk sebelum ini, akhirnya Bung Mokhtar dikenakan penjara. Sekiranya perkahwinan yang dijalankan salah dari segi undang-undang, akan dikenakan tindakan. Tetapi masih ramai di luar sana yang berkahwin tanpa mengikut prosedur dan justeru mengabaikan tanggungjawab sejurus perkahwinan barunya. Ini sangat memberi gambaran yang tidak baik kepada persepsi masyarakat.

Yang menjadi persoalan, apakah tindakan yang dikenakan kepada lelaki yang berpoligami mengikut prosedur, tetapi mengabaikan keluarga? Berlaku kecederaan mental dan fizikal terutama isteri malah anak-anak.

Wahai para wanita, sila kemukakan kepada mahkamah/UUKI supaya hak anda terbela.

Tuesday, 18 May 2010

Poligami Glamour di Malaysia

Berita tentang poligami tidak pernah habis. Dari orang awam hinggalah orang politik yang segani rakyat. Ada yang berpoligami secara sihat malah ada juga yang sebaliknya. Kisah lelaki berpoligami di Malaysia yang sering menjadi paparan di dada akhbar adalah seperti:-

1) Ayah Siti Sarah, Raisudin Hamzah = poligami tidak sihat sebab berkahwin dengan perempuan yang muda (tidak salah) tetapi tanpa pengetahuan isteri pertama dan berkahwin secara tidak sah di Selatan Thai.

2) Bung Mokhtar, ahli politik yang berkahwin dengan artis Malaysia, Zizie Ezzette = poligami tidak sihat sebab berkahwin tanpa kebenaran mahkamah malah adik2 zizie yang menjadi saksi dituduh bersubahat.

3) Salih Yaakob = poligami sihat sebab menurut saya, berdasarkan apa yang diberitahu pada khalayak dalam salah satu rancangan di tv, dia sentiasa mendekatkan diri dengan Allah malah antara isteri-isteri juga hubungan baik.

Banyak contoh lelaki yang mempraktikkan poligami secara tidak sihat. Hanya segelintir yang berpoligami secara sihat. Ini menunjukkan ramai lagi yang tidak faham dengan konsep poligami yang sebenar.

Kepada lelaki yang berpoligami, yang ingin berpoligami dan yang sewaktu dengannya, pelajarilah hal-hal kekeluargaan juga hukum-hakam agar tidak merosakkan institusi kekeluargaan Islam khususnya di Malaysia.



Kes Bung Mokhtar, dalam akhbar hari ini mengatakan pihak NGO wanita mendesak Bung dihadapan mahkamah syariah supaya meletakkan jawatan.

Menurut saya, kes-kes poligami yang tidak sihat seharusnya diambil tindakan (cadangan pihak kerajaan/Undang-undang Keluarga Islam menggubal peraturan supaya lelaki tidak hanya berkahwin kerana nafsu semata-mata). Bukan menghalang/menidakkan hukum Allah, tetapi peringatan kepada lelaki yang tidak bertanggungjawab.

Cerita Explore Race 3 Pelajar di Beijing, China

Beijing Language and Culture University, China

Beijing ibarat nadi Negara China kerana banyak tempat bersejarah di sana. Kami bertiga dikehendaki ke Beijing seminggu (8 hari 7 malam) atas urusan penyelidikan universiti. Pengalaman seminggu di sana sangat terkesan di hati dan menyedari bahawa walaupun orang Malaysia kadang-kadang sudah hilang adab, hilang ketelusan dan kejujuran, suka buang sampah merata-rata (bak kata orang tidak seperti orang Singapura atau Brunei, pembersih. Kata orang-orang lah, kerana saya sendiri belum pernah ke sana), walau bagaimanapun, sungguh teruk (tidak tahu harus diletakkan perkataan yang sesuai di sini, mungkin itu yang terbaik) orang-orang di sana terutama respon terhadap orang asing seperti kami yang bertudung selaku perempuan Islam (mungkin tiada kena-mengena, tetapi kami berfikir sedemikian). Menghalau, menghina, berbisik-bisik, yang berlari boleh berhenti melihat kami yang berpusing-pusing mencari hotel penginapan, seolah-olah kami makhluk asing yang sampai ke sana. Memang jarang nampak orang luar (foreigner) di sana apatah lagi di tempat-tempat yang sangat-sangat jarang dimasuki/dilawati oleh orang asing. Sudahlah mereka agak pengotor, meludah dan membuang air kecil di merata tempat yang apabila perlu dikeluarkan, dibuang sahaja termasuklah pengalaman dihadapan saya sendiri, ada seorang lelaki membuang air kecil di dalam bas yang berhawa dingin. Bayangkan baunya!

Walau apapun pengalaman seminggu tanpa bantuan sesiapa, tanpa memahami bahasa mandarin, hanya berbekalkan peta dan kamus bahasa Mandarin, kami explore sendiri. Dan kami semua perempuan. Pengalaman tersebut sangat membuka mata kami tentang negara China yang indah khabar dari rupa. Barang-barang juga mahal, apatah lagi sutera dan mutiara serta barangan elektronik. Tiada yang murah. Malah orang asing dengan mudah ditipu oleh mereka. Seperti kami yang pada waktu itu membeli 2 hingga 3 biji sahaja buah pic dan sebiji epal, harganya lebih kurang RM35.00 sungguh melampau! Buah limau mandarin, di pasar kita di Malaysia kalau musim Raya Cina tidak sampai RM10.00 sekotak, tetapi di sana hanya 4 hingga 5 biji hampir RM25.00! Hanya penjual buah di kaki lima.

Nasib kami baik, di saat kami terkontang-kanting mencari hotel ada seorang lelaki Cina beragama Islam yang merupakan peniaga restoran berhampiran Railway Station Tianjin, yang membantu kami mencari hotel yang agak murah. Di situasi sedemikian masih ada insan yang mulia, dan dia adalah beragama Islam!

Di Beijing, yang melayan kami dengan baik adalah pihak pengurusan di tempat kami menginap.
Malah boleh bercakap dalam bahasa Inggeris dengan baik memudahkan perjalanan kami berdasarkan tentatif kami selama 3 hingga 4 hari. Rakyat China kebanyakan tidak tahu berbahasa Inggeris hanya segelintir sahaja yang boleh berkomunikasi dalam bahasa Inggeris malah Costumer Service di Lapangan Terbang, Railway Station/Train, di mana-mana sahaja tempat yang dirasakan perlu tahu sedikit bahasa Inggeris sebagai penunjuk arah walau sedikit, sangat mengecewakan para pelancong asing. Malah saya yang tidak fasih pun, dikira sangat fasih berbahasa Inggeris di sana hanya sekadar untuk bertanya, rasanya saya tiada masalah walaupun di Malaysia saya sangat malu dengan bahasa Inggeris saya yang bunyi melayu!

Pengalaman di Beijing sangat berharga untuk saya. Bak kata kawan saya berbangsa Cina di Malaysia, China ibarat buah yang cantik di luar, tetapi di dalam......huh! Justeru dia memilih Jepun untuk menyiapkan kajiannya.

Monday, 19 April 2010

Berkawan/berurusan dengan semua orang seperti semua orang adalah kawan anda.. supaya tidak ada istilah KABEL atau ORANG DALAM

Setiap hari kita bertemu, berinteraksi dan melihat pelbagai jenis ragam manusia. Ada yang baik dan begitulah sebaliknya. Kadang-kadang orang pemarah, kadang-kadang kita yang naik angin. Kalau di pentadbiran, sentiasa merasa tinggi dari pelajar-pelajar. Justeru setiap hari ada sahaja yang dimarahi, masakan tidak, kerana pelajar tidak boleh marah pihak pentadbiran. Walau bagaimana pun pelajar ada hak untuk menegakkan semua perkara yang dirasakan tidak benar. Seperti saya dan seorang teman dimarahi oleh dua orang yang menguruskan di bahagian kewangan pelajar. Alangkah hinanya kami merasa ketika mereka memarahi kami dihadapan kakitangan yang lain. Tanpa banyak soal, tanpa memberi peluang untuk memberitahu hal yang sebenar, terus seorang wanita yang berjubah ini menghentam kami. Hilang adab untuk seketika! Tanpa sebarang pertanyaan, setelah selesai dimarahi dan tandatangan pada dokumen telah lengkap, saya mengucapkan TERIMA KASIH. Teringat pada kata-kata pensyarah saya, supaya apabila berhadapan dengan orang sedemikian, jangan cakap apa-apa melainkan MOHON MAAF DAN TERIMA KASIH. Terima kasih Dr atas nasihat tersebut. Teringat juga saya akan kata-kata seorang mufti termuda Mesir mengatakan, ada pepatah yang mengatakan, orang beradab lebih baik dari orang yang berilmu. Ini adalah kerana apabila seseorang itu tidak beradab walaupun dia jauh mempunyai ilmu yang tinggi kelak dipandang seperti tidak berilmu malah sekiranya orang yang tidak berilmu tetapi beradab, dia adalah lebih baik! Apa salahnya, staf tersebut bercakap dengan baik, tentu sahaja kadang-kadang pelajar tidak tahu atau terlupa atau sebagainya, tetapi beritahulah dengan baik dan BERADAB!

Memang ada prosedur, tetapi cuba terangkan dengan baik, dan harus selari dengan setiap orang supaya hal-hal tersebut tidak menjadi isu. Contohnya, hari ini saya berurusan dengan pihak PTPTN. Ini merupakan kali kedua saya menjejakkan kaki ke PTPTN di KL sentral untuk urusan hutang saya yang telah saya biarkan sehingga sekarang. Saya pinjam sudah terlalu lama, walau bagaimanapun saya mengikut prosedur. Setiap kali sambung belajar, saya menghantar borang dan membuat surat dari saya sendiri kepada PTPTN untuk memohon penangguhan bayaran. Dan satu lagi, ada juga saya dengar, sekiranya ada duit, masukkan terlebih dahulu ke dalam akaun supaya akaun kita aktif dan bayaran untuk cas-cas tertentu dapat dikurangkan. Jadi saya masukkan beberapa bulan lepas dengan jumlah sedikit sahaja, hanya untuk percubaan. Tidak lama kemudian saya disaman dan saya ke Mahkamah Majistret untuk urusan tersebut. Kebetulan saya agak terlambat sampai, saya diminta menelefon pihak peguam yang dilantik. Mereka meminta saya berjumpa dengan Pegawai Undang-undang di PTPTN. Kalau saya tahu tidak ke mahkamah tidak menjadi masalah cuma berhubung terus dengan mereka....tidaklah masa saya terbuang begitu sahaja! Menurut pegawai tersebut, sekiranya saya ke PTPTN sebelum ke mahkamah, saman tersebut masih boleh ditarik balik! Huh! Tetapi layanan pegawai undang-undang tidak membebankan saya kerana dia hanya meminta supaya buat surat yang menyatakan untuk ke Luar Negara bagi memudahkan urusan dengan Kastam nanti. Maklumlah nama sudah disenaraihitamkan. Saya ke PTPTN hari ini. Saya menunggu hampir 45minit. Lama betul! yang saya lihat hanya seorang pegawai, pada awalnya dua, mungkin keluar rehat. Untuk urusan ini sahaja. SSPN ada dua kaunter. Tak kisah lah... Yang menjadi masalah, tempoh hari, pegawai undang-undang tersebut langsung tidak menyebut surat tawaran, transkrip dan sebagainya. Nasib baik saya bawa fail yang menyimpan dokumen tersebut.. Dan nasib baik juga kerana saya hantar by-hand! Patutlah mereka tidak 'update' status saya (saya rasa lah..) sebab pegawai hari ini beberapa kali menyebut tentang surat penyata KWSP. Sedangkan saya adalah pelajar. Saya berharap semua teman-teman yang ingin menggunakan perkhidmatan PTPTN sila buat urusan face to face atau hantarkan segala dokumen by hand supaya kita lihat sendiri semuanya selamat sampai. Juga buat salinan fotokopi untuk setiap dokumen yang dihantar. Yang menambahkan saya tidak berpuas hati adalah setelah urusan saya hampir selesai, beliau memberitahu saya dalam masa 4 hingga 5 hari lagi, PTPTN akan call samada saya perlu membayar tunggakan atau tidak! Saya agak melatah, pada awalnya dia tidak memberi ruang untuk saya bercakap, namun saya terpaksa berkeras, dan akhirnya saya selesai bercerita kepada dia. Yang menjadi musykilnya, pegawai undang-undang hari itu tidak ada menyebut apa-apa kecuali abaikanlah dulu dan selesaikan pengajian terlebih dahulu... saya LEGA.. tetapi hari ini, dengan jangka masa saya akan ke LUAR NEGARA hampir dua minggu sahaja lagi, menyebabkan saya agak tertekan. dengan tesis poligami saya lagi! HUh!!

ya Allah, macam-macam... saya bukan ingin memalukan pihak PTPTN, cuma menyatakan rasa tidak puashati. Selarikan prosedur anda. Dan jangan lah beri tekanan kepada saya yang masih lagi belajar. Saya ada mendengar orang lain yang sudah ramai dan sudah lama bekerja, tetapi tidak membuat bayaran. Bagaimana PTPTN uruskan dengan mereka?!

Kesal dengan tindakan beberapa pihak!

Monday, 31 August 2009

Kasih Sayang Inteam feat Ustaz Asri

Marilah kita jalinkan kasih sayang sesama kita
Ia telah lama hilang tambah gersang di hati ini
Kita siram kembali dengan air Iman yang suci
Dengan menabur budi kepada semua manusia

Bila hati gembur dan subur semula
Benih mahmudah akan tumbuh kembali
Iakan berdaun subur dan berbuah
Memberi manfaat semula kepada penghuni taman yang resah

Jangan kita biarkan hati ini
Gersang dari kasih sayang
Manusia akan terumbang ambing
Hidup di dunia ini
Pangkat dan kekayaan tiada erti
Bila kasih sayang tak dimiliki

Marilah kita jalinkan kasih sayang sesama kita
Ia telah lama hilang tambah gersang di hati ini
Kita siram kembali dengan air Iman yang suci
Dengan menabur budi kepada semua manusia

Berkasih sayang perintah Allah
Diantara sifat Allah
Kasih kepada hamba-Nya
Allah sangat sayang kepada hamba yang berkasih sayang
Jalinkahlah kasih sayang untuk keredhaan-Nya

Hati sudah lama menderita kekosongan kasih sayang
Tanamkan semula jangan biarkan
Jangan biarkan berlama-lama
Sudah lama manusia hidup dalam derita lagi sensara
Ayuh kita suburkan semula
Kasihkan sesama sama manusia

Dapatkan videoklip di sini

Cara Mudah Tulis Pengenalan dan Permasalahan Kajian

Kenapa saya menulis tentang cara melakar Latar Belakang Kajian? Kebanyakan buku menjelaskan secara ringkas dan umum. Ada juga yang detail , ...