Aku meminta kepada Tuhan setangkai bunga, segar, Ia beri kaktus berduri. Aku minta kupu-kupu diberinya-Nya ulat berbulu. Aku sedih dan kecewa. Namun kemudian, kaktus itu berbunga indah sekali dan ulat itupun menjadi kupu-kupu yang sangat cantik. Itulah jalan Tuhan, indah pada masaNYA! Tuhan tidak memberi apa yang kita harapkan. Tapi Dia memberi apa yang kita perlukan. Kadang kala kita sedih, kecewa dan terluka. Tapi jauh di atas segalanya Dia sedang mengatur yang terbaik dalam kehidupan kita.
copy dari facebook azalinor saujana.
Wednesday, 14 January 2009
cinta
cinta Ibarat Kupu-Kupu. makin kita mengejarnya, makin ia menghindar. tapi bila kau biarkan ia terbang, ia akan menghampirimu di saat kau tak menduganya. cinta bisa menbahagiakanmu, tapi sering juga menyakitimu. namun cinta tu istimewa apabila kau berikan pada seseorang yang layak menerimanya. jadi tenang tenang saja, jangan terburu buru dan pilihlah yang terbaik.
pinjam kata-kata dari blog madah cinta.
pinjam kata-kata dari blog madah cinta.
Rintihan Adam
Kami sulit menahan pandanganmata KAMI
ketika melihat kalian,apalagi jika kalian diamanahkan ALLAH
kecantikan dan postur yang ideal, kami semakin susah untuk menolak agar tidakmelihat kalian, karena itu lebarkanlah pakaian kalian, dan tutupilah rambut hingga ke dada kalian dengan kerudung yang membentang.Kami juga sulit menahan pendengaran kami ketika berbicara dengan kalian,apalagi jika kalian diamanahkan oleh ALLAH suara yang merdu dengan irama yang mendayu, karena itu tegaskanlah suara kalian, dan berbicaralah seperlunya.Kami juga sulit menahan bayangan-bayangan hati kalian, ketika kalian dapat menjadi tempat mencurahkan isi hati kami, waktu luang kami akan sering terisi oleh bayangan-bayangan kalian, karena itu janganlah kalian membiarkan kami menjadi curahan hati bagi kalian.Kami tahu kami paling lemah bila harus berhadapan dengan kalian,Kekerasan hati kami dengan mudah bisa luluh hanya dengan senyum kalian,Hati kami akan bergetar ketika mendengar kalian menangis,Sungguh!
Tuesday, 13 January 2009
Carilah cinta Allah elak diri merana
Dengan usiaku sekarang sudah banyak teman-temanku yang sedang mengandung dan ada yang telah menimang cahaya mata 2, 3 orang. Tetapi itu tidak menjadi penghalang untuk terus berjuang dalam hidup. Aku Cuma berharap biarlah rasa cinta dalam hatiku ini tetap untuk Allah. Tadi ada seorang teman yang sangat dekat denganku menghantar pesanan ringkas mengatakan seorang teman lelaki yang dia suka selama ini akan melangsungkan perkahwinan 25hb ini. Dia menyatakan rasa kesedihan padaku. Aku tidak mampu berbuat apa-apa lagipun dia berada jauh dariku nun jauh di utara, manakala aku pula di pantai timur.aku Cuma dapat menghantar pesanan ringkas supaya lebih banyak bersabar, pasti ada hikmah di sebalik apa yang berlaku, tentulah Allah minta bersabar dan Allah rindu pada kita. Allah mahu kita penuhi hati dengan rasa cinta padaNya. Mungkin selama ini kita terlalu mengagungkan cinta lelaki berbanding Dia. tentu Dia berkecil hati dan dengan ujian yang diberiNya tentu kita ingat dan memohon padaNya agar diberi ketenangan. Itulah kita, manusia. Sewaktu kita susah, tidak ada hala tuju, hilang arah, perasaan yang bercelaru, tentu Allah sebagai tempat kita mengadu dan memohon moga diberi lapang dada dalam menghadapi segalanya. Betapa kita tidak tahu bersyukur di atas kurniaan Dia selama ini. Ampuni kami Tuhan. Kami naïf, hina, khilaf, kami memohon agar hati kami sentiasa terpimpin oleh rasa cinta dan rindu padaMu agar hidup kami sentiasa dalam barakahMu.
Bagi diriku sendiri, bukan tiada perasaan pada mana-mana lelaki dalam hatiku, tetapi aku takut! Aku takut dengan zina hati. Sebab dengan rosaknya hati, bermulalah perkara-perkara yang lain yang tidak selayaknya kita lakukan selaku orang yang mencari keredhaan Allah. Dosa-dosa kecil harian yang kita lakukan tanpa sedari pun banyak, tidak perlulah ditambah lagi dengan dosa yang satu ini. Aku takut dengan zina yang dimulakan dengan perasaan pada lelaki bukan muhrimku. Perasaan itu hanya indah dirasa tetapi siapa yang tahu nilainya disisi Allah. Sangat susah untuk mengelak dan menahan dari perkara itu terjadi kepada kita manusia biasa, tambahan pula cinta manusia itu sememangnya fitrah. Manusia yang normal memang menginginkan perasaan di antara kedua-dua belah pihak antara lelaki dengan perempuan. Jadi aku juga adalah perempuan manusia biasa itu. Aku juga hamba Allah. Justeru aku mengharapkan seseorang yang tahu menilai dan menghargai cintaku kerana Allah!
Tengahari yang Biasa
Hari ini aku bertemu dengan sahabat seperjuanganku sewaktu menuntut di seberang laut. Maklumlah masing-masing sibuk dengan tanggungjawab sendiri sehingga membataskan pertemuan dan hari ini Allah mengizinkan kami berjumpa walau cuma sebentar . Mashitah. Sewaktu makan tengahari aku minta shitah ajak sekali dua orang lagi kawan yang usianya setahun dua lebih muda dari kami. Pertemuan itu tidaklah ada yang anehnya, Cuma apabila seorang adik ini bertanya padaku, “master apa yang paling mudah ya?”, lantas aku terus menjawab, “ijazah apa yang mudah, diploma apa yang mudah, sekolah mana yang mudah, hidup di mana yang mudah, mati pun mudah ke?” secara spontan ku menjawab. Sambungku lagi, “makan pun nak kena masukkan ke mulut dan kena kunyah”. “kejayaan mana yang mudah dapat melainkan tanpa pengorbanan, kemenangan tidak akan dicapai melainkan bermati-matian berperang di medan peperangan, kesenangan tidak akan dapat melainkan berpayah-payah terlebih dahulu, kekayaan pun kena bersusah mencari baru dapat”. Secara tidak langsung membuat otakku ligat berfikir. Kadang-kadang rasa macam ustazah norbahiyah tengah berceramah kat tv3. begitu cantik susunan ayat yang dilontarkan oleh beliau.

kadang-kadang kita sedia maklum apa itu motivasi, semangat, kejayaan, pengorbanan dan sebagainya. namun untuk memupuk semangat agar mempunyai motivasi yang tinggi yang kelak supaya menggapai kejayaan, bukannya semudah ucapan dibibir. hatta pakar motivasi sendiri. kadang-kadang semangat itu tiba-tiba hilang. kadang-kadang motivasi diri jatuh dan berjalan terjengket-jengket untuk menemani tuan empunya diri. kadang-kadang terasa terawang-awangan. di manakah aku? ke mana harus kutuju? buat apa di dunia ini? apa yang harus kulakukan?
justeru hablumminallah sentiasa dan wajib dijaga agar kita tidak teraba-raba di pertengahan jalan. jangan biarkan diri kita lupa pada Allah. wahai diriku, jagalah solatmu, tambahkanlah amalan sunatmu, rendahkanlah hatimu, janganlah sombong dengan Allah, wahai diriku, sentiasalah mohon ampun pada Penciptamu, sedarlah wahai diriku, moga kau tergolong dalam golongan orang-orang yang berjaya di dunia dan akhirat. amin.
kadang-kadang kita sedia maklum apa itu motivasi, semangat, kejayaan, pengorbanan dan sebagainya. namun untuk memupuk semangat agar mempunyai motivasi yang tinggi yang kelak supaya menggapai kejayaan, bukannya semudah ucapan dibibir. hatta pakar motivasi sendiri. kadang-kadang semangat itu tiba-tiba hilang. kadang-kadang motivasi diri jatuh dan berjalan terjengket-jengket untuk menemani tuan empunya diri. kadang-kadang terasa terawang-awangan. di manakah aku? ke mana harus kutuju? buat apa di dunia ini? apa yang harus kulakukan?
justeru hablumminallah sentiasa dan wajib dijaga agar kita tidak teraba-raba di pertengahan jalan. jangan biarkan diri kita lupa pada Allah. wahai diriku, jagalah solatmu, tambahkanlah amalan sunatmu, rendahkanlah hatimu, janganlah sombong dengan Allah, wahai diriku, sentiasalah mohon ampun pada Penciptamu, sedarlah wahai diriku, moga kau tergolong dalam golongan orang-orang yang berjaya di dunia dan akhirat. amin.
Husna dengan Kisahnya
Semasa dalam program team-building yayasan telekom dan gabungan dengan harmony excellent, aku telah menambah kenalan fasilitatorku, iaitu yasir dan isterinya husna, masing-masing bekas pelajar UIAM. Yasir untuk program itu sebagai ketua fasilitator. Mereka telah bekerja dan sedang menunggu kelahiran anak pertama mereka. Tak semena-mena, petang itu, Komeng, Husna dan aku menjadi penunggu tangga chalet yang betul-betul mengadap Laut Selat Melaka sambil bersembang tentang isu yang sangat menarik bagi orang bujang iaitu KAHWIN. sahabat-sahabat yang lain masing-masing membuat aktiviti sendiri. mungkin ada di dewan, mungkin sedang berehat, mungkin sedang mempersiapkan peralatan untuk aktiviti malam itu dan seumpamanya.
Husna bercerita tentang seorang alim yang ingin mencari calon isterinya. Yang pertama telah dia temui, kelayakan akademiknya mantap tetapi tidak menutup aurat. Kemudian mencari lagi, sudah menutup aurat namun tidak mempunyai kelayakan akademik dan begitulah sepanjang pencarian orang alim tersebut. Tetapi pada suatu hari, pencarian dia telah berhasil kerana menemui seorang perempuan yang menutup aurat dan mempunyai kelulusan akademik yang bagus. Tetapi yang menjadi permasalahannya ialah perempuan tersebut juga mencari seorang lelaki yang sempurna. Orang alim itu sendiri juga belum cukup sempurna pada mata perempuan itu. Justeru kesempurnaan itu payah dijumpai. Ini adalah kerana kita sendiri juga tidak sempurna.
Pada petang itu juga, sewaktu angin-angin sepoi bahasa dari pantai di pinggir port Dickson menghembus ke wajahku, aku bertanya lagi pada husna, apakah tips untuk mempermudahkan pernikahan? Dia mengatakan adalah, niat. Sekiranya ada niat, Allah akan mengabulkan penghijrahan seseorang itu berdasarkan niat. Sama-sama kita renungkan... Apakah kita masih belum ada niat? Apakah niat yang kita pasang sudah benar-benar betul seperti yang dikehendaki oleh syariat? Apakah niat itu kita landaskan kerana Allah? Apakah... dan apakah...?

Husna bercerita tentang seorang alim yang ingin mencari calon isterinya. Yang pertama telah dia temui, kelayakan akademiknya mantap tetapi tidak menutup aurat. Kemudian mencari lagi, sudah menutup aurat namun tidak mempunyai kelayakan akademik dan begitulah sepanjang pencarian orang alim tersebut. Tetapi pada suatu hari, pencarian dia telah berhasil kerana menemui seorang perempuan yang menutup aurat dan mempunyai kelulusan akademik yang bagus. Tetapi yang menjadi permasalahannya ialah perempuan tersebut juga mencari seorang lelaki yang sempurna. Orang alim itu sendiri juga belum cukup sempurna pada mata perempuan itu. Justeru kesempurnaan itu payah dijumpai. Ini adalah kerana kita sendiri juga tidak sempurna.
Pada petang itu juga, sewaktu angin-angin sepoi bahasa dari pantai di pinggir port Dickson menghembus ke wajahku, aku bertanya lagi pada husna, apakah tips untuk mempermudahkan pernikahan? Dia mengatakan adalah, niat. Sekiranya ada niat, Allah akan mengabulkan penghijrahan seseorang itu berdasarkan niat. Sama-sama kita renungkan... Apakah kita masih belum ada niat? Apakah niat yang kita pasang sudah benar-benar betul seperti yang dikehendaki oleh syariat? Apakah niat itu kita landaskan kerana Allah? Apakah... dan apakah...?
Wednesday, 7 January 2009
Saya rindu Awak

Mana ya saya copy? Dah lupa sebab dah lama sangat ada dalam simpanan artikel yang kurasakan agak menarik untuk dikongsi. Minta izin ya penulis artikel ni..
Awak mengetahui yang awak merindui seseorang apabila jantung awak berdegup pantas ketika teringatkan dia. Walaupun sekadar 'hai? daripada dia pun sudah mencukupi sebagai penenang. Awak mungkin menaruh hati padanya, cuma awak tidak mahu menerimanya sebagai kenyataan. Jangan terlalu baik, saya akan merindui awak. Jangan terlalu mengambil berat, saya mungkin menyukai awak. Jangan jadi terlalu 'sweet? saya mungkin jatuh hati kepada awak. Seseorang yang membuatkan awak jatuh hati padanya sebenarnya menyayangi awak lebih daripada awak menyayangi dia.Jika seseorang yang hadir dalam hidup kamu dan menjadi sebahagian daripada hidup kamu, tetapi atas sebab-sebab tertentu dia terpaksa pergi, jangan terlalu sedih...terimalah kenyataan itu dan sekurang-kurannya dia pernah membahagiakan kamu. Masa akan menentukan segala-galanya. Jika dia ditakdirkan bersama kamu, dia akan kembali. Kembali pada kamu.Penyesalan terbesar dalam hidup ialah apabila risiko yang tidak kita ambil. Jika anda merasakan sesuatu itu tidak akan membuatkan anda bahagia, maka teruskan. Ingatlah bahawa kita akan melalui semua ini hanya sekali, mungkin tiada peluang kedua. Bererti masa tidak menunggu kita. Jika anda merasakan anda telah bertemu dengan orang yang sesuai, maka hargailah dia, jangan biarkan is berlalu begitu sahaja. Jangan tertangguh kerana takut kelak jika dibiarkan berlalu maka anda akan menyesal sebgitu sahaja.Tiada sesiapa pun yang simpati kepada orang yang sengaja membiarkan peluang pergi begitu sahaja tanpa berusaha untuk mendapatkannya atau mempertahankan. Kita selalunya tidak menghargai seseorang yang hampir atau menyayangi kita sehingga dia pergi meninggalkan kita.Terdapat bintang di langit tetapi hanya satu sahaja yang begitu menyerlah sehingga dapat menarik perhatian anda. Dari kalangan yang anda pilih untuk diabaikan ialah sebutir bintang yang sanggup menyinari anda walau di mana anda berada. Ini bermakna orang yang bersama anda ketika ini mungkin bukanlah orang yang benar-benar anda sayangi dan pada masa yang lain ada orang yang tahu dia tidak bersama kamu ketika ini tetapi masih menyayangi kamu sepenuh hatinya.Adalah lebih baik untuk berani mencintai walaupun akhirnya anda akan kecewa daripada tidak mahu mencintai kerana takut risiko atau cabaran yang bakal mendatang. Jangan putus asa apabila terdapat saingan dalam percintaan. Adalah lebih baik untuk anda mencubanya, anda mungkin akan kehilangan orang yang anda sayangi selamanya.Jangan takut untuk meluahkan isi hati anda kepda orang yang anda sayangi dan cintai. Beritahu mereka dan biarkan mereka buat keputusan di pihak mereka. Salah satu perkara yang paling indah dalam hidup ialah memberitahu kepada orang yang anda sayangi betapa penting dan istimewanya mereka kepada anda. Anda akan rasa lebih yakin dan puas. Malah, anda juga kan rasa bangga terhadap diri anda kerana telah menunaikan tanggungjawab anda terhadap perasaan dan hati anda. Jangan sesekali mengkhianati hati anda kerana akibatnya hanya anda yang sengsara, bukan orang lain.Salah satu cabaran yang paling sukar dalam hidup ialah mencari orang yang tahu segala kelemahan dan kekurangan diri anda, tetapi ia masih sanggup menyayangi anda dengan sepenuh hatinya. Cinta itu adalah berasakan tolak ansur dan pengorbanan. Jika dia tahu kelemahan dan kekurangan anda dan masih sanggup bersama anda dan lebih menyayangi anda, maka anda adalah orang yang paling bertuah kerana ada seseorang yang mencintai anda seadanya anda. Mencintai dan dicintai perlukan keberanian. Keberanian untuk terus mengekalkan rasa cintai itu. Seterusnya diikuti dengan perasaan keikhlasan untuk menerima orang yang kita cintai seada mereka walaupun dari hari ke sehari manusia sentiasa berubah.
Rindu itu adalahAnugerah dari Allah
Insan yang berhati nurani
Insan yang berhati nurani
Punyai rasa rindu
Rindu pada kedamaian
Rindu pada ketenangan
Rindukan kesejahteraan
Dan juga kebahgiaan
Orang-orang bertaqwa
Rindu akan kebenaran
Kejujuran dan keikhlasan
Keredhaan Tuhannya
Orang mukmin merindukan
Anak-anak yang soleh
Isteri-isteri yang solehah
Keluarga bahagia
Para pencinta kebenaranRindu
My dear,to love someone is nothing,to be loved by someone is something,to be loved by someone you love is exciting,but to be loved by Allah is everything,Allah love us...
Subscribe to:
Posts (Atom)
Cara Mudah Tulis Pengenalan dan Permasalahan Kajian
Kenapa saya menulis tentang cara melakar Latar Belakang Kajian? Kebanyakan buku menjelaskan secara ringkas dan umum. Ada juga yang detail , ...
-
Malam ini malam ke 28 ramadhan. Macam biasa aku tidak dapat tidur dan aku mengisi masaku dengan membaca dan membetulkan proposalku yang berk...
-
Pada semester ini, saya mengambil 4 kursus iaitu (1) Sejarah dan Tamadun Islam di Nusantara, (2) Al-Quran dan Masyarakat Kontemporari, (3) S...
-
Info dari Lembaga Hasil Dalam Negeri M ulai Tahun 2015 individu yang mempunyai pendapatan penggajian tahunan melebihi RM34,000 (selepas poto...